Saturday, October 30, 2010

MAJLIS GRADUASI ANAK DARA AKU, NUR ADIERA HANNA

Salam,

Hari ini ( 30 Oktober 2010) awal pagi lagi aku dah ke Dewan Banquet UPM , menghadiri Majlis Graduasi anak perempuan aku (ADIERA) yang jugak pelajar tingkatan 5 SMK(Rancangan Khas) Jalan Empat Bandar Baru Bangi. Bulan depan akan berdepan dengan peperiksaan yang sebenar , SPM.....(aku dan wife pun ikut berdebar2)

Usaha murni pihak sekolah
Hebat sekolah sekarang, tamat tingkatan 5 pun ada graduasi,  zaman aku dulu mana ada....jamuan pun belum tentu ada,  zaman dah  berubah.....  Majoriti ibu bapa hadir ke majlis ini dan memberikan sokongan  khas untuk anak masing2 dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.  Aku dan wife tumpang gembira bila tengok Majlis Graduasi ini,  harapan agar ADIERA akan dapat masuk U dan grad dalam masa antara 4 hingga 5 tahun akan datang.

Graduasi ini sebagai dorongan awal
Tahniah kepada ADIERA, Pengetua Cemerlang, Guru Kelas Cemerlang,  Guru2 subjek Cemerlang  dan AJK Cemerlang SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi,  tuan/puan semuanya begitu hebat dan cemerlang dan jutaan terima kasih di atas tunjuk ajar dan pemberian ilmu kepada ADIERA sejak 5 tahun yang lalu,  semoga Allah membalas jasa tuan/puan.

Kepada ADIERA khasnya,  hadapilah SPM dengan yang terbaik,  berusaha ,  berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Amin.

Agar lebih cemerlang masa dapat Ijazah, Masters dan PHD nanti

p/s Tahun depan sorang lagi anak bujang aku,  Muhammad Danial Rezza akan ambil PMR di sekolah yang sama manakala anak bongsu aku Muhammad Ammar Zikri pulak akan ambil UPSR di SK Jln Enam,  Bdr Baru Bangi,  semoga Allah memberikan kekuatan mental dan fizikal kepada kesemua anak2 aku untuk menghadapi peperiksaan mereka nanti. Amin

Friday, October 29, 2010

TREN AWAM MANA YANG LEBIH BEST ?

Salam ,
Kebetulan dalam masa 14  tahun kelima2 tren pengangkutan awam di Malaysia ni aku dah cuba antaranya Komuter ( KTMB), LRT, Putra LRT, ERL dan Monorel. Di bawah ini adalah sekadar pandangan peribadi aku berdasarkan kepada pemerhatian aku sejak tahun 1996 hingga sekarang.

Yang paling laju dan best adalah ERL.....biasa aku naik dari stesen Putrajaya ke KLIA . Lebih kurang 12 minit aku dah sampai KLIA. Mereka ada dua jenis tren ekspress dan transit...

Laju ERL ni.....
Putra LRT aku biasa naik dari KL Sentral ke Kerinci,  dekat dengan ofis aku.....banyak tren, cepat dan effisyen.....memudahkan perjalanan dan banyak stesen yang strategik lokasinya.  Dulu setiap 3 minit ada tren sampai.....dengar citer target mereka setiap 1.5 minit ada tren sampai....best.


Sekarang mereka dah tambah tren dan lebih panjang

LRT  pulak dulu aku selalu naik dari stesen Masjid Jamek ke Bandar Tasik Selatan,  lepas tu tukar tren Komuter.....LRT pun best jugak...tren banyak dan setiap 5 minit mesti ada tren tiba....mungkin skrg lebih kerap lagi.....dah lama tak naik tren ini. ( Tak ada gambar)

Monorel aku pernah guna dua kali.....dari KL Sentral ke stesen Bukit Bintang urusan Maybank aku di Bangunan Yayasan Selangor.  Kelemahan nyata,  stesennya di KL Sentral agak jauh dari Bangunan KL Sentral kena berjalan lebih kurang 600 meter....tak pasti kenapa jadi begini
( tak ada gambar) . Bagusnya tren ini dia merentas tengah2 bandaraya KL.

