Saturday, October 2, 2010

MAKAN2 DI RESTORAN MUARA SG DUYUNG - PART 2

Salam,

Bila dah ramai makan,  tangan bersimpang siur....kebetulan semua dah lapar sangat masa tu.,,,, semuanya sedap.....ketam goreng cili, siput sedut....ikan pari, ikan tetanda bakar bercili,  sayur campur, nasi lemak, kupang goreng,  udang goreng bercili/butter.......Kena pulak air tebu, tembikai dan jus epal....perut senak betul.....kekenyangan...

 Ramainya orang kat sini
Cicah kicap , bawang dan limau kasturi
 Kupang goreng bawang
 Otak2
 Siput sedut goreng bercili
 Ikan pari/tetuka fresh
 Ketam renjong fresh
 Bersama boss, rakan2 pejabat 
dari KL, Melaka dan Kuching
Biasa kalau ke Melaka mesti makan dekat Serkam atau  Umbai dan ini pertama kali makan kat sini,  berazam lain kali akan datang bersama keluarga aku pulak.....Insyaallah.

4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

wah wah...
makan penuh meja
sampai tak nampak alas meja
he he

Wassalam

rosli said...

Salam Hj Rozali,

Bila boss kata nak belanja , kami semua cadangkan tmpt yang dekat dengan hotel dan best....bila order makanan...boss setuju jer....so kami pilih banyak2 makanan....boss belanja...hehehe

mohdandmeriam said...

salam en.rosli..makcik selalu singgah hanya tak tinggal jejak je..eh orang kelantan ke sebab kami dikelantan kalau ikan pari yg kecil kami panggil ikan tuko,kalau yg besar kami panggil ikan pari.
anak2 makcik semua suka..

rosli said...

Salam mohdandmeriam,

Saya asal Selangor berdarah Melaka, memang di sini panggil tetuka kalau anak ikan pari, sedap kalau di bakar atau masak asam pedas.

Saya ada ramai kawan dari kelantan, makcik di tinggal di jajahan mana ?