Saturday, March 19, 2011

HABIS MADU SEPAH DIBUANG- PART 1

As Salam,

Bukan lagi menjadi rahsia apabila Wan Jamak Wan Hassan meletakkan jawatan secra rasmi kelmarin (Khamis)....aku tabik dan hormat pada keputusannya yang gentlemen dan berani memikul tanggungjawab akibat prestasinya pasukan NS yang sedikit merudum dan kini berada ditangga ke 9,  tahun 2008 dulu hingga 2010 beliu berjaya membawa pulang Piala Malaysia dan selepas itu Piala FA.....ketika itu NS memang buat nama dan Wan Jamak disanjung tinggi.....kini semua itu tinggal kenangan...Aku akur bahawa rezeki Wan Jamak bersama pasukan NS tamat hingga 17 Mac 2011

Bersama Wan Jamak Wan Hassan pada tahun 2007 

Pendapat aku kali ini lebih kepada trend dan mentaliti pengurusan bolasepak di Malaysia dan sikap pemain semasa di padang.....terlalu banyak rahsia pemain di padang, bilik persalinan dan yang paling susah adalah apa yang ada dalam otak fikiran pemain semasa mereka di padang bola....samada nak memang, nak seri, nak kalah atau nak kenakan coach sampai coach letak jawatan.....kalau kita bertanya mereka,  siapa yang main bola nak kalah dan mereka bermati-matian menolak semua dakwaan itu....

Itu belum lagi pemain yang tidak puas hati,  sakit hati dan ada segelintir pemain yang dihubungi oleh bookie dan mengatur perlawanan.  Aku tidak berniat menuduh atau menuding jari kepada mana-mana pemain dan mana2 pasukan sekarang....sekadar memberikan pendapat peribadi....terlalu banyak faktor kepada sesuatu pasukan boleh kalah walaupun pasukan mereka ada ramai 'star' dan pemain yang hebat2.....kekadang ada jurulatih yang begitu bernasib baik dan sentiasa menang dan pasukannya sentiasa berada di atas.....Ada lagi.....

6 comments:

manzlie said...

salam dari Makkah...


Nak selamat dan kekal dalam jawatan senang jer...WAN JAMAK KENA...ANGGUK ANGUKKKK GELEENG GELEENGGG IKUTTT IKUTTT APA DEPA MAUUUUUU... tuh jer jawapan sebenernyerr.
trend bolasepak kita tak kemana...?? main pun aala alaa budak sekolah...cl memang dah sumpah takkan masuk stadium lagi nak p tengokkk lagi..buang duittt and kareeennnnn jeeerrr...


waslam

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

mukin duit jadi taruhan
sukan letak tepi

Wassalam

rezeki said...

salam rosli

kalau peribahasanya
"habis sepah madu dibuang"
takkan berlaku benda2 ni kan

rosli said...

CL,

Sya pun dah lama tak ke stadium....dah tak ada kepentingan lagi...pasukan yang saya sokong pun tak menonjol...entah kenapa

rosli said...

Hj Rozali,

Kalau saya cerita pasal wang dan rasuah dala pasukan bola sekarang mesti ramai yang susah nak percaya...saya ada bukti....kat padang terlalu ramai pelakon drama swasta.....itu belum lagi pelakon ditepi padang dan di dalam stadiummmm...remoto control dari jauh...FAM tak suka dengar semua cerita ini...

rosli said...

Rezeki,

Betul jugak ek.....kalau peribahasa begitu.....ada ke orang nak buang madu.....hehehe.....orang pompuan jer tak suka madu....