KOMUTER KTMB- tren yang paling kerap dan banyak kali aku guna,  ni  pilihan aku wpun banyak kekurangan Komuter ni..tetapi jasa perkhidmatannya aku tak pernah lupa.  Banyak sebab kenapa Komuter selalu lewat,  pertama mereka berkongsi rel keretapi dengan banyak perkhidmatan KTMB.....Aku sangat yakin dengan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya , Dato Dr Aminuddin boleh meningkatkan mutu perkhidmatan mereka ....faktor masa dan ketika sahaja.....teringin nak cuba tren ke Ipoh pergi dan balik....2 jam lebih sikit dah sampai Ipoh....



Sekadar berkongsi pengalaman aku guna beberapa perkhidmatan tren luar negara.  Di luar negara pulak  pada tahun 1994 pernah cuba Underground di London, tahun 1995 guna tram di Melbourne dan tren laju dari Melbourne ke Monash,  tahun 1996 MRT di Singapura dan tahun 1999 tren laju dari airport Schiphol Amsterdam ke Central Station, Amsterdam ( sama macam dari KLIA ke KL Sentral). 

Hampir kesemua mereka menggunakan sistem bersepadu dan menggunakan satu tiket untuk ke mana2 dan biasanya hujung minggu  zon perjalanan mereka diperluaskan tanpa membayar kos tambahan ....macam yang CR cakap tu. Sistem mereka cekap dan effisyen sangat terutama Underground di London.  Bawak jer duit banyak2 sbb tambang mereka jika kita convert pada duit mereka memang mahal.....

Kepada pembaca  boleh kongsi pengalaman tuan/puan menggunakan tren di mana anda berada  sekarang,  mana tau kita boleh bagi cadangan kepada kerajaan kita untuk perbaiki lagi mutu perkhidmatan tren kita .

Monday, October 25, 2010

RAGAM DAN BAU BAUAN TREN KOMUTER KTMB DAN PUTRA LRT

Salam,

Khamis , 23 September bermulalah episod aku naik tren komuter  dari stesen UKM hingga KL Sentral.  Dari KL Sentral aku naik tren Putra LRT hingga stesen Kerinci.

 Tren baru tiba dari Seremban

 Selesa jugak stesen UKM ni

 Tren dah mula penuh dari UKM

Walaupun lebih kurang 3 minggu aku naik tren,  banyak jugak pengalaman aku perolehi,  sebelah pagi tren Komuter agak sesak bila tiba di stesen Kajang dan Serdang.....bila tiba KL Sentral lebih kurang separuh orang turun dari tren,  masa tu aku fresh lagi, bau pun wangi lagi.

Bergegas terus ke stesen Putra LRT,  tren kat sini banyak dan jarak masa lebih kurang 1 hingga 3 minit mesti ada tren ....masih fresh lagi....bau pun wangi lagi. Hehehe....

 Amat selesa di KL Sentral,  bawakkan duit ajer

Luas dan selesa stesen ni...
Ni dalam tren Putra LRT....masih lapang lagi

Sebelah petang semasa nak balik rumah memang satu waktu yang amat kritikal terutama untuk naik tren Komuter KTMBdari KL Sentral  ke UKM,  orang mulai ramai,  biasanya aku target tren jam 6.47 petang atau sebelum itu.  Berebut dan bila masuk tren mesti padat......Masa ni kita boleh cium bau macam2....masam ada , pahit ada, tengik ada dan bau ketiak antarabangsa pun ada.


