Monday, March 21, 2011

HABIS MADU SEPAH DIBUANG- PART 2

As Salam,

Kalau nak tau senang atau susah mengurus satu2 pasukan bola, join dan buat full time,  aku dah lalui semua ini,  budak2 bola ni (yang dah jadi bapak pun ramai) sangat sensitif, kekadang perangai mereka macam budak2,  kalau berjanji mesti dipatuhi....kalau tidak tunggu ajer masa game......bola depan pintu gol pun dia boleh sepak naik ke atas tak masuk gol.....pengurusan aku dah rasa dulu, tapi kalau apa yang mereka mintak dan hajati semua dapat mereka main macam lipas kudung....

Soal gaji mereka sangat sensitif.....kalau boleh mesti sama rata  dan kalau mereka tau ada yang dapat lebih,selain kapten.....akan timbul rasa tak puas hati.  Kalau mereka tidak suka seseorang coach..masa game mereka akan tunjuk kuasa......seri atau kalah pilihan mereka...kalau kita bertanya....sampai mati mereka tidak akan mengaku....rata2 mentaliti pemain kita masih tidak pro.....main bola untuk duit....tidak macam zaman Dato Mokhtar  Dahari dan Dato Soh Chin Aun dulu....zaman dah berubah kata mereka.


Ada pemain  yang jadi anak emas pengurusan.( carilah....banyak contoh dalam NS ada, Kelantan ada, Perak ada dan Pahang ada...) apa mereka buat pengurusan diam ajer....takut mereka merajuk dan lari ke pasukan lain....pemain lain makan hati.....banyak lagi contoh..


Ini belum lagi pemain yang ada masalah peribadi.....bercinta, berkahwin dan macam2 hal lagi......belum lagi yang ada masalah rumahtangga.....masalah keluarga, tak cukup duit sampaikan nak beli pampers anak pun tak ada duit, kereta nak kena tarik.....mereka nak pinjam duit dan banyak lagi......Aku bangga dengan TMFC dulu sebab berjaya bawak masuk pakar dengan pendekatan kaunseling dalam pasukan......hasilnya begitu baik.....


Masalah di kalangan pegawai pun ada jugak.....saling tikam menikam sesama mereka....mengadu ke pihak atasan....soal gaji.....dan macam2 hal......ramai pegawai yang hanya menumpang populariti pasukan sahaja....idea dan kerja tak mau bagi....ada yang sibuk cari salah pegawai dan pengurusan sahaja.....politik dalaman pasukan terlalu banyak.....aku dah rasa di tikam kawan baik merangkap AJK pasukan....dulu terasa pedih tapi sekarang aku redho...aku ada Allah....jumpa di padang Mahsyar nanti...


Itu belum lagi kehendak pihak Lembaga Pengarah yang sibuk nak jaga imej pasukan.....imej korporat, mileage pasukan dan syarikat......ROI,  Return On Investment.....dan macam2 lagi...macamlah kita sekarang bermain dalam liga yang bernilai berbiIlion ringgit !


Satu perkara yang ramai orang tidak tahu, hampir semua Presiden dan Pengurus pasukan asyik nak menang sahaja.....tak boleh kalah langsung......cuba tanya En Azman dan Tan Sri Annuar Musa sebelum Kelantan berada di kedudukan sekarang....apa mereka dah lalui dulu...


Pengorbanan masa, wang ringgit, jiwa dan raga diserah sepenuh pada pasukan.....hinggakan dalam tidor termimpi bola.....aku dah rasa.....pedih rasa hati......pengorbanan ini kekadang tidak berbaloi....tersilap langkah atau buat salah orang akan kenang sampai mati...namun aku tidak serik.....jika ada peluang aku ingin bawak semula TMFC ke persada liga.....kali ini aku hendak semua pemain aku menitikberatkan soal solat dan aurat jika bersaing di Liga Malaysia....Insyallah berkat. Ameen

8 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

cita2 yg murni
memurtabatkan Islam dlm sukan
Insyaallah

Wassalam

manzlie said...

salam dari Makkah..


ituh la yang dah melekat kat dalam jiwa mereka skg ni.....tiada langsung semanagat'patriotik' untuk negara..baik pemain,pegawai dan pengurusan Negeri....martabat bola dah hancuss...laungan lantang untuk ke 'olimpik dan Piala Dunia' amat LANTANG tapi apakan dayaaa.....semua tuh hanya PELESU...yang penting $$$$$$....



wasalm

nadz said...

Assallamualaikum Rosli,
sekiranya kita berhajat yang baik, dan berusaha..insyaallah Allah ada di mana2 saja. Teruskan niat dan selamat Maju Jaya..

rosli said...

Hj Rozali,

Insyallah. TK

rosli said...

Cl,

Saya harap rakyat Msia tidak termakan dengan beberapa lakonan drama swasta mereka

rosli said...

Mama Nadz,

Terima kasih, Insyallah

ysa said...

Salam ukhwah,
Pernah dengar nama Uday Saddam Hussein??.
Dia adalah Menteri sukan Iraq semasa Sadddam berkuasa. Selepas Iraq kalah kpd Korea Selatan ( tahun 2000?)the entire team termasuk jurulatih masuk penjara selama sebulan.

Agaknya siapa nak wakili negara kalau begitu jadinya bila kalah??.

Saya...tetiba minat membaca/ mengimbas kembali liku2 akhir hidup Saddam Hussein serta dua anaknya Uday & Qusay.


Wassalam

rosli said...

Ysa,

Iraq memang unik.....cara mereka lebih agresif.....kat Msia lain sikit.....hehehe...