Friday, February 25, 2011

JALAN2 SHOPPING SAKAN DI BANDUNG- PART5

As Salam,  ( Sambung semula citer Bandung lagi)....

Kalau ke Bandung shopping di RUMAH MODE (rumah mak muda kata kawan aku..hehehe), satu kemestian kat sini dan mesti akan terjumpa orang Malaysia dan aku pulak terserempak dengan kawan opis aku, tapi mereka tidak nampak aku kecuali satu orang....Lepas shopping biasa kami lepak2 dan makan lagi....selesa dan nyaman...kata orang putih....'cozy' jer....mata pun layu jer..

Salah satu destinasi kesukaan kami

 Ikan kap kat sini jinak2...jari aku pun laku...

 Meneliti menu....makan lagi...hehehehe

 Rojak tahu

 Mee sup

 Kuew Tiau goreng

Cheese cabonara

 Adiera di Batu tanda Rumah MODE

Tuesday, February 22, 2011

AKTIVITI TIDAK RASMI DI KUCHING

As Salam,

Kalau dulu lepas tugasan rasmi, biasa aku dan kawan2 akan cari masa berjalan luar Kuching termasuk ke Tebedu, Entikong( sempadan Indonesia) atau ke Serian  dan membeli tikar Sarawak satu kemestian,  tapi sekarang dah malas sebab letih bekerja dan hanya lepak kat hotel atau berjalan sekitar Water Front....hehehe

Kali ini  Hotel Riverside Majestic jadi penginapan aku dan semua rakan pejabat termasuk boss aku, Kuching...best Sebelah petang 17 Feb lalu  ada masa lapang ambik kesempatan lepak dan amik gambar sekitar Water Front....

No bilik aku cantik,  808

Selesa dan sesuai dengan jiwa

Pemandangan dari Water Front

Indah dan senja bakal berlabuh

DUN Sarawak

Buaya sebagai Mercu tanda di sini

Cantik

Sempat shopping lada kat sini

Lada hitam dan putih

Sempat menikmati laksa Sarawak di salah 
sebuah gerai di Water Front..boleh tahan jugak

Sekarang kalau ke Kuching aktiviti membeli belah aku lebih mudah, beli ikan terubuk masin dan kek lapis sahaja (tempah  dengan kawan di Kuching), tak perlu lagi memikul tikar Sarawak seperti dulu2..hehehe.... mintak maaf kepada yang mengirim terubuk masin dan kek lapis , aku tak dapat tunaikan permintaan....

Monday, February 21, 2011

TUGASAN RASMI DI KUCHING

As Salam,

Rasanya masih baru aku ke Kuching tahun lepas (Nov 2010),  kali ini  (16 -18 Feb 2011) aku , boss dan rakan2 pejabat datang lagi ke Kuching atas tugasan rasmi termasuk majlis bersama pemimpin Kesatuan, Majlis bacaan Yasin, Doa Selamat, Ceramah Maulidur Rasul dan kelas OSH.

 Boss kami sedang bagi taklimat pada Kesatuan

 Sebelah malam Bacaan Yasin dan Doa Selamat
di pejabat baru

 Ceramah Maulidur Rasul oleh
Ust. Hj Afnan Hj Ahmad

 Wakil boss bagi cenderahati pada penceramah

Esoknya aku mengajar kelas OSH untuk staff
kami di Kuching. 

Syukur semua berjalan lancar, rakan sejawat di Kuching dan pasukannya bekerja keras dengan semua program di atas, tahniah kepada mereka.

Thursday, February 17, 2011

MINUM PETANG DAN MAKAN 2 KEROPOK LEKOR....

Salam,
Kalau ke Pantai Timur samada Pahang, Trengganu dan Kelantan tak sah kalau tak mencari keropok lekor atau makanan laut  mereka. Aku dan kawan2 jugak tidak lepas dari mencari kesempatan nak rasa keropok lekor pantai Balok , Pahang. Lain padang lain belalang....kat sini keropok lekor ada pisang goreng ada, sata ada dan yang istimewa ikan goreng kembung pun boleh diratah sekali...

Papan tanda gerai tu...
Ni dia gerai tu

Perghhh...keropok lekor....sedap...

Kembung goreng fresh

Pisang goreng pun ada

Lembut sata ni
 
Keropok kering pun ada

Tuesday, February 15, 2011

TUGASAN RASMI DI SWISS GARDEN RESORT , BALOK KUANTAN

Salam,
Bulan  Februari ni ada dua tugasan rasmi,  satu di Swiss Garden Resort, Balok , Kuantan , Pahang dari 11 -13 Februari (Sales  Kickoff dan Team Building) dan lagi satu bermula esok  hingga 18 Februari di Kuching, Sarawak. (Bersama Kesatuan Sekerja Sarawak).  Terima kasih kepada boss aku yang masih memberikan peluang dan kepercayaan kepada aku. 

Antara program yang mesti dihadiri adalah taklimat, team building termasuk amazing race, menarik, seronok dan penat kerana aktiviti luar hotel sepanjang hari kedua dari jam 6.45 pagi hingga 4.30 petang.


Cantik resort ni

Hari pertama mendengar taklimat dan amanat 
dari pengurusan atasan kami

Aktiviti hari kedua, Team Building
Anggota kumpulan HIJAU MATANG

Aku berpeluang menembak menggunakan pistol paint ball- 
rezki tepat dua kali pada sasaran

Bersatu hati dan bekerjasama sebagai satu pasukan

Peluang bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan , 
Dato Seri Zamzamzairani Mohd Isa (Baju biru)


Dah rezki kami, Juara Team Bulding dan Amazing Race
'HIDUP HIJAU MATANG'
Pandangan pintu masuk utama waktu malam

Thursday, February 10, 2011

KOTARAYA BANDUNG DARI KOMPLEKS PASAR BARU- PART 4

Salam,

Sementara menunggu wife, anak  dan keluarga Aziz beli baju dan kain aku sempat merakam panorama sekitar Bandung dari kawasan parkir kenderaan di  lantai 7, Kompleks Pasar Baru.... Luas dan padat bandaraya ini, cuaca agak sejuk ketika ini dan sedikit kabus  dan suhunya agak nyaman ketika ini....

Saujana mata memandang luasnya Bandung

Masih berkabus dan cuaca agak sejuk ketika ini

Masjid Raya Bandung, Propinsi Jawa Barat









Padat