Sunday, November 28, 2010

MULUT MANA LEBIH BAIK ?

Salam,
Antara mulut laser, mulut jahat, mulut celupar,mulut lepas cakap, mulut manis,mulut masin, mulut tempayan dan sekarang budak2 muda selalu cakap mulut longkang dan banyak lagi jenis mulut...mana yang lebih baik ?

 Antara tahun 2004 hingga 2008 aku memang selalu lepas cakap,  antaranya aku pernah terlepas cakap,  " kalau boleh sampai mati aku tak bercakap atau berkawan dengan bekas kawan aku yang aku kenal 11 tahun.... Tau apa yang berlaku masa  buat umrah tahun 2008.....muka2 yang aku tak suka appear macam video masa aku sedang berdoa di Raudah,  MN.  Aku 'frust' dengan Allah masa tu,  napelah Allah tunjukkan muka2 mereka yang aku tidak suka dan aku anggap dah 'mati'....itu dulu.....sekarang aku lebih faham nape Allah tunjukkan pada aku,  nasib baik aku tidak mendoakan mereka yang bukan2 masa dalam MN. Nape dengan Allah pun aku nak bermulut laser....kalaulah Allah putuskan satu urat lidah aku mau senget atau terjelir lidah aku ! Aku bersyukur skrg sbb Allah maha mengetahui apa yang ada dalam hati aku.

Bila pulang dari umrah,  terlalu banyak perkara yang berlaku, mimpi ngeri, insiden dan banyak lagi peristiwa yang membuatkan aku berfikir.....teringat abang kedua aku dulu,  selalu nasihat aku bila kita bercakap......apa yang kita cakap bukan lagi milik kita....ia milik orang mendengar....sekarang aku lebih faham....kena amat berhati bila bercakap lebih2 lagi bila bercakap dengan mulut tempayan atau yang suka menyampai.....Kalau bergosip pastikan kita bergosip dengan diri sendiri atau simpan dalam hati....lebih selamat.

Cuma kekadang dalam realiti hidup dan bekerja,  aku dah cuba kurangkan mulut laser aku...aku cuba low profile.....yg bestnya....kawan2 yang kenal aku masih ada segelintir lagi provoke aku dengan cerita sensasi dan gossip2 supaya aku melenting semula dan lepas cakap macam dulu2...bila nak patahkan cakap kawan2 aku biasa cakap,  aku dah penat jadi Jebat,  aku memang tak mau jadi lalang atau Tuah....aku lebih suka jadi Hang Kasturi....dan skrg aku lebih suka jadi rakyat jelata......hahaha....jadi rakyat jelata tidor kita lebih lena....betul ker ?.....Siapa Hang Kasturi.....tunggu entri  .....entah tak tau bila sebab buku pasal Hang Kasturi hanya ada di Red Spot library UM sahaja.....hasil penulisan Tun Sri Lanang...

12 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam en rosli,

memang padan dgn pepatah melayu ~ kerana mulut badan binasa...[ada kalanya!! ]. sebab itu kita harus menjaga mulut kita...

manzlie said...

salam dari Maakkah...


alhamdulilah...syukurr...ameeennn

waslam

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

itu tanda Allah masih sayang kat saudara
Allah maha pengampun lagi maha penyayang

Wassalam

Che' Pit said...

apa yang kita cakap bukan lagi milik kita....ia milik orang mendengar

sy suka baca ayat tu.. rasa mcm x pernah dgr atau dgr ayat tu.. peringatan buat sy

Atikah said...

Salam encik rosli...

Kadang2 diam itu lebih baik dari berkata-kata...

rezeki said...

salam rosli

alhamdulillah, setiap perubahan datang dari Allah jua yang dia Maha Mengetahui.

kekadang kita semua diberi hidayah, cuma kita menyedari atau tidak je

kita sebagai manusia biasa termasuk diri saya juga sentiasa berubah menjadi yg terbaik dari segi akhlak menurut islam

insyallah

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Saya setuju sgt dengan pepatah tu, byk pengajaran saya dah perolehi. Lebih mudah low profile dan kurang bercakap

rosli said...

salam CL,

TQVM atas sokongan CL.

rosli said...

Salam Hj Rozali,

Tk atas sokongan, Insyallah, dugaan sentiasa ada skrg ni.

rosli said...

salam Che Pit,

Petua dan nasihat abg saya tu betul, cuma kekadang bila emosi dan dah terlalu marah semua kita langgar dan ucapkan....gunalah mana2 yang baik .

rosli said...

salam atikah,

Betul tu, lebih baik berdiam diri, cuma kekadang tk dpt nak kawal emosi, tp Insyallah saya akan cuba berubah

rosli said...

Salam CR<

Saya setuju dengan hidayah tu, kekadang tak perasan Allah dah bagi lama, cuma terlupa dan terlalu emosi, Insyallah kita semua nak berubah ke arah kebaikan.