Tahun 1996 hingga 1997  yang ramai orang Malaysia yang berulang alik guna tren ini,  tapi sekarang boleh jumpa Indonesia,  India , Bangladesh, Myanmar, Nepal, Vietnam, Siam,  Iran, Iraq, Nigeria, Ghana, Guinea,  Inggeris, Bosnia, Chec republik dan banyak lagi. Macam2 bau ada.  Bau aku pun ada sekali.......sebab tu kalau ada peluang elok kawan2 cuba tren ni.

Tren KTMB masih belum tiba...
lewat 15 minit masa tu

!5 Oktober 2010 kereta aku dah siap, so dah tak naik tren lagi........pengalaman selama 3 minggu lalu sangat berharga,  jumpa kawan2 baru dan ada yang siap tanya buku yang aku  baca.....Kembara Hati di Tanah Suci tu.....rupa2nya dia memerhati kandungan buku tersebut.

Wednesday, October 20, 2010

BOLEH KE MEMBACA KALAU BERDIRI DALAM TREN ?

Salam,
Orang kata kalau nak seribu daya dan kalau tak nak seribu dalih.  Dalam iklan dan kempen membaca oleh Kerajaan rakyat digalakkan membaca , masalahnya iklan tu tunjuk tren tu lapang dan semua orang duduk....memanglah best boleh membaca sambil duduk !.
Ni dalam tren komuter dari UKM ke KL Sentral 
sebelah pagi,... ramai  jugak yang membaca
Tapi kalau berdiri dan tren sesak macam ikan sardin ...dengan beg sandang lagi, dengan sebelah tangan memegang besi tren , dada kita, muka kita beradap dengan muka orang , dada orang , nak bernafas pun sesak....bolehke kita membaca ?.....bila tren nak berhenti badan kita ke depan dan ke belakang terhoyong hayang.....akhirnya dari KL Sentral ke stesen UKM aku lebih banyak memerhati gelagat orang dan sekali sekala tengok pandangan kiri kanan track .....hehehe.....alasan yang berjaya aku cipta..... Biasanya aku berpeluang membaca dengan selesa sebelah pagi.....sebelah petang aku sangat tidak selesa melainkan dapat tempat duduk..

Aku mencuba banyak kali membaca ketika berdiri sambil bersandar di badan tren ,  memang sukar dan tumpuan tidak ke situ sangat,  dalam sukar aku berjaya jugak menyelak beberapa helai mukasurat sementara menunggu kerusi kosong.  Berjaya jugak aku akhirnya memberikan tumpuan pada pembacaan...tapi lebih banyak berehat dari membaca....Syukurlah akhirnya dapat juga aku habiskan dua buah buku.

Ni buku pertama dapat aku habiskan dalam 
Tren Komuter dari UKM ke KL Sentral 
dalam masa 2 minggu
Ni buku kedua yang sempat aku habiskan

p/s Kalau dalam tren Putra LRT aku tidak membaca kerana masa perjalanan agak singkat dari Kerinci, melalui Abdullah Hukum , Bangsar dan tiba di KL Sentral. Tren ini biasa sesak di waktu puncak dan aku lebih selesa memerhati pandangan luar tren. 

Monday, October 18, 2010

REZEKI DAPAT BUAH MANGGA- ALLAH MENDENGAR DOA AKU

Salam, (16 Oktober 2010)

Dulu masa kecik2 kalau aku teringin makan mangga, rambutan,  jambu batu biasanya aku akan amik tanpa kegemaran tuannya..( curilah tu....namanya )...hope tuan punya maafkan kesalahan aku masa kecik2 dulu.  Ramai tuan punya  dah meninggal/mati...aku pun tak jumpa mereka lagi....di Petaling Jaya ( tunggu entri masa kecik2 dulu). Last aku mencuri buah mangga tahun 1977 masa tu aku di tingkatan dua. 

Bulan lepas aku ternampak buah mangga berbuah lebat di dua buah rumah jiran aku,  masa lalu kat situ aku bercakap dengan wife aku " Yang  you mintaklah  sebiji dua mangga tu dengan kawan you tu ",  wife membalas....tak apalah..kalau nak makan kita boleh beli kat kedai nanti, tak payah nak mintak2 dengan orang , buat malu ajer ! ".  Aku senyum ajer dengar jawapan wife aku tu sebab dah tau jawapan yang akan keluar dari mulutnya. Hehehe..

