Saturday, October 30, 2010

MAJLIS GRADUASI ANAK DARA AKU, NUR ADIERA HANNA

Salam,

Hari ini ( 30 Oktober 2010) awal pagi lagi aku dah ke Dewan Banquet UPM , menghadiri Majlis Graduasi anak perempuan aku (ADIERA) yang jugak pelajar tingkatan 5 SMK(Rancangan Khas) Jalan Empat Bandar Baru Bangi. Bulan depan akan berdepan dengan peperiksaan yang sebenar , SPM.....(aku dan wife pun ikut berdebar2)

Usaha murni pihak sekolah
Hebat sekolah sekarang, tamat tingkatan 5 pun ada graduasi,  zaman aku dulu mana ada....jamuan pun belum tentu ada,  zaman dah  berubah.....  Majoriti ibu bapa hadir ke majlis ini dan memberikan sokongan  khas untuk anak masing2 dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.  Aku dan wife tumpang gembira bila tengok Majlis Graduasi ini,  harapan agar ADIERA akan dapat masuk U dan grad dalam masa antara 4 hingga 5 tahun akan datang.

Graduasi ini sebagai dorongan awal
Tahniah kepada ADIERA, Pengetua Cemerlang, Guru Kelas Cemerlang,  Guru2 subjek Cemerlang  dan AJK Cemerlang SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi,  tuan/puan semuanya begitu hebat dan cemerlang dan jutaan terima kasih di atas tunjuk ajar dan pemberian ilmu kepada ADIERA sejak 5 tahun yang lalu,  semoga Allah membalas jasa tuan/puan.

Kepada ADIERA khasnya,  hadapilah SPM dengan yang terbaik,  berusaha ,  berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Amin.

Agar lebih cemerlang masa dapat Ijazah, Masters dan PHD nanti

p/s Tahun depan sorang lagi anak bujang aku,  Muhammad Danial Rezza akan ambil PMR di sekolah yang sama manakala anak bongsu aku Muhammad Ammar Zikri pulak akan ambil UPSR di SK Jln Enam,  Bdr Baru Bangi,  semoga Allah memberikan kekuatan mental dan fizikal kepada kesemua anak2 aku untuk menghadapi peperiksaan mereka nanti. Amin

12 comments:

luahfikiran said...

SALAM,

KITA NI NAMPAKNYA TINGGAL DI KAWASAN KEDIAMAN YG SAMA.

INSYAALLAH ANAK2 AKAN MEMPEROLEHI KEJAYAAN DLM PEPERIKSAAN NANTI. SMKJ4 TERKENAL DGN KEPUTUSAN YANG AMAT BAIK PADA SETIAP TAHUN. TERINGAT 3 TAHUN YG LALU, ANAK LF MENDUDUKI SPM DI SEKOLAH INI.

mamawana said...

Salam...

Mudah2an berjaya dlm degree, Master, PhD...Insyaallah. Harapan semua ibu bapa. Amin.

rosli said...

Salam Dato,

Hope one daya kita dapat bertemu dan berbual2 isu sekolah dan isu2 lain khas untuk anak2 dan penduduk sekitar kawasan kita terutama soal jalan berlubang, jalan rosak, dahan pokok dll.

Saya tabik dengan usaha sekolah ini utk anak2 kita

rosli said...

Salam mamawana,


Begitulah hendaknya dan harapan semua ibubapa terhadap anak2nya. Semoga semua anak2 kita berjaya dengan cemerlang.

Aki44 said...

Salam En Rosli,


Selain dari daya usaha anak, doa ibubapa amat dituntut. Moga Nur Adiera Hanna mencapai kejayaan sebagaimana yg diharapkan oleh kedua ibubapa.

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

amin amin amin
moga doa kedua ibu bapa diperkenankan oleh Allah

Wassalam

rezeki said...

salam rosli

moga impian tercapai berkat usaha, doa dan tawakkal

Kakzakie said...

Salam....

Anak-anak sekarang memang beruntung walau dalam apa juga keperluan dapat dipenuhi dari aspek rumah sehinggalah kepada pembelajaran yang serba lengkap dan canggih.

Semoga ADIERA akan menjadi pemangkin adik-adik yang akan menuruti jejaknya kelak.

Majlis ini menjadi pendorong bagi menjana kejayaan yang diimpikan oleh ADIERA dan ibu-bapanya jua.

rosli said...

Salam Aki 44,

Betultu, anak kena usaha dan ibu bapa kena berdoa. TK atas sokongan dan doa tuan

rosli said...

Salam Hj Rozali,

TK atas sokongan dan doa

rosli said...

Salam CR,

Insyallah, dan tk atas doa dan sokongan tuan

rosli said...

Salam Kakzakie,

TK atas doa dan sokongan pada anak saya. Saya setuju anak2 skrg untung sebab semuanya mudah dan sedia ada. Mereka hanya perlu belajar dan pastikan usaha mereka berhasil. Ibu bapa zaman sekarang sentiasa menyokong usaha dan doa utk anak2. Ibu bapa dulu pun sama, cua ada segelintir mereka susah dan tidak berpeluang spt skrg ni. Amin