Saturday, January 14, 2012

TUGASAN RASMI DI KUCHING 2012

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah tahun 2012 ( 6 hingga 7 Jan lalu) big boss mintak saya  ke Kuching atas tugasan rasmi dan menghadiri jamuan Anugerah Cemerlang staff kami di Kuching dan support  program mereka.


Sepertimana biasa , sampai awal, saya follow boss2 kecik saya bekerja dan sempat ke Bangunan Ibu sawat di Petrajaya, Kuching melihat tapak baru bilik server kami di sana ...Perluasan projek atas kehendak Kerajaan mengikut kontrak yang ditandatangani.

Bangunan Ibu sawat Petrajaya


Peralatan Server pun dah sampai dari KL

Sebelah malam ada Majlis Makan Malam Rasmi.....meriah dengan persembahan dan pertandingan karaoke. Makanan pun  boleh tahan sedap.


Tapi yang paling best bila ke Kuching selepas tugasan rasmi......mesti beli terubuk masin dan midin di Pasar Satok...serta pusing2  Bandaraya Kuching.

Sedang pilih ikan terubuk masin

 Besar besar punya...harga pun dah semakin naik

 Sebelum bungkus ditabur garam 
supaya fresh dan kurang masih

 Beginilah rupa MIDIN

Belacan Sarawak....memang sedap

Lepas tu pusing-pusing Bandaraya Kuching....dah selalu jugak ke sini tapi saya suka amik gambar...dan tak pernah jemu......

 Paling suka pemandangan ini

Bersama 'Buaya Tembaga' hehehe

Bersama Rozali dari 999 RC Melaka di depan 
kedai cenderamata , Waterfront

Antara Mercu tanda Bandaraya Kuching

8 comments:

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Midin tu buat masak apa yer

rosli said...

Hj Rozali,

Kalau di Semenanjung, Midin ini macam pacuk paku pakis ( warna merah maroon), biasanya goreng macam goreng pucuk paku, tp di Sarawak Midin ini sedap digoreng dengan tumis bawang campur belacan dan lebih sedap kalau guna belacan Sarawak (belacan Sibu or belacan Bintulu)...hehehe saya pun dapat tips dari penjual saya di pasar Satok tu...

mama ju, said...

Aslkm Tuan hj
Sarawak selalu menarik perhatian. Sapa2 pun pergi mesti kat best.
sAYA TAK PERNAH SAMPAI, belacan tu jugak nak rasa
Insyaalah satu hari nanti sampai kot...
Oh ya Bangi kat mana?
Tempat tu mcm pot sayalah , ada2 je kat situ , pagi tadi pekena roti canai kat tpt biasa tu lah...

ROZILA said...

Salam Tn.Hj Rosli,

Banyak ke beli ikan terubok masin?
menjalankan tugas rasmi,dpt pula jemputan APC kat Sarawak, seronoknya....

rosli said...

mamaju,

Carilah masa ke Sarawak dan khasnya Kuching, memang santai, jalan tak jam, byk yg boleh di tengok. Best.

p/s rumah saya di Seksyen 4, ada masa singgahlah....tp kena call dulu

rosli said...

Rozila,

Kebetulan itu program tahunan, saya buat kerja HR, so kena support semua progam berkaitan APC. Syukur boss masih lagi bagi kepercayaan untuk saya ke Kuching.

pB said...

Seronok ,bila kerja ada out station nie

tak lah terperap kat pejabat seperti pB nie ...

dah lah pejabat , tingkap pun tak ada ....
tak nampak apa apa kat luar

rosli said...

pB,

Dulu saya kerap keluar dan pusing satu Malaysia, skg dah kurang sangat, masih bersyukur Allah bagi saya peluang lagi.

pB bnyak brsabar, Insyallah satu hari nanti akan dapat peluang begitu jugak nanti. Insyallah