 Lebat betul buahnya
 Sentiasa berbuah

Memang betul lepas tu wife  beli mangga  'King' kat kedai buah.....sedap mangga'King' ni.


Ni dia mangga 'King ' memang saja aku potong begitu

Pagi tadi aku perasan ada sebiji mangga besar dan lain dari yang wife aku beli....
Rupa2nya petang semalam (15 Oktober) ketika anak bujang  aku dalam perjalanan pulang dari sekolah.....jiran aku tu (isteri Hj Jailani) menahan anak aku tu.....dia kata "amik 3 biji pelam ni dan kirim salam pada ibu kamu.....".
Ni dia pelam tu....memang lebih besar

Aku terharu sangat..Allah mendengar doa aku.....walaupun aku bergurau pasal mangga ni bulan lepas.

Sebelum itu sorang lagi jiran aku ( hj Hasbullah) bagi  3 biji mangga yang dah nak masak pada wife waktu dia pulang dari kerja.


 TQVM YA ALLAH. Doa dan niat aku Allah makbulkan. Amin.

p/s Zaman nakal masa kecik2 dulu, kalau diingat gelihati pun ada,  takut pun ada...walaupun aku dibesarkan di tengah2 bandar Petaling Jaya, terlalu banyak kenangan manis , pahit dan m acam2 lagi....

Saturday, October 16, 2010

TERUBAT RINDU......TQVM ALLAH

Salam,

Lebih 3 minggu aku tak tengok kereta aku selama di woksyop,  semalam (15 Oktober) kereta aku siap diperbaiki, tuntutan insuran yang sedikit lama (biasalah  Syarikat insuran bila bab nak buat tuntutan mereka akan cari banyak alasan nak lewatkan bayaran)  dan dah boleh bawak balik rumah ,  dapat bumper baru, lampu baru , plet baru dan radiator baru.....ada yang lama, tetapi rekod kereta ini dah pasti tercalar sebab dah pernah berlanggar dan akan datang kalau nak jual macam2 akan ditanya ,  samada pernah berlanggar atau tidak agar salesman mendapat komisyen lebih.....ini adat dunia permotoran dan permainan penjual dan pembeli kereta....yang pasti chasis kereta aku tidak terjejas.....ada jugak yang tak dapat ganti baru...
Baru keluar dari wsyop Peringgit Auto, Jln Klang Lama

Ada kawan2 yang mencadangkan aku cat semua seluruh kereta dan ada juga yang mencadangkan tukar kereta baru yang lebih besar,  tapi dengan keperluan kewangan yang lebih memerlukan di masa hadapan....tahun ini anak dara aku amik SPM dan yang pasti akan memerlukan lebih banyak duit tahun depan....aku tangguhkan dulu semua keperluan kereta ini.   

Yang pasti kereta 'sexy'  dan cat kereta yang 'sexy' ini aku kekalkan. Tengok gambar. At least boleh buat sipenconteng 'berbangga' dengan hasil kerjanya yang begitu 'indah dan kreatif'. Aku dah maafkan mereka yang terlibat , cuma kena ingat Allah sentiasa perhatikan perbuatan kita.....jadi kalau di masa akan datang jika mereka pulak menerima musibah sebegini maka mereka  kena muhasabah diri....aku juga sudah muhasabah diri.....mungkin masa muda dan zaman kanak2 dulu aku juga pernah begitu agaknya.


Thank you Allah,  aku terima ujian ini dan mematangkan diri aku agar melihat sesuatu peristiwa dengan mata hati.....rasa lega dan seronok  dapat guna semula kereta aku. Amin.

