Wednesday, October 20, 2010

BOLEH KE MEMBACA KALAU BERDIRI DALAM TREN ?

Salam,
Orang kata kalau nak seribu daya dan kalau tak nak seribu dalih.  Dalam iklan dan kempen membaca oleh Kerajaan rakyat digalakkan membaca , masalahnya iklan tu tunjuk tren tu lapang dan semua orang duduk....memanglah best boleh membaca sambil duduk !.
Ni dalam tren komuter dari UKM ke KL Sentral 
sebelah pagi,... ramai  jugak yang membaca
Tapi kalau berdiri dan tren sesak macam ikan sardin ...dengan beg sandang lagi, dengan sebelah tangan memegang besi tren , dada kita, muka kita beradap dengan muka orang , dada orang , nak bernafas pun sesak....bolehke kita membaca ?.....bila tren nak berhenti badan kita ke depan dan ke belakang terhoyong hayang.....akhirnya dari KL Sentral ke stesen UKM aku lebih banyak memerhati gelagat orang dan sekali sekala tengok pandangan kiri kanan track .....hehehe.....alasan yang berjaya aku cipta..... Biasanya aku berpeluang membaca dengan selesa sebelah pagi.....sebelah petang aku sangat tidak selesa melainkan dapat tempat duduk..

Aku mencuba banyak kali membaca ketika berdiri sambil bersandar di badan tren ,  memang sukar dan tumpuan tidak ke situ sangat,  dalam sukar aku berjaya jugak menyelak beberapa helai mukasurat sementara menunggu kerusi kosong.  Berjaya jugak aku akhirnya memberikan tumpuan pada pembacaan...tapi lebih banyak berehat dari membaca....Syukurlah akhirnya dapat juga aku habiskan dua buah buku.

Ni buku pertama dapat aku habiskan dalam 
Tren Komuter dari UKM ke KL Sentral 
dalam masa 2 minggu
Ni buku kedua yang sempat aku habiskan

p/s Kalau dalam tren Putra LRT aku tidak membaca kerana masa perjalanan agak singkat dari Kerinci, melalui Abdullah Hukum , Bangsar dan tiba di KL Sentral. Tren ini biasa sesak di waktu puncak dan aku lebih selesa memerhati pandangan luar tren. 

14 comments:

Atikah said...

Salam En Rosli,

Saya boleh aje membaca dlm tren walupun berdiri.. but kena cari port tepi dinding.. leh menyandar... selesa untuk membaca... sudahnya terlepas hentian.... hehehe

Ummi Humaira said...

salam akhi Rosli...

tumpang baca pengalaman rakan2 jer ,coz ummi tak pernah alami suasana begitu ,
he he he nak gi kemana naik tren hari coz ummi seorang suri rumah jer ..

sonata anak kancil said...

nak seribu daya - tak mahu seribu dalih...no problem baca buku sambil berdiri jika mahu...saya pernah nampak budak sekolah baca buku atas motor ! ( di Ho Chi Minh - kalau kat M'sia - hentam merempik je !!!)

taj said...

Salam Rosli,

tetiba rindu pula suasana ini...
saya biasa membaca sambil berdiri...Alhamdulillah ok jer

kita kena memanfaatkan setiap saat masa yg kita ada,masa kita sudah singkat di dunia ini(kenangkan diri sdiri), paling tidak pun kita ingat Allah dlm hati...InsyaAllah hidup kita diberkati olehNYA

wallahualam

SiNoMoSa said...

Salam En Rosli,

Alhamdulillah, sy juga spt Atikah..kena carik port menyandar..kalau kat tengah2, dpt sandar kat kerusi pun jd ler hehe..

Tp sy tak bleh membaca dalam kereta atau bas iaitu kenderaan yg terasa pergerakkannya sebab nanti fenin lalat hehe..

Train yg smooth & flight should be no prob huhu..

rosli said...

Salam Atikah,
Saya pun bila terasa nk mmbaca akn cari port tepi dinding....kekadang seksa jugak

rosli said...

Salam Ummi,

Hope one day Ummi cuba naik tren dari KL Sentral ke KLIA....mesti best

rosli said...

Salam hjh Zaleha,

Betul tu....dlm kepayahan saya berjaya habiskan dua buah buku

rosli said...

Salam Taj,

Betul kata you, kena menafaat etiap waktu yg terluang

rosli said...

Salam Syima,

Baguslah , ramai geng2 kita rajin membca semasa dlm tren.

KaklongWiduri said...

salam
untuk saya membaca mengikut keadaan semasa..buku atau majalah memang sentiasa ready..rasa kehilangan arah kalau x ada bahan bacaan masa dalam tren..walaupun x dapat di baca..selalu terkena berdiri sepanjang masa dari kl sentral hingga ke Nilai.

rosli said...

Salam Kaklong widuri,

Untung you boleh membaca dan sentiasa teruja membaca masa dalam tren.....jauh jugak rumah you tu

ainhany said...

salam TH Rosli,

ALHAMDULILLAH..
satu pngisian yang bermanfaaat..:)
teruskan...

rosli said...

Salam ainhany,

Saya cuba share pengalaman naik tren pulak lepas ni..adalah satu entry lagi. TK