Sunday, September 5, 2010

TIADA HALANGAN DI LALUAN TANGGA DAN DEPAN LIF- PART 3

Salam,

Salah satu tabiat segelintir kontraktor, cleaner atau sesetengah pekerja am adalah meletakkan sampah,  kertas, perabut rosak di depan lif atau laluan tangga kecemasan.  Ini adalah amalan yang tidak baik dan boleh menyebabkan berlaku kemalangan dan seterusnya kematian jika laluan tersebut di gunakan semasa kecemasan termasuk semasa kebakaran.  Halangan ini menganggu laluan dan boleh menyebabkan staff terjatuh ketika melalui tangga atau laluan kecemasan ini.

Kepada yang merokok di tangga kecemasan pastikan tin habuk rokok tidak diletakkan di tengah2 laluan tangga ini.  Lagi satu tabiat yang tidak baik adalah menyendal pintu kecemasan dan biarkan sentiasa terbuka,  pintu kecemasan di laluan tangga mestilah sentiasa tertutup sepertimana arahan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Fungsi pintu kecemasan tersebut adalah untuk menghalang api, asap dan wap atau wasap dari memasuki ruang tangga  kecemasan,  pintu ini biasa tahan dari api kebakaran antara 1 hingga 3 jam bergantung kepada kualitinya.

Contoh amalan tidak sihat....letih dan jemu 
nak ingatkan mereka

Ni pulak sampah dan bahan binaan...
Jangan sendal pintu kecemasan ni....
Menyendal pintu kecemasan 
amalan tidak baik....

Dua kesalahan berat.....apa dia ?

Bayangkan jika berlaku kecemasan atau kebakaran.....semua orang lari ikut tangga.....laluan di tangga penuh dengan sampah sarap, perabut rosak, bekas abuk rokok, surat khabar lama , kotak2 dll.....kalau sorang terjatuh.....yang dibelakang apa akan jadi....pijak yang terjatuh....langgar yang terjatuh atau tolong yang terjatuh tu....fikirlah semasa dalam keadaan kecemasan dan semua orang nak selamatkan diri masing......

Lebih rumit jika ada perempuan yang sarat mengandung (yang jugak officemate kita ) sedang  menuruni tangga tersebut ....nak langgar mak bonda ni atau tolong dia......isteri kita,  anak perempuan kita, kakak atau adik perempuan kita pun  sedang mengandung ....tepuk dada tanya selera......

3 comments:

Rozali said...

Salam 26 Ramadhan, En Rosli

mereka tidak mengalaminya, jadi mereka tak indahkan arahan tu
kalau mereka dah alaminya baru tahu

Wassalam

rosli said...

Salam Hj Rozali,

Betul tu, belum kena mereka tak amik kisah...bila dah berlaku masa tu memang tak berguna lagi

wintalker said...

Salam...selama 11 tahun merlibatkan diri dalam OSH juga competent SHO sejak 2003..bakyak faktor yang menjadikan OSH tidak diambil serius dan dilaksankan dengan berkesan oleh majikan juga pekerja..kalau dilihat pada keberkesanan OSH dikebanyakan projek pembinaan seperti berikut :

1. Kesunnguhan majikan terhadap kepertingan OSH di peringkat atas hingga ke tahap penyelia masih lemah.
2, Keikhlasan majikan dalam tidak perlaksanaan OSH tidak 100%.
3. Majikan sekadar memenuhi keperluan perundangan sahaja tetapi perlaksanaanya indah kabar dari rupa.
4. Kebanyakan majikan hanya melihat kepada progres kerja dan keuntungan semata mata. jika ada pun merekaa hanya memilih ke tahap yang minima sahaja.
5.Kesedaran diperingkat operasi di site kurang menyerlah.Pengurus projek dan team selian hanya mengejar progres. walau tidak semua tapi kebanyakanya bersikap begitu.
6. Majikan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan berkaitan OSH seperti budget latihan juga lain lain pekara yang penting.
7. Penyataan Dasar Keselamatn Kesihatan , Manual OSH, HIRARC dipandang remeh oleh team seliaan.
8. Kelemahan item didalam kontrak tawaran kepada sub kontraktor juga menjadi faktor penyebab.
9. Tiada kesedaran dan kelemahan sub kontraktor itu sendiri menjadiakn keadaan bertambah parah.
10. SHO tidak berpengalaman.Gaya penampilan yang tidak menyerlah belum matang dalam OSH walau mempunyai green book juga menjadi faktor . tetapi kedaan ini adalah kecil.
11. Paling penting adalah kerjasaama dari semua peringkat untuk melaksanakan agenda OSH di tapak bina.
12. Banyak lagi pekara yang merupakan faktor diatas kegagaalan ini, tetapi perlu dinyakan SHO tiadak mampu melaksanakan apa juga tugas jika sentiasa ada birokrasi serta sikap sesetengah mereka mereka yang punya mentaliti - 0 dalam perlaksaan OSH di aapak bina,SHO adakalanya sekadar menjadi kayu mati atas sebab kekangan oleh mereka -mereka ini.Jika terrlalu tegas beerti kontrak anda tidak lama disyarikat.Nyawa pekerja tiada sama nilainya dengan high rise yang di bina.OSH bukan untuk pekerja semata mata tetapi perlaksaan OSH adalah sesuatu yang murni tanggugjawab sosial majikan kepada pekerja juga keluarga mereka. Kepada negara ianya sesuatu sangat besar nilainya juga bayangkan jumlah 1b yang dibayar kepada pekerja dan warisnya itu suatu jumlah yang mampu membangukan banyak pekara..sebenarnya kita semua bertanggungjawab,,tetapi tanpa kerjasama dan minat majikan itu sendiri bakal meletakan OSH sekadar melepas batuk di tangga.

@ Berkongsi melalui pengalaman .