Friday, September 17, 2010

DUGAAN LAGI,....... KERETA DILANGGAR LARI DAN DICALARKAN

Salam,

Aku baru saja pulang dari surau tempat aku ( 17 September 2010) di Surau Al Kauthar , Seksyen 4,  Bandar Baru Bangi,  lepas solat di tempat letak kereta berhampiran dengan jalan 4/6,  lorong antara rumah dan dekat 5 tahun aku letak kereta di situ kalau solat Jumaat,  ini kali pertama kereta aku di langgar lari,  kena sagat bahagian tepi bumper dan bawah bumper bahagian depan kemek teruk.  Hilang sabar aku....memang ba.., cela.., lahan......,  kali ini aku memang hilang sabar.....masa menulis ni hati tengah panas sangat...dah tak terkawal rasanya.... mereka siap calar kereta aku dengan perkataan ' sexy'.....apa anda semua akan rasa jika kereta kesayangan anda dibuat begini !!!! .  Marah atau boleh senyum dan redho ? Aku berharap Allah bagi kekuatan pada aku kali ini....Bukan mudah aku nak buang tabiat maki orang ni.....dah 2 tahun 2 bulan aku cuba kurangkan tabiat maki orang ni.....tapi hari ni....entahlah....Ya Allah....bagilah aku kekuatan.... .

Bandar baru Bangi tidak lagi bandar yang selamat kerana ada segelintir budak2 nakal yang tidak mendapat pendidikan sempurna yang berkelakuan seperti orang tidak ada tamadun dan hidup macam binatang..apa yang ada dalam kepala hotak mereka aku pun tak tau...Kali ini memang aku akan buat solat hajat dan doakan mereka mendapat balasan yang setimpal dari Allah s.w.t. Jika mereka tidak dibenteras dari awal.....silap2 akan jadi gengster yang lebih teruk dari yang ada di Banting tu...... Khutbah tadi ada menyebut tentang gejala negatif yang melanda anak Melayu,  termasuk rempit, buang anak,  zina , dadah dan sebagainya...

 Bumper calar dan disagat.

Bahagian bawah bumper kemek

Calar dan cat terkopek


Dicalarkan dengan tulisan 'sexy',  apa sebenarnya 
yang ada dalam kepala hotak budak nakal ni....

Aku percaya mereka juga nak bersolat Jumaat, tp kenapa nak calarkan kereta orang dan langgar kereta orang.....tak boleh nak faham dan fikir apa ada dalam hati mereka ni......Dari statistik yang aku perolehi dari AJK surau ni,  dah lebih 15 motor hilang dari kawasan surau, satu kereta hilang masa solat Subuh last year....kipas surau dah lebih 10 hilang,  tabung solat Jumaat dilarikan......tunggu balasan dari Allah.....

22 comments:

taj said...

Salam,

mmg dugaan betulll...kalau taj pun akan memaki hamun juga, taj pernah kena, keta kemek di pintu,mmg sengaja dibuatnyer...dah maki baru sedar n beristighfar...sbb cara yg mereka lakukan tu sememangnya sengaja nak merosakkan harta orang...anak sapalah tuh, yg dah tak boleh nak diajar...mmg kurang ajar tul...
sabar jelah dan redha jelah..utk melegakan hati sendiri...

sonata anak kancil said...

turut sedih....buat solat hajat...biar mereka diturunkan musibah....memang kita sakit hati...tapi nak marah orang dah tak ade....

rosli said...

Salam Taj,

Tk kerana memahami saya, mgkn semiggu dua sejuklah hati saya ni, esok nak ke wsyop untuk check harga dulu, nak adjust mana yg dah terkopak kat mudguard dan kemek tu... mgkn next week baru ketuk dan cat semua bumper tu.....entah berapa kena lagi....terbang RM

rosli said...

salam hjh Zaleha,

mmg saya tgh marah skrg ni, akan buat solat hajat lewat malam.....teringin sangat nak berjumpa yang sagat kereta dan yang calarkan kereta tu....nak tau apa ada dalam kepala budak2 tu....

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

Allahuakbar
Amin Amin Amin
moga mereka diberi petunjuk oleh Allah

Wassalam

manzlie said...

salam saudara Rosli


Subhanaallah...!!!! banyakkan berdoa dan berzikir didalam hati..insyallah moga tenang perasaan tuan...

allah swt menyayangi saudara bila mendapt dugaan sebegini..

banyakakan bersabar yeer..

alhamdulilah..yang penting saudara selamat...


waslam

مسافر_اسلام said...

