Tuesday, February 22, 2011

AKTIVITI TIDAK RASMI DI KUCHING

As Salam,

Kalau dulu lepas tugasan rasmi, biasa aku dan kawan2 akan cari masa berjalan luar Kuching termasuk ke Tebedu, Entikong( sempadan Indonesia) atau ke Serian  dan membeli tikar Sarawak satu kemestian,  tapi sekarang dah malas sebab letih bekerja dan hanya lepak kat hotel atau berjalan sekitar Water Front....hehehe

Kali ini  Hotel Riverside Majestic jadi penginapan aku dan semua rakan pejabat termasuk boss aku, Kuching...best Sebelah petang 17 Feb lalu  ada masa lapang ambik kesempatan lepak dan amik gambar sekitar Water Front....

No bilik aku cantik,  808

Selesa dan sesuai dengan jiwa

Pemandangan dari Water Front

Indah dan senja bakal berlabuh

DUN Sarawak

Buaya sebagai Mercu tanda di sini

Cantik

Sempat shopping lada kat sini

Lada hitam dan putih

Sempat menikmati laksa Sarawak di salah 
sebuah gerai di Water Front..boleh tahan jugak

Sekarang kalau ke Kuching aktiviti membeli belah aku lebih mudah, beli ikan terubuk masin dan kek lapis sahaja (tempah  dengan kawan di Kuching), tak perlu lagi memikul tikar Sarawak seperti dulu2..hehehe.... mintak maaf kepada yang mengirim terubuk masin dan kek lapis , aku tak dapat tunaikan permintaan....

2 comments:

مسافر_اسلام said...

Assalammualaikom wtb en.Rosli...Kenangan dan kemanisan di Kuching masih ada ya...Cantik pemandangan yang tuan ambil. Boleh tahan juga kawasan pusat bandarnya. Maju dan meningkat.

senyum selalu bila org rumah mintak oleh2 Sarawak. Dah main calling dan pos sahaja sekarang, canggih kan.

JazakaAllah

rosli said...

Mi,

Betul tu, skrg lebih mudah, tp tikar dan ikan tu kalau kat pasar malam pun dah ada, bezanya klu dari Sarawak lebih fresh dan masih baru....isi ikan masih putih lagi