Sunday, January 22, 2012

JASA MU TETAP KU KENANG - GURU2 SEKOLAH STAR KLANG - PART 4

Assalamulaikum WBT


Sebaik saja dapat kelulusan pertukaran ke Klang, aku terus hubungi abang sulong aku, mohon tinggal bersama dia kerana dia tinggal di Klang, syukurlah dan jasa abang Manap dan Kak Idah aku kenang sampai akhir hayat. 


Di bawah ni logo sekolah baru aku. Sekolah Tengku Ampuan Rahimah atau lebih dikenali STAR, Klang.  Sekolah ini ramai melahirkan pemimpin politik samada UMNO, PAS dan PKR.....pakar ekonomi, pakar sejarah dan ramai lagi....Tan Sri Onn Ismail, Dato' Dr Hassan Ali dan ramai lagi....
File:SMKTAR.jpg
Bukan mudah untuk aku,  kebetulan....pihak sekolah pun tidak mudah menerima budak2 dari sekolah KL,  mereka ingat aku ni budak yang ada masalah disiplin.....semua mereka teliti, janggut, misai dan baju putih aku pun kena tegur kerana dah lusuh dan berwarna kuning....(Terasa macam jahat sangat aku ni !)

Beberapa guru2 Melayu macam dah jadi musuh pulak dengan aku.....aku yang benarnya terkejut dengan budaya sekolah ni......mereka skeptikal dengan murid dari KL dan PJ,  lama kelamaan baru aku faham sebab ada segelintir murid dari KL dan PJ adalah murid yang ada masalah disiplin sebelum ini.

Beberapa bulan kemudian dan hinggalah ke tingkatan enam atas,  baru aku diterima sepenuhnya oleh guru2....aku jadi Presiden Persatuan Geografi dan Sejarah, Ketua Rumah ( Johan tahun 1982), AJK Majlis Pelajar dan selalu dapat markah tinggi dalam subjek kegemaran aku iaitu Geografi ( kawan2 kelas gelar aku pakar Geografi, terasa ek jugaklah, tapi merendah diri sebab takut pisang berbuah dua kali).  Guru2 semua aku masih ingat dan kenal....tapi guru tingkatan enam memang lain....mereka layan kita cam orang dewasa :
  1. Guru Sastera/BM , Pn Rubiah K.Hamzah, ( sekarang Dr Rubiah K.Hamzah), Pengetua Ustazah pilihan ASTRO.  Awal perkenalan dia tak suka aku dan aku pun tak suka dia....sentiasa cari salah dan kawal disiplin aku.....tp aku suka cara dia mengajar....tegas, sharp dan bila menegur boleh sampai ke tulang hitam....penekanan sebutan yang betul2 Melayu.....bila dia masuk kelas aku gerenti hilang mengantuk...takut kena marah. Satu jasa dia yang aku ingat  sampai bila2....dia tanam semangat Melayu dalam diri aku walaupun aku ni berdarah Cina.  Kedua dia yang mengajar aku menggunakan tangan kanan bila berurusan dengan orang....aku dah terbiasa guna tangan kiri sebab aku memang kidal pun....itu jasa dia yang paling besar. Kejutan besar aku kepada dia tahun 1983....aku mencari dia dia MPLP kerana ketika itu dia telah menjadi pensyarah di sana....dia ingat aku akan gagal dalam STPM...bila aku maklum dia aku sekarang di UM dia terkejut dan sempat ucap tahniah..Provokasi dia berjaya terhadap aku. 
  2. Guru kelas aku Pn Rose Chew.....jugak guru geografi.....dia sayang kat aku sebab aku ada darah Cina....selalu nasihat dan bagi panduan tambahan dalam subjek Geografi....selalu suruh kawan2 kelas refer kat aku pasal geografi....mana tak kembang b.n..t  aku ! ......Dia tak pernah marah aku kecuali tahun 1983 selepas 7 bulan masuk UM....aku tak potong rambut selama 7 bulan....dia kata lain kali kalau nak jumpa dia aku mesti smart dan kemas....terpaksa korbankan rambut tu....
  3. Pn Chuah....guru sejarah Melayu/ Asia Tenggara/Eropah...pun sentiasa senyum....tak pernah marah sebab aku sentiasa participate dalam perbincangan kelas....dia selalu  tegur aku sebab selalu bagi soalan yang orang tak boleh jawab.....last2 sekali aku kena jawab sendiri.....aku nakal bila bab sejarah ni....DGE HALL....Sejarah Tanah Melayu.
  4. Pn Che Nah....guru sejarah Islam.....sentiasa senyum....tegas dan....tidak kedekut ilmu.....sentiasa ajak berbahas dan berdiskusi...
  5. Pn Habsah....guru subjek Pengetahuan AM.....dia selalu cabar aku kalau lulus cemerlang dalam STPM dia nak belanja aku makan.....lepas result STPM keluar aku terus ke sekolah baru dia,  SM (P), Bukit Kuda  Klang ,  aku tunjuk result dan tuntut janji....dia belanja aku kat kantin sekolah....masa tu dia Penolong Kanan....hehehe,  nakal tak aku....? 
  6. Hj Hushim Salleh... Pakar motivasi dan kaunselor berdaftar,  guru dan jugak kawan baik saya merangkap kaunselor diri dan keluarga saya.  Beliau kini dah jadi terkenal dan kerap keluar Tv dan Media massa.  Jasanya pada saya terlalu banyak. 
Guru2 lain aku masih ingat wajah mereka dan jasa mereka.....ahli sukan peringkat negeri dan daerah juga ramai di sini.  Ramai antara mereka turut membantu rumah kami Juara tahun 1982 ( setelah 18 tahun ketinggalan)

Walaupun lebih kurang 1 tahun 6 bulan aku di sini, terlalu banyak kenangan aku di sana, aku mula belajar memimpin, bercakap, berbahas dan berinteraksi dengan guru dan banyak lagi kenangan manis.....kenangan pahit pun ada..... Rakan baik aku Jamaluddin Madrop (Jamal) yang duduk bersebelahan aku sentiasa menguji 'kepakaran' aku dalam soal Geografi....tqvm bro.... Jamal berjaya dengan impiannya memasuki UKM FPP dan khusus dalam bidang perakaunan dan sekarang jadi GM salah sebuah syarikat yang ternama.

Impian memasuki UM jadi kenyataan  Ogos 1986....entri akan datang

Jasa mereka semua  dan ilmu yang mereka bagi pada aku akan dikenang hingga akhir hayat.....

2 comments:

norh said...

nak kena dok diam2 kalau nak ingat semula zaman dulu2.. itu pun tak pasti dapat ingat kesemua ke tak guru2 yg pernah mengajar.. tapi yg tak boleh lupa, cikgu kelas masa darjah 6.. bagi kaunseling kat kantin sbb dia tengok prestasi menurun.. pastu balik kelas semua tegur cakap cikgu tu suka saya..ha ha ..lawak la..

rosli said...

Norh,

Saya pun amik masa agak lama nak ingat semua guru2 ni....ada yang saya dah lupa....Jasa Mereka saya tidak lupa.