Assalammualaikom. Setiap yang berlaku mesti ada ikmahnya. Memang dugaan ya...baru habis raya, baru habis segalnya, dah masalah menimpa. Semoga en. Rosli cekal menghadapinya, jagan marah-marah ya. Mungkin Allah mahu lihat bagaimana keimanan dan kesabaran hambaNya. Setiap yang berlaku, ada penyelesaian. Buat la, apa yang sepatutnya en. Rosli lakukan. Ana sgt gemar dengan tindakan en. ROsli dengan solat dan berdoa, semoga Allah memberi mereka taufik dan hidayah untuk berubah. Lepas ini, boleh terus ke benkel kereta. Baiki ya...
w.salam

rezeki said...

salam rosli

kita sebagai manusia biasa sudah semestinya akan timbul perasaan marah apabila diperlakukan sedemikian rupa, it's normal

insyallah, 2-3 hari hilang perasaan marah tu

banyak nak kena keluar RM tu pasal bukan boleh spray kat bahagian yang diconteng je

akhlak budak2 sekarang tak tahulah nak kata, mcm tempat saya.
org sibuk dgr khutbah jumaat dan solat, budak2 muda berpuluh org duk menenggek atas motor bawah garaj, tak peduli

org pegi solat, mereka pegi
org balik, mrk balik

tapi pegi hanya sekadar takut dimarahi oleh ibu bapa, bukan takut kerana Allah

tu yg banyak motor, selipar yang hilang setiap hari jumaat

banyakkan berdoa agar sentiasa terhindar dari perkara yang tidak diingini

insyallah


psss keta mrs saya yang dicalarkan budak dengan duit siling panjang dipintu hadapan masih ada , dah setahun . tak sempat nak pi spray semula hehehe
kerana colour silver, lagi jauh tak brp nampak.

u punya memang kena sparay, sakit mata dan hati melihatnya

rosli said...

Salam hj Rozali,

Begitulah hendaknya moga mereka di beri petunjuk.....sedih segelintir budak2 Melayu skrg ni.....perangai yg menyakitkan hati.....bimbang pulak perangai akan melanda anak2 sendiri

rosli said...

Salam CL,

Insyallah saya akan cuba bersabar dan banyak buat apa yang CL ajar tu. TK atas nasihat dan panduan

rosli said...

Salam MI,

TK atas nasihat dan ingatan. Cuma nak cari masa yang sesuai ke bengkel, ni pulak musim raya dan open house.....mkgn buat next week.

rosli said...

Salam CR,

Tk kerana berkongsi cerita, byk jugak kena buat tu, masa lagi....

segelintir budak Melayu bila ramai dan berkawan mereka jadi liar....tp biasalah jadi jaguh kampung....tu belum lagi kes merempit, curi tabung masjid or surau, malas nak fikir anak orang sbb nak kena jaga anak sendiri....betul apa you cakap, ramai yang ke masjid sbb takut dengan emak dan bapak...tu yg berborak smpi kan waktu khutbah pun langgar....apa nak jadi pada budak2 begini.....hope mereka berubah dan mendapat hidayah

KAMATO said...

tabukng surau al-islah seksyen 5 juga cuba di kopak, tapi tak berjaya

rosli said...

Salam Kamato,

Ingat kalau ada masa petang ni nak gi report kat Bp Bangi, mintak mereka buat rondaan kat area tu....bulan puasa baru ni, hp my son dan kawan dia kena cuti masa mereka ikut program Qiamulail....tak faham apa ada dalam hati budak2 nakal ni.....dosa dan pahala dah tak boleh beza.....silap2 boleh jadi gangster macam kat Banting tu

Ummi Humaira said...

salam akhi Rosli..

bonet depan kereta kami pun pernah dicalarkan teruk 3thn lalu di Batu Pahat . memang sengaja budak2 tu toreh coz dlm sangat sampai nampak lapisan putihnya.

kita serupa dpt dugaan dgn kereta lepas raya ni , tp berbeza cara shj..

bersabar lah , apa nk buat , mudah2an mereka diberi petunjuk ..

support@safiudin.com said...

salam,

kes sebegini berlaku dimana-mana. pernah juga kereta saya di calarkan (yang diletakkan didepan rumah)oleh mereka2 yang dikategori'kurang ajar'.

mereka mungkin 'melepaskan geram' atas ketidakpuasan hati atau saja-saja menguji reputasi dihadapan rakan2.

harap tuan bersabar dengan apa yang berlaku.

Wasslam.

rosli said...

Salam Ummi,

Insyaallah , saya mengumpul kekuatan, kekadang masih marah dan sakit hati...terlalu banyak calar di kereta tu yg mereka buat...

rosli said...

salam safiuddin,

Saya akan cuba banyak bersabar....kekadang dalam solat ada rasa geram dan berdoa dengan penuh emosi.....moga Allah bagi kekuatan pada saya.

مسافر_اسلام said...

Allhamdullah...sesiapa sahaja boleh terasa. InsyaAllah tak lama lagi siap la tu ya..bengkel pun dah buka.

rosli said...

Salam MI,

Lepas ni sediakan duit jer.....

Kak Sidah said...

Salam En. Rosli,

Teruknya kereta tu..tak de pearasaan langsung pada yg membuatnya..mungkin ada hikmah nya ..masa ni lah kita kene banyak2bersabar..siapa yg tak geram ..tapi benda dah jadi..tak tau pulak siapa yg lakukan..hanya pada Allah saja kita memohon kesabaran..mungkin Allah akan gandakan rezeki en rosli..lepas ni insyaallah.

rosli said...

Salam K.Sidah,

Hati saya dah lega, byk hikmah.... rupanya ada lagi dugaan yang lebih besar, tp saya lebih tabah dan redho kali ini.