Friday, January 27, 2012

JASAMU TETAP KU KENANG - ITM DUNGUN, ITM SHAH ALAM, UM DAN UIA ( BAHAGIAN AKHIR)

Assalamulaikum wbt,
( sekadar berkongsi kisah lama dan ketentuan Allah)

Rupanya dalam hidup ni,  kekadang perancangan kita berubah atau tersasar sebab Allah telah merancang untuk kita terlebih dahulu dan yang pasti perancangan Allah adalah yang terbaik. Aku asal dari aliran teknik masa SPM, bila STPM masuk aliran Sastera....lepas tu Jurusan Pentadbiran dan akhirnya grad dalam jurusan Geografi (Sains Sosial)....semua Allah dah tentukan...dan DIA tahu had kemampuan diri aku...Subhanallah

Selepas SPM,tahun 1981....ramai kawan aku masuk Universiti dan ramai jugak yang pergi overseas, aku kecewa ketika itu,  masuk tingkatan enam.....nak jadi cerita beberapa bulan sebelum menduduki  peperiksaan STPM Nov/Dis 1982 aku telah memohon masuk ITM ( sekarang UITM) untuk sessi Kemasukan  Januari jurusan Diploma Pentadbiran Awam. Cita2 abang sulong aku agar aku dapat masuk ITM...( aku pulak nak masuk ITM dan UM).  Allah perkenankan niat dan doa aku....dua2 sekali aku dapat ...Alhamdulillah.

Permohonan kedua pulak memasuki UIA, batch yang pertama dan hanya 5 orang dari sekolah aku dapat borang  memasuki UIA.....aku mohon jurusan Undang-undang.....( tak sangka berjaya jugak dapat tawaran)

Sebaik sahaja selesai peperiksaan STPM aku dapat tawaran ke ITM Dungun Sessi Kemasukan Januari.....Januari 1983 hingga Mei 1983 aku sempat belajar satu semester di Kampus Sura Hujung, Dungun.  Antara insan  dalam batch yang sama yang aku kenal sekarang adalah Prof Kamil Ibrahim (KRTS),  dia jurusan Perakaunan.  

Lebih kurang 5 bulan di ITM Dungun mengajar aku erti berjauhan dengan keluarga dan berdikari, termasuk basuh dan gosok  baju sendiri.  Kampus Sura Hujung bersebelahan dengan pantai, tapi tidak dibenarkan mandi langsung kerana ada kes hampir mati lemas terdahulu. 

Pensyarah ramai yang muda termasuk paper Ekonomi, Bahasa Mandarin, Pengajian Islam, dan Sains Politik.  Kenangan manis banyak dan adalah satu dua kenangan masam2 manis, semuanya mengajar aku erti cabaran, dugaan dan mematangkan diri.  Seronok belajar kerana sistem semester yang pendek dan silibus yang telah ditetapkan. Aku hanya sempat belajar satu Semester sahaja di ITM Dungun terpaksa menarik diri dalam bulan Julai 1983 dan memasuki UM Ogos1983. Ribuan terima kasih kepada pihak ITM Dungun....jasamu tetap ku kenang.

Sebaik saja keputusan STPM, Mei 1983 aku dapat 3 tawaran Universiti .....( Ya Allah , aku bersykur pada MU),  pertama sekali UM..Jurusan Sastera dan Sains Sosial..kedua UIA, Jurusan Undang2 dan ketiga ITM, Shah Alam . kursus Chartered of Transport.... rambang mata mana satu nak pilih. Akhirnya aku pilih UM sebab aku bercita2 nak major Geografi....itulah keputusan hati aku....nak tau apa orang lain kata...

Ramai yang marah aku termasuk abang aku, kawan dan Pn Rose Chew.....mereka semua marah sebab aku tak pilih jurusan Undang-undang UIA.....mereka kata first batch  gerenti lulus punya.....aku takut sebab English aku tak strong,  aku tak suka bahasa Arab....dan macam2 lagi alasan aku bagi....Sehingga kini memang ada rasa sedikit terkilan.....tapi aku bersyukur sebab Allah telah memberi aku pilihan yang terbaik berdasarkan kepada kemampuan dan diri aku....

Sekarang bila aku mengenangkan semua ini,  lepas SPM....tak dapat masuk mana2 U,  lepas STPM dapat 3 tawaran U....SubhanallaH....Allah Maha Mengetahui...

Lepas habis belajar di UM tahun 1986....zaman susah nak cari kerja....mintak diploma perguruan pun tak dapat,....aku sekali lagi masuk ITM , Shah Alam dapat masuk Pogram For Executive Development selama 3 bulan (Mei ke Ogos 1986) di bawah School of Business and Management dan sebelah malam aku mengajar kelas tingkatan 5 dan tingkatan 6 di salah sebuah Pusat Tuisyen di Klang.....susah jugak nak cari rezki ketika itu....tapi Allah terus memberikan ketabahan kepada aku masa tu,....Alhamdulillah..

Alam pekerjaan....memang jauh berbeza.....sebelum dapat kerja tetap dan terus belajar dan mengajar.....Semua rezki dah ditetapkan Allah.  Insyallah di lain masa alam pekerjaan pulak.

8 comments:

norh said...

menunggu en rosli cerita pengalaman alam pekerjaan.. :)

nadz said...

Tahniah..suka sangat mama nadz baca rentetan cerita mengenai ketabahan melalui segala liku untuk mengejar cita2

Ummi said...

MasyaAllah, Subhanallah keciknya dunia. Citer masuk ITM Dungun tu sama dgn citer saya, sem yg sama plak tu (intake Jan 83). Saya kelas DIB 1 sem jer masa tunggu result STPM. Lepas STPM apply UPM & berjaya. Tak sempat kenal dgn En Rosli, Prof MKI pun saya tk perasan. Budak2 lelaki saya cuma kenal kelas saya je. Dpt jumpa semula dgn ex DIB ITM kat fesbuk & pernah buat reunion.

rosli said...

Norh,

Pengalaman kerja pun byk....tp saya akan post sedikit lewat...

rosli said...

Mama Nadz,

Saya percaya masing2 ada pengalaman lain yang lebih hebat...hati dan jiwa nak belajar saya dulu kuat sebab Ibu saya...alhamdulillah

rosli said...

Ummi,

Hehehe....betul tu dunia semakin kecik dengan internet....agaknya bila jumpa mesti kenal....saya dulu low profile dan pendiam...dah tu pulak ke ITM Dungun....hati dan jiwa tidak di sana.....rindu dengan famili...apapun...pengalaman belajar jauh dari famili jadikan kita lebih matang

nutnut said...

salam. sy ingin mdptkan sedikit nasihat. lps spm tahun 1998, sy x sambung belajar di mana2 U walaupun dpt keputusan yg agak baik masa 2. skrg sy bercdg nak ambik pjj bagi diploma pentadbiran awam di bawah uitm. cuma yg menjd masalah sy skrg ni, semua subjek diajar dlm BI, dan terdpt silibus bussiness math sdgkan sy x mahir dalam BI dan math. so, perlu atau x sy teruskan niat sy ambik pjj ni? sy takut x dpt nak catch up apa yg diajar nnt.

rosli said...

Nutnut,

Saya mintak maaf sebab lewat balas , jarang tengok entri lama. Satu nasihat saya, jangan risau tentang bahasa, masa belajar nanti, Insyallah semua boleh catch up, ttg Pjj tu ok, cuma masa yang ambil begitu lama, yg pntg dapat diploma atau Ijazah. Teruskan usaha dan sentiasa tabah dan berdoa