Friday, October 1, 2010

TUGASAN RASMI DI MELAKA- IKAN BAKAR MUARA SG DUYUNG- PART 1

 Salam,

Hari Rabu  (29 September) sebelum bertolak ke Melaka dapat panggilan Sarjan Zubir , IPD Sepang dan memaklumkan keputusan kes perlanggaran,  aku bergegas terus ke  sana, syukur pada Allah s.w.t dengan keputusan yang diperolehi,  sah aku tidak bersalah.

Sebelah petang kena bertugas di Melaka termasuk menghadiri mesyuarat rasmi.  Seronok jugak bertugas di luar kawasan ni,   tapi kena pinjam kereta abang Nasran untuk seminggu dua ni.

Kali ini menginap di hotel Avillion Legacy, Melaka

Malam pertama di Melaka sempat ikut boss dan kawan2 makan seafood di Restoran Muara Sg Duyung.  Makanan memang sedap dan service mereka  pun cepat sangat. Biasalah bila dah kenyang perut senang hati....

 Ni dia restoran tu......

Ikan segar dari laut

Otak2 sedang dipanaskan

Cicah kicap dan bawang....perghhhh

 Sotong goreng tepung garing.....perghhhhhh

10 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

makan banyak2 nanti...tambah berat badan...he he

selamat bertugas di luar kawasan

Wassalam

Ayah Zain said...

salam

best arr

Ummufaiz said...

Salam a'laik,

Ha, makan tak ajak ye...Malam jamuan raya tu saya & hubby cadang nk pergi. Tp hubby balik opis sampai kt rumah dh pukul 7.30pm. Lagipun mlm Jumaat.

Dari hotel tu boleh nampak bumbung rumah saya. Tp kena halakan teropong ke JJ/Tesco/Melaka Sentral.

rezeki said...

salam rosli


kami kalau dari KL nak balik muar, selalu menyinggah jugak kat kedai muara sg duyung tu

nasi lemaknya kemetot je , tu yang kekadang makan punya makan dah habis satu set heheheheh

masakannya boleh tahan , siput masak dgn kacang tu sedap, tapi yg tak sanggup nak menyedutnya, penat hehehe

rosli said...

salam Hj Rozali,

Betul tu, berat badan memang dah betambah skrg ni....seluar pun makin ketat

rosli said...

Salam AZ,

Saya teringin makan kat Mandela AZ tu or restoran kat Tg Piai tu, hope one day dapat bersama AZ satu hari nanti

rosli said...

Salam Ummufaiz,

Actually saya tunggu juga En Azhar dan you pada malam Jamuan Raya tu, State GM dan Pengerusi NUTE Melaka pun ada malam tu. Insyallah lain kali kami akan jemput lagi.

rosli said...

Salam CR<

Betul tu malam tu nasi lemak tu habis, ramai sgt orang masa tu....makanan memang sedap dan service mereka cepat....kami 9 orang dapat makanan cepat dan tak ada komplen pun malam tu..

sonata anak kancil said...

tunggu jugak kot2 call masuk....bila tak ade call - saya uruskan urusan anak2 - gi shopping kat Jusco Bandaraya...malam pulak gi open-house

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Mintak maaf sngat2....bila brsama bos dan kawan2 byk aktiviti yang saya kena ikut.