Sunday, October 10, 2010

DUA MINGGU SATU BUAH BUKU

Salam,

Salah satu hikmah yang terbaik aku perolehi semasa berulang-alik naik tren komuter dari UKM, Bangi ke KL Sentral pergi dan balik selama lebih kurang 2 minggu adalah aku berjaya membaca dan menghabiskan satu buku bertajuk, KEMBARA HATI DI TANAH SUCI oleh Ustaz Ghazali Ibrahim ( Adik kepada arwah Ustaz Asri Ibrahim). Mula baca  dalan tren pada 23 September dan sebelah petang 8 Oktober ketika  menghampiri stesen UKM Bangi ,  aku dapatkan habiskan bacaan buku tersebut. Syukurlah. Buku tu aku beli pada 11 Jun 2010 !



Aku hanya membaca jika dapat tempat duduk dan aku selesa membaca dan membaca semasa berdiri jika tren tidak sesak sangat.  Membaca dalam tren satu  merupakan satu pengalaman baru dan aku tak akan lupa.  Kepada yang ingin tahu perasaan buat haji dan lepas haji boleh baca buku ini.  Ini buku kelima pasal haji aku baca termasuk  Dua Buku  iaitu Haji Muda dan Bila Pintu Hati Terbuka , oleh Dr Ridzwan Bakar,  Dua buah Buku Travelog Haji oleh Prof Kamil Ibrahim (Mengubah Sempadan Iman dan Perjalanan Menuju Perubahan)

Walaupun tempoh masa  yang aku amik  agak lewat untuk menghabiskan satu buku,  tapi yang penting koleksi buku yang aku dah baca bertambah satu lagi. Amin

Friday, October 8, 2010

DITERJAH OLEH HJ CL DAN HJ NAZIR

Salam,
Lepas maghrib tadi Hj CL dan Haji Nazir terjah rumah aku. Kebetulan Hj CL dan Hj Nazir baru balik dari Bandung.....puas mereka cari mee Bandung  dan sirap Bandung di sana tapi tak jumpa.... So aku dan wife pakat buat Mee Bandung Muar untuk mereka berdua.....hehehe...

 Wajah ceria dua Hj yang masih solo dan 'available'

 Aku enter frame pulak

 Kuah mee Bandung

 Sayur dan bawang goreng untuk mee Bandung

 Sedang menikmati mee Bandung Muar

 Bersama Hj CL dan  Hj Nazir pulak snap kamera.

Cenderahati dari CL, Air Zam Zam dan coklat

Kebetulan hari ni 29 Syawal, katanya esok dah Zulkaedah...Hj CL dan Hj Nazir pelengkap tetamu yang beraya di rumah aku.  Terima kasih kepada mereka berdua.  Tak lama lagi Hj CL dan Hj Nazir akan bertolak pulang ke Makkah, semoga mereka berdua mendapat Haji yang mabror. Amin

Thursday, October 7, 2010

CENDERAHATI DARI AZ PDKM SELAMAT MENGERJAKAN HAJI


Salam,

Terima kasih kepada AZ yang bersusah payah poskan pen tanda cenderahati pada saya.  Sangat terharu  dan amat menghargainya.

 Sangat berguna bila di pejabat saya

Juga digunakan di rumah 

Pada AZ selamat mengerjakan Haji, moga mendapat haji yang mabror, selamat ke Makkah, Madinah,  selamat mengerjakan semua ibadah Haji, doakan kami di sini agar jugak menjadi tetamu Allah pada tarikh dan ketika yang sesuai dan paling penting selamat kembali ke tanahair dengan sihat dan selamat. Amin

Wednesday, October 6, 2010

TUGASAN RASMI DI PENANG- NASI BRIYANI KARI ANGSA

Salam,

Dari hari Ahad , 3 Oktober hingga 5 Oktober aku berada di Penang atas tugas rasmi OSH.  Naik ERL ke KLIA   dan flight ke Penang jam 6.30 petang dan selamat mendarat di Penang  Airport lebih kurang jam 7.30 malam, perut terasa lapar dan berkeroncong . Beberapa kawan aku memang 'hantu' nasi kandar, rakan di Penang  terus bawak kami ke  gerai 'Line Clear',  kari ayam dan nasi dia memang 'terangkat'....sedap.  Tapi aku tak snap gambar pun terlupa dan sebab terlalu lapaq kot...hehe...( kena slang Penang sikit nooooo)

