Monday, October 18, 2010

REZEKI DAPAT BUAH MANGGA- ALLAH MENDENGAR DOA AKU

Salam, (16 Oktober 2010)

Dulu masa kecik2 kalau aku teringin makan mangga, rambutan,  jambu batu biasanya aku akan amik tanpa kegemaran tuannya..( curilah tu....namanya )...hope tuan punya maafkan kesalahan aku masa kecik2 dulu.  Ramai tuan punya  dah meninggal/mati...aku pun tak jumpa mereka lagi....di Petaling Jaya ( tunggu entri masa kecik2 dulu). Last aku mencuri buah mangga tahun 1977 masa tu aku di tingkatan dua. 

Bulan lepas aku ternampak buah mangga berbuah lebat di dua buah rumah jiran aku,  masa lalu kat situ aku bercakap dengan wife aku " Yang  you mintaklah  sebiji dua mangga tu dengan kawan you tu ",  wife membalas....tak apalah..kalau nak makan kita boleh beli kat kedai nanti, tak payah nak mintak2 dengan orang , buat malu ajer ! ".  Aku senyum ajer dengar jawapan wife aku tu sebab dah tau jawapan yang akan keluar dari mulutnya. Hehehe..

 Lebat betul buahnya
 Sentiasa berbuah

Memang betul lepas tu wife  beli mangga  'King' kat kedai buah.....sedap mangga'King' ni.


Ni dia mangga 'King ' memang saja aku potong begitu

Pagi tadi aku perasan ada sebiji mangga besar dan lain dari yang wife aku beli....
Rupa2nya petang semalam (15 Oktober) ketika anak bujang  aku dalam perjalanan pulang dari sekolah.....jiran aku tu (isteri Hj Jailani) menahan anak aku tu.....dia kata "amik 3 biji pelam ni dan kirim salam pada ibu kamu.....".
Ni dia pelam tu....memang lebih besar

Aku terharu sangat..Allah mendengar doa aku.....walaupun aku bergurau pasal mangga ni bulan lepas.

Sebelum itu sorang lagi jiran aku ( hj Hasbullah) bagi  3 biji mangga yang dah nak masak pada wife waktu dia pulang dari kerja.


 TQVM YA ALLAH. Doa dan niat aku Allah makbulkan. Amin.

p/s Zaman nakal masa kecik2 dulu, kalau diingat gelihati pun ada,  takut pun ada...walaupun aku dibesarkan di tengah2 bandar Petaling Jaya, terlalu banyak kenangan manis , pahit dan m acam2 lagi....

17 comments:

Ummi Humaira said...

salam akhi Rosli....

nie dah dikira mengalahkan org perempuan mengandung ngidam nk makan mangga , he he he

sonata anak kancil said...

salam...nak share dengan Ummi...kadang2 bukan ibu mengidam - bapak pun boleh mengidam tauuuuu!!!
kita tunggu Ummi....

rosli said...

Salam ummi,

Saya memang suka makan mangga, so far tak ada sesiapa yang mengandung...hehehe

rosli said...

Salam hjh Zaleha,

Ye ker.....tp wife saya tidak mengandung, saya memang suka makan mangga.

Atikah said...

Salam en rosli,

Alhamdulillah... murah rezeki....

KAMATO said...

salam rosli, saya pun kecik2 dulu suka panjat pokok orang, pada hal kat rumah melambak pokok buah

Kakzakie said...

Salam En Rosli,

Kalau ikut zaman anak-anak dulu jauh beza dgn zaman sekarang. Anak dulu rata-rata lebih kurang sama panjat pokok tak kira pokok siapa. Ibu-bapa masing-masing pun tak kisah walau anak siapa pun memanjat. Redha... ikhlas.

Zaman berubah. Banyak buah di pasaraya. Semua ada duit boleh beli....

p/s: syukur dikurnia jiran yang baik

Ummufaiz said...

Salam Rosli,

Mangga yg dibeli di pasar tak sama dgn yang ditanam sendiri. Yg tanam sendiri tu ada thrill. Bila mkn terasa manisnya (w/pun masam) sb ditanam dengan rasa kasih gitu.

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

mengeratkan kejiranan
Insyaallah

Wassalam

rosli said...

Slam Atikah,
Betul tu, rezki dan Allah makbul doa saya

rosli said...

Salam Kamato,

Betul kata you kekadang panjat pokok orang lebih best...hehehehe

rosli said...

Salam Kakzakie,

Betul tu, jiran dulu dan sekarang byk beza....mereka akan jaga anak orang sekali...skrg takut nak tegur anak jiran klau mereka buat salah, silap2 kena tempelak pulak...

rosli said...

Salam ummufaiz,

Betul tu, pokok yg kita tanam kita lebih sayang, kita saja tau kerenah pokok tu

rosli said...

Salam Hj Rozali,

Betul tu, untung saya dapat merasa buah mangga yg mereka tanam, pokok mangga yg saya tanam dulu dah mati kena makan dek anai2, skrg kalau nak makan sgt beli saja dikedai or pasaraya....tp bila jiran bagi mmg best sbb doa saya Allah makbulkan. Amin

Kak Sidah said...

Salam En. Rosli,

Allah mendengar permintaan makhloknya...walaupun hanya mangga..tetapi pemberian itu mempunyai erti yg sangat bermakna..dan bersyukur dengan nikmatnya..sentiasa berdoa kepada Allah..Allah itu maha memberi..

rosli said...

Salam K.idah,

Betul tu Allah sentiasa mendengar doa hambanya

Fariz Luqman said...

Salam.. cicah cili kicap perh... bestt best