Thursday, November 4, 2010

MENIKMATI KEBESARAN ALLAH DI AKCC, MELAKA

Salam,

Kekadang bila ada masa aku main golf, sambil menikmati pemandangan padang yang luas dan cantik, sambil beriadah dan bersukan terdetik hati syukur pada Allah kerana memberikan aku kesihatan yang baik dan aku masih dapat bersukan dan bermain golf sukan kegemaran aku sekarang.  Dari 12 hingga 14 Oktober lalu aku di Melaka,  lepas tugasan rasmi aku amik kesempatan bermain golf dengan abang Salim di Ayer Keroh Country Club (AKCC), Melaka.

Lepas Asar kami 'tee off'(mula) dan biasanya menghampiri waktu Maghrib permainan kami tamat. Di lubang akhir ini aku rakam gambar matahari nak terbenam, sayu dan hiba hati waktu ini, sungguh cantik menikmati kebesaran Allah waktu ini.
 Atas buggy,  ini PAR 5, jauhnya lebih 500 meter

Terus menuju ke Club house AKCC.

p/s Sekadar berkongsi rasa,  bagi ramai  orang sukan golf banyak amik masa dan  dikaitkan dengan berjudi, skandal dengan kedi dll,  terpulang pada mereka.....  Bagi aku pulak ianya sekadar bersukan, riadah,  penumpuan penuh pada game,  berlawan dengan diri sendiri dan mencari rehat dan sedikit ketenangan diri bila berada di padang golf kerana mencari ketenangan yang ultimate adalah  bila berada di atas tikar sejadah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

10 comments:

Aki44 said...

Salam En Rosli,

Islam tidak melarang umatnya bersukan atau beriadah. Apa yg salah ialah org yg bersukan kekadang berpakaian yg mendedahkan aurat dan paling malang kerana keasyikan lupa akan perkara yg difardukan terutama solat.

Beriadah utk kesihatan badan agar mudah megerjakan ketaatan kpd Allah.

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

riadah untuk menjaga kesihatan supaya selesa beribadat

Wassalam

mamawana said...

Salam riadah

rosli said...

Salam Aki 44,

Betul tu, kena jaga aurat dan sukan untuk tujuan riadah dan kesihatan badan

rosli said...

Salam Rozali,

Insyallah, setakat ini masih lagi untuk tujuan kesihatan

rosli said...

Salam mamawana,

Terima kasih atas sokongan

rezeki said...

salam rosli

hanya suka mengikuti golf tournament di tv je, namun tak pernah main golf ni

sebenarnya perjudian dlm permainan apa sekali pun banyak, main bukak buku teka muka surat pun org boleh berjudi , sebenarnya terpulang pada hati

rosli said...

Salam CR,

Betul tu, byk permainan dan sukan diperjudikan, saya berharap dan berdoa saya tidak berjudi masa golf...Tp adalaka sgt sukar cari kawan golf yang tidak bertaruh....saya rela tak main golf dengan mereka dan gi driving range untuk melepaskan gian.

manzlie said...

salam from makkah

bestnyerr.....dapat melepasskan 'geram' dan stress' dengan pukulan yang hebat ni....

dah lama cl tak menyabit' nii


wslam

rosli said...

Salam CL,

Wah Cl pun menyabit ye.....next tme kita pergi menyabit pulak, memang best sesekali hilangkan stress