Sunday, September 19, 2010

FOTO PAGI RAYA 2010 ...........ERTI KESABARAN DAN KEREDHOAN

Salam,

Setiap tahun semua beraya mesti nak happy2 kan, termasuk sesi bermaafan dan bergambar.
Yang benarnya tahun ni banyak jugak foto raya di snap oleh anak dara dan anak bujang aku lebih 200 keping,  tapi yang aku suka nak share beberapa keping ajer.....( Raya di Muar). 

FAMILI AKU DAN IBU MERTUA

BERSAMA FAMILI HJ ALI,  HJ ABU BAKAR , FAMILI AKU 
DAN IBU MERTUA AKU(DUDUK TENGAH)

Anak dara aku dah upload lebih kurang 200 keping gambar dalam FB,  kalau ada masa boleh tengok dalam FB aku jugak. Sessi beraya di Klang rumah kakak dan abang aku di post akan datang.
 
Cuma kekadang bila ditimpa musibah dan dugaan ( kereta dilanggar dan dicalarkan) sedikit sebanyak merencatkan kemeriahan berhari raya , tp dalam hati aku sentiasa muhasabah diri, Allah memang ada perancangan yang lebih baik. Amin.  Tk kepada semua yang memberikan komen dan nasihat,  tiga nasihat dari CL, CR dan IP menyentuh hati aku. Masih banyak aku perlu pelajari erti kesabaran dan erti redho...."ya Allah bagi aku kekuatan untuk berubah ke arah kebaikan ".....Amin.

22 comments:

sonata anak kancil said...

ade la hikmahnya itu....buat banyak bersabo

luahfikiran said...

SALAM,
SABAR TU KAN SEPARUH IMAN ! BANYAKNYA GAMBAR. KALAU ADA KELAPAANGAN NAK TENGOK JUGAK. TAPI TAK TENGOK SAMPAI 200.

Ummi Humaira said...

salam akhi...

hanya DIA saja yg tahu apa hikmah di sebalik kejadian yg berlaku...

insyaAllah DIA tidak akan menganiayai hamba2NYA..

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

keluarga ceria

Wassalam

mamawana said...

Salam...

Sabar dan redho. Pas happy2 raya ni. Seronok dan bahagia.

Bgmn yer erti kesabaran bagi yg tak punya kedua ibubapa, takpunya ibu or tak punya bapa, tak punya suami or isteri or tak punya anak2 atau juga tak punya saper2...sob3. Sebatang kara ler katakan. Camner yer sabar dan redha itu?

Ada famili or tidak dipedulikan. Hu3...Mama tak sempat lagi nak ziarah satu umah org tua tu. Insyaallah.

rosli said...

Salam hjh Zaleha,

Betul tu, mesti ada hikmah, saya cuba bersabar dab muhasabah diri

rosli said...

Salam Dato Dr,

Tk atas ingatan, mmg kena byk bersabar

rosli said...

Salam ummi,

Saya setuju, Allah mmg akan menduga saya ikut kemampuan diri saya, byk hikmahnya nanti

rosli said...

Salam hj Rozali,

Terima kasih

rosli said...

Salam Mamawana,

Saya sempat masuk blog you, byk jawapan you dah dapat sebenarnya...

Saya juga tidak ada lagi ibu dan bapa tp ada famili sendiri, memang rindu pada mereka berdua terutama di saat Raya.

Banyak jawapan saya perolehi bila baca blog Hj Azli ( PDKM), Hj Arshad dan luahfikiran ( Dato Dr), blog yang berkongsi hal2 agama, hadis, dan apa saja berkait agama byk membantu saya....yg pasti dalam FB Hj Arshad tadi ada semua jawapan...sabar, redho dan ujian Allah....skrg saya lebih faham kenapa Allah menguji setiap hambanya.Amin

Ayah Zain said...

salam ros

tahun ini az tak banyak gambar berhariraya la. huhuhu

rosli said...

Salam AZ,

Actually saya pun tak byk bergambar, yang 200 tu gambar anak2 dan sepupu sepapat mereka....saya adalah 6 or enam keping.

مسافر_اسلام said...

Salam en. Rosli
Allhamdullah, keluarga bahagia. Tingkatkan sakinah dalam baitulislam yang dibina.

Kesabaran kita meningkatkan keimanan kita.

Keredhoan Allah yang perlu dicari sebagai seorg muslim.

Gambar menarik. MI tiada gambar raya kali ini. Ada yg kurang...eemmm...

Aki44 said...

Salam En Rosli,

Sabar adalah sifat terpuji. Allah telah berfirman, maksudnya: Dan Kami (Allah) akan memberikan balasan kpd org yg bersabar itu pahala, menurut apa yg telah mereka kerjakan dgn sebaik2nya (Surah al-Nahl:96)

Jadi bersabarlah, kembalikan semua urusan kpd Allah. Amin

rosli said...

Salam MI,

Betul tu kesabaran akan tingkatkan keimanan kita

rosli said...

salam Aki 44,

TK atas nasihat dan panduan. Saya lebih faham skrg, ujian Allah bukan untuk menganiaya hambanya, tetapi untuk menaikkan taraf keimanan hambanya. Mereka yang terima ujian ini adalah pilihan Allah. Amin.

Budi Rijali said...

salam Tuan... camner nak add Tuan di FB...? search tak jumpa pun...

rosli said...

Salam Budi,

Dalam FB saya guna nama Rosli Ibrahim or you cari melalui email saya irosli63@gmail.com.

saya baru lagi dlm FB ni,,,,masih belajar2 lagi.

Kak Sidah said...

Salam En. Rosli,

Alhamdulillah

rosli said...

Salam k.Sidah,

Syukurlah. Byk hikmah rupanya

rezeki said...

salam rosli

seronok berhari raya di kampung, lebih2 kawasan air hitam tempat tuan berhari raya kerana suasana rumahnya yang tinggi masih ciri2 kampung lagi , lepas tu seronok bila ikut rombongan marhaban pulak hehehe

rosli said...

Salam CR,

Betul tu, mmg seronok beraya di sana, cuma saya tidak berkesempatan ikut marhaban, sibuk beraya rumah sedara mara .....memang meriah suasana di kampung tu....mercun, bunga api, pelita masih hebat dan hiasan pelita masih banyak.