Sunday, February 6, 2011

DETIK2 MAJLIS NIKAH/KAHWIN IZZATI DAN AZRUL DI KG. FELDA ENDAU, MERSING

Salam,

3 Feb lalu aku dan famili bertolak dari Muar awal pagi , melalui pekan Parit Sulong, Yong Peng, Air Hitam, Kluang , Kahang, Felda Nitar , Mersing dan tiba di Kg. Felda Endau, Mersing  lebih kurang jam 11.45 pagi di rumah datuk pengantin perempuan, Izzati  yang jugak anak sulong abang aku, Razali Ibrahim. Abang aku Razali dan famili sebenarnya tinggal di Sg Buloh, Selangor.  Memandangkan Izzati  adalah cucu sulong dan pernah dibela oleh atuk neneknya selama 12 tahun di Kg Felda Endau, datuknya memang berhajat benar untuk melangsungkan majlis perkahwinan Izzati di sini.

 Pintu masuk utama Kg Felda Endau

Rumah datuk Izzati, Pak Hassan Musa

Cuaca elok panas dan majlis berjalan lancar sepertimana yang mereka rancang,  famili aku bertuah dipilih untuk Makan Beradap dengan pasangan pengantin...

 Khemah makan beradap pengantin

 Hantaran daripada pengantin perempuan

.
Hantaran daripada pengantin lelaki
  
Syukurlah hampir semua adik beradik aku dapat datang, abang sulong aku dari Klang, abang ngah aku dari Petaling Jaya, kakak aku jugak dari Klang ,aku dari Bangi  dan sorang keluarga sepupu aku dari Paya Jaras, Sg Buloh dapat hadir sama memeriahkan dan menyokong majlis nikah kahwin Izzati.

 Pasangan pengantin Azrul dan Izzati

Berseri di atas pelamin

 Famili aku

 Aku dan wife bersama pengantin sebelum Makan Beradap

 Pengantin menjamu selera

Kakak aku Ramlah dan keluarga sepupu aku, Faridah

 Abang Manap dan Abang Amizan

 Anggota keluarga aku, Kak Idah, Kak Uji dan keluarga

Famili aku dan famili pengantin perempuan
(baju Melayu oren tu abang Razali, bapak pengantin
dan baju kurung hitam Kak Noor, emak pengantin)

Moga jodoh mereka diberkati Allah s.w.t hingga ke akhir hayat. Ameen.

4 comments:

sonata anak kancil said...

kepada pasangan pengantin semoga kekal hingga ke akhir hayat

مسافر_اسلام said...

Salam en.Rosli. apa kbar? penat berjalan hujung minggu raya cina. Allhamdullah...seronok semua ya...

Sempat singgah air papan tak? Sempat memberi keropok leko Mersing?

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

TK atas doa tersebut

rosli said...

As Salam MI,

Seronok tp sedikit penat, tak sempat singgah air papan, tp sempat beli keropok lekor Mersing dalam next entri ada cerita