Salam,
Malam Selasa minggu lepas (21 September) semasa buat laporan polis di IPD Sepang, ketika tunggu giliran, aku sentiasa memikirkan NCD insuran aku yang bakal hilang (55%) kalau aku bersalah.....bila tiba giliran aku di temubual oleh Sarjan bertugas....dia kata aku tidak bersalah..Syukur sangat...amoi yang bawak kereta proton tu yang salah.....amoi tu terus kena kampaun RM 300, kesian aku tengok amoi dan bapak dia.....aku dah mengaku bersalah secara lisan dengan bapak amoi tu. Pihak polis ada cara mereka sendiri. Aku akur pada proses dan cara mereka membuat siasatan dan laporan.
Sarjan bertugas tegas mengatakan kesalahan amoi tu kerana tidak berhenti di simpang, dia mintak aku tunggu laporan siasatan, lakaran dan keputusan dalam masa 21 hari, aku mohon dipercepat kerana aku sangat memerlukan kereta diperbaiki segera kerana tugasan aku.
Sekarang kereta aku dalam woksyop di Jalan Klang Lama, masih tunggu laporan polis, keputusan perlanggaran dan lakaran lokasi perlanggaran, insuran so far tak ade isu aku rasa....sentiasa berdoa pihak Trafik IPD Sepang keluarkan keputusan segera. Dah dekat satu minggu aku naik komuter dan Putra LRT. Banyak pengalaman baru aku perolehi. Tunggu entri pasal kenderaan awam terutama Komuter dan Putra LRT.
Dalam seminggu ni , aku dah mula rindu pada kereta aku ni......esok kena gi Melaka atas urusan rasmi sehingga hari Jumaat....aku pinjam kereta abang Nasran yang aku anggap dah macam abang aku sendiri. Sentiasa membantu aku dan keluarga di masa kami dalam kesusahan. Hanya Allah yang dapat membalas jasanya dan aku doakan abang Nasran dan isterinya berpeluang mengerjakan haji tahun ini....masih dalam senarai menunggu. Amin

Aku rindu dengan kereta aku warna Habanero Red ni...