Saturday, November 27, 2010

BERTEMU DENGAN NORMANIZAM ( IJOI ) DI KLIA SEMALAM

Salam,

Kali ini aku nak cerita pasal pemain takraw pulak.  Kalau nak baca pengalaman pemain takraw tahun 80an ,  sila baca entri Pak Itam ( CR).

Semalam setibanya di KLIA, aku tunggu wife jemput aku di pintu 2 ketibaan,  aku terkejut di sapa oleh seorang pemain takraw Malaysia yang baru pulang dari Guangzhou, China, Normanizam atau nama gelaran dia IJOI  kami bersalaman dan dia pun peluk aku cara peluk Arab....dia masih hormat dan ingat aku, aku sangat terharu.   Dalam pasukan Msia sekarang ada 3 orang bekas pemain sepaktakraw Telekom Malaysia....aku sempat jadi Pengurus Pasukan TM pada tahun 2002 hingga 2004.  Tahun kegemilangan TM pada tahun 2004. 

Aku sempat bagitau Ijoi,  jubah Arab yang dia belikan aku dulu pada tahun 2007, aku pakai masa gi umrah tahun 2008,  banyak pahala dia kerana aku pakai setiap kali nak gi solat di MH dan MN.  Cuma yang aku tak pakai adalah igalnya sahaja.  

Aku tengok berat badan Ijoi sedikit naik dan sempat nasihatkan dia banyak bersabar dan teruskan usaha untuk naikkan nama Malaysia. Aku yakin Malaysia boleh berjaya jika berusaha keras dan mereka bekerja sebagai satu pasukan.  Pak Itam (CR)dan rakan2 tahun  80an patut di panggil semula oleh PSM untuk memberikan idea bagaimana berdepan dengan Siam yang terkenal dengan gelagat mengejek atau 'menganjing' sepertimana kata Pak Itam dalam entrinya....rujuk blog Pak Itam...bagus cerita dan pengalamannya.

Ketika nak berpisah kami berpelukan cara Arab lagi,  aku terharu dengan sikap dan rasa hormat Ijoi pada aku.....Ijoi terkenal dengan servis kudanya dan berjaya menakutkan pasukan Siam,,,,cuma dulu hanya dia sorang yang ada servis kuda ni.... pernah mengharumkan nama Malaysia suatu ketika dulu. Sekarang Siam mudah perkotak katikkan kita....tu belum lagi Spore, Indon,  Korea, Jepun dan China....mereka semakin bagus skrg....

Aku tak sampai hati nak bertanya pasal prestasi pasukan....sebab dah tau Msia dapat perak dan pertandingan antara regu pun aku tak tanya.....sebab ketika itu aku nampak dia berseorangan sahaja....biasa kalau berseorangan di KLIA maknanya Msia kalah atau tidak memang emas..... kekadang aku tidak faham dengan pengurusan sukan Msia.....mereka pulang dengan pingat perak di Sukan Asia....bukan liga kampung....berilah sedikt sambutan di KLIA... 

Walaupun aku hanya  mewakili sekolah semasa main takraw dulu....aku masih menunggu PSM panggil aku untuk bagi idea ataupun jadi AJK.....tapi aku rasa aku sedang bermimpi di siang hari kerana PSM tidak pernah akan pandang orang cam aku ni.....walaupun aku pernah jadi Pengurus Pasukan Takraw TM yang banyak kejayaan pada tahun 2004......tapi aku tak kecik  hati....hehehe.

Aku jugak menunggu FAM agar bukak ruang kepada orang awam dan bekas pengurusan bolasepak mana2 kelab agar tampil memberikan idea bagaimana nak majukan bolasepak Msia....aku sekali lagi bermimpi di siang hari.....cita2 aku nak bawak Msia ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 atau 2030.....sekali lagi aku tidak kecik hati pada FAM.....hehehe.....

6 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

adat dunia..
yg pendik dianggap rendah
yg sikit dianggap kecil
yg tak berpengaruh tak ada edia

Wassalam

rezeki said...

salam rosli

dalam mana2 organisasi persatuan sukan sejak dari dulu ada permainan politik masing2 , kalau ada pengurusan tertinggi dari negeri mereka duduk dlm jawatankuasa, ramailah bakat dari negeri mrk akan terpilih, itu hakikat dari dulu lagi

persatuan negeri pun sama juga politiknya

kami dulu satu regu pernah menjuarai kejohanan antara regu MAS-UTUSAN malaysia peringkat kebangsaan (remaja) ,menang je , belum apa2 ada pihak atasan dah cakap , duit kemenangan akan diambil oleh mereka dan kami hanya dapat sedikit je , itu yang melemahkan semangat kami

elaun masa tu wakil negeri dalam 10-15 ringgit je , dan masa tu kami main kerana minat. kalau nak kira elaun, mmg tak cukup. Tapi minat punya pasalkan. Kena berkorban

ramai kekawan saya masa tu rasanya semua dah pencen mcm Mat noh sulaiman, malik samsuddin, shafie tamat, ku halim dll

saya berhenti main secara serius masa tengah naik juga psl kena fikirkan pasal kerja krn masa tu takraw tak menjanjikan apa2 masa depan masa tu . Arwah ayah pernah cakap dan marah saya sambil kata
"nanti bola takraw tu boleh kasi kau makan ke "

rosli said...

Salam Hj Rozali,

Tak lama lagi kita bukan no 2 lagi, kita akan tertinggal jauh dengan Siam dan silap2 Korea dan China pun boleh beat kita senang....PSM kena berubah secara total

rosli said...

Salam CR,

Apa yang arwah ayar CR bagitau tu mmg betul. Saya pun setuju dengan citer you pasal elaun tu....actually dalam PSM skrg pun masih sama, kedudukan kewangan mereka masih tk ok....nasib ada MSN bantu....

PSM dan persatuan negeri pun sama, mereka bukan serius nak naikkan takraw....mereka lebih suka berpolitik daripada memajukan sukan....pilih kasih mereka sgt menebal...kebajikan pemain langsung tk mau jaga dengan betul

KAMATO said...

mungkin kerajaan perlu serius lihat pengurusan PSM dan FAM ni, nampak gaya dah makin teruk. Tak mustahil satu masa nanti Cina pulak yg akan kuasai takraw ni, dah kalau kita lihat India pun dah tunjuk kehebatannya. Bola zaman tahun 70 an kita boleh bit korea, tapi sekarang apa jadi

rosli said...

Salam kamato,

Sepatutnya yang ada sekarang turun dan cuba serah pada generasi muda yang ada idea baru,itu untuk PSM...mereka ada agenda peribadi.

Bagi FAM pulak,siapa yang berani nak bercakap atau berbincang dengan Tuanku Sultan untuk bagi idea baru. Saya dah 5 tahun mintak kawan2 untuk uruskan pertemuan saya dengan Tuanku Sultan dan saya perlukan 45 minit sahaja untuk bentangkan pelan ke Piala Dunia 2026 atau 2030...saya mimpi siang hari lagi ni....!