Friday, October 8, 2010

DITERJAH OLEH HJ CL DAN HJ NAZIR

Salam,
Lepas maghrib tadi Hj CL dan Haji Nazir terjah rumah aku. Kebetulan Hj CL dan Hj Nazir baru balik dari Bandung.....puas mereka cari mee Bandung  dan sirap Bandung di sana tapi tak jumpa.... So aku dan wife pakat buat Mee Bandung Muar untuk mereka berdua.....hehehe...

 Wajah ceria dua Hj yang masih solo dan 'available'

 Aku enter frame pulak

 Kuah mee Bandung

 Sayur dan bawang goreng untuk mee Bandung

 Sedang menikmati mee Bandung Muar

 Bersama Hj CL dan  Hj Nazir pulak snap kamera.

Cenderahati dari CL, Air Zam Zam dan coklat

Kebetulan hari ni 29 Syawal, katanya esok dah Zulkaedah...Hj CL dan Hj Nazir pelengkap tetamu yang beraya di rumah aku.  Terima kasih kepada mereka berdua.  Tak lama lagi Hj CL dan Hj Nazir akan bertolak pulang ke Makkah, semoga mereka berdua mendapat Haji yang mabror. Amin

10 comments:

sonata anak kancil said...

salam....perjalanan yang hebat...CL memang hebat orangnya...penggerak menjana ukhuwah di antara kita...

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Betul tu....dia dan hj Nazir memang rajin menjana ukhuwah sesama geng2 pdkm.

SiNoMoSa said...

Salam En Rosli,

Alhamdulillah..akhirnya mereka berdua berjumpa jugak dgn mee bandung dan sirap bandung walaupun baru balik dari Bandung hehe

Owh, Nazir ikut CL balik ke nanti? seronoknya..

rosli said...

Salam Syima,

Nampaknya begitulah plan mereka berdua. Seronok nak tgk perjalanan haji mereka berdua tahun ini

مسافر_اسلام said...

Assalammualaikom wtb....
Allhamdullah walaupun sudah last2 syawal, tetap ada yg ziarah. Allhamdullah...tetamu membawa rahmat. InsyaAllah semoga Haji nereka berdua mendapat Haji yang makbur. amin....

En.Rosli bila ke Mekkah?

rosli said...

Salam MI,

Insyalah. Kita`sama doa untuk mereka berdua

mama ju, said...

Aslkm

Bestkan mereka berdua ni...rajin bersilaturrahim wpun sibuk..

Bila diaorang balik ek?

rosli said...

Salam Mama ju,

Kalau tak silap mereka akn pulang ke Makkah pada 20 oktober ni....best nak tgk perjalanan Haji, Hj CL dan Hj Nazir kali ini.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam en rosli..

alhamdulillah...dapat makan mee bandung....tentu sedapss.

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Hj CL dan Hj Nazir kata sedap, syukurlah..... One day nak jamu geng2 PDKM pulak. Amin