Tuesday, February 15, 2011

TUGASAN RASMI DI SWISS GARDEN RESORT , BALOK KUANTAN

Salam,
Bulan  Februari ni ada dua tugasan rasmi,  satu di Swiss Garden Resort, Balok , Kuantan , Pahang dari 11 -13 Februari (Sales  Kickoff dan Team Building) dan lagi satu bermula esok  hingga 18 Februari di Kuching, Sarawak. (Bersama Kesatuan Sekerja Sarawak).  Terima kasih kepada boss aku yang masih memberikan peluang dan kepercayaan kepada aku. 

Antara program yang mesti dihadiri adalah taklimat, team building termasuk amazing race, menarik, seronok dan penat kerana aktiviti luar hotel sepanjang hari kedua dari jam 6.45 pagi hingga 4.30 petang.


Cantik resort ni

Hari pertama mendengar taklimat dan amanat 
dari pengurusan atasan kami

Aktiviti hari kedua, Team Building
Anggota kumpulan HIJAU MATANG

Aku berpeluang menembak menggunakan pistol paint ball- 
rezki tepat dua kali pada sasaran

Bersatu hati dan bekerjasama sebagai satu pasukan

Peluang bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan , 
Dato Seri Zamzamzairani Mohd Isa (Baju biru)


Dah rezki kami, Juara Team Bulding dan Amazing Race
'HIDUP HIJAU MATANG'
Pandangan pintu masuk utama waktu malam

6 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

Salam Maulidul Rasul

tahniah, hijau matang

Wassalam

Ayah Zain said...

Salam maulidur rasul.

adus rindunya swiss garden kuantan ini.

مسافر_اسلام said...

Assalammualikom wtb en Rosli. Khaifahaluka? Allhamdullah masih sempat BerBloging kemmbali setelah penah melaksankan tugas-tugas.

Tahniah ana ucapkan kepada tuan. Semoga team hijau matang megekalkan kemenangan ini selama-lamanya. Lepas tu wariskan kepada anak-anak masing-masinh. Allhamdullah

Salam Maulidul Rasul. Teruskan perjuangan, amalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w dan tunaikan hak-hak saudara Muslim.

JazakaAllah

rosli said...

Hj.Rozali,

TK

rosli said...

Hj AZ,

Resort ni masih cantik seperti dulu, best dok kat sini

rosli said...

MI,

Insyallah....kalau ada kesempatan saya akan post entri....penat dari Kuantan masih belum hilang....skrg ni kat Kuching pulak