Laju tren ni, dari Putrajaya ke KLIA 
terasa sekejap sangat

Hari kedua sibuk bekerja dan tidak keluar hotel pun, makan minum disediakan di Hotel Vistana , Bayan Baru.  Tempat selesa pemandangan pun cantik.

Dari bilik aku boleh nampak Hotel Equatorial,
Bkt Jambul dan Kelab golfnya sekali...

Hari ketiga (5 Okt) geng2 yang 'hantu' nasi kandar mencadangkan pulak ke Restoran Tajuddin di Leboh Queen . Makan ayam goreng , Kari ayam ros,  Kari Ayam Piru( Ayam Belanda) dan Kari Angsa.....hehehe....lembut dagingnya.......perghhhhhh. Terlupa lagi nak snap gambar...dapat snap tulang angsa ajer....refer gambar di bawah..

Ni buktinya....

 Semua bangsa makan dalam restoran ni...

Briyani Angsa dan Briyani  Ayam Piru 
( Ayam Belanda) memang best
Sori arrrr,  baru teringat nak snap gambar...
dah tinggal tulang angsa saja...hehehe

Sempat singgah Farmasi Naina....harga barang2 lebih murah berbanding harga sales di KL....pelik tapi benar.  Lepas tu singgah pulak kat Penang Street....macam2 jeruk ada.....tak snap gambar kedai....terlupa lagi....
Murah harga barang....aku tak amik komisyen tau.

Jalan sentiasa sibuk

TUGASAN RASMI, JAMUAN RAYA DAN MESYUARAT - PART 3

Salam,
Hari kedua di Melaka penuh dengan tugasan rasmi, sebelah malam pulak ada Jamuan Ramah Mesra Aidil Fitri dan hari ketiga ada mesyuarat pengurusan.

 Cantik waktu matahari nak terbenam dari
bilik hotel

Ballroom Avillion Legacy, Melaka

 Ramah Mesra Aidil Fitri

Meriah suasana Aidl Fitri... big boss  dan boss memang
sporting siap menari lagi....

Selepas berhibur dan bergembira di jamuan Raya,  esok paginya pulak  ( 1 Oktober ) tugasan rasmi dan mesyuarat pengurusan hingga sebelah petang. Lepas tu ada lagi aktiviti rasmi....penat tapi seronok kerana semua program yang dirancang berjalan sepertimana dirancang. Syukur pada Allah.

Mesti kena duduk sebelah boss amik minit mesyuarat
rasmi pengurusan

Saturday, October 2, 2010

MAKAN2 DI RESTORAN MUARA SG DUYUNG - PART 2

Salam,

Bila dah ramai makan,  tangan bersimpang siur....kebetulan semua dah lapar sangat masa tu.,,,, semuanya sedap.....ketam goreng cili, siput sedut....ikan pari, ikan tetanda bakar bercili,  sayur campur, nasi lemak, kupang goreng,  udang goreng bercili/butter.......Kena pulak air tebu, tembikai dan jus epal....perut senak betul.....kekenyangan...

 Ramainya orang kat sini
Cicah kicap , bawang dan limau kasturi
 Kupang goreng bawang
 Otak2
 Siput sedut goreng bercili
 Ikan pari/tetuka fresh
 Ketam renjong fresh
 Bersama boss, rakan2 pejabat 
dari KL, Melaka dan Kuching
Biasa kalau ke Melaka mesti makan dekat Serkam atau  Umbai dan ini pertama kali makan kat sini,  berazam lain kali akan datang bersama keluarga aku pulak.....Insyaallah.