Thursday, January 26, 2012

JASAMU TETAP KU KENANG- UNIVERSITI MALAYA (PART 5)

Assalamualaikum wbt.


Saat yang paling manis bila masuk Universiti Malaya (UM) bulan Ogos 1983, puas hati dapat happykan ibu aku yang begitu mengharap aku masuk Universiti. Fakulti biasa2 ajer,  Fakulti Sastera dan Sains Sosial....tahun 1984 baru buat pengkhususan....aku buat Geografi sebagai single major, ramai senior beberapa kawan  kata aku 'gila' kerana ianya adalah 'slaughter department', sedikit tergugat jugak tumpuan....tapi aku tetap teruskan hingga tahun akhir.


Selepas 24 tahun aku ke sini lagi

Terlalu banyak kenangan manis dan pahit belajar di UM.....akhirnya berjaya tamatkan jugak Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian ....cukup2 makan dan cukup syarat ....boleh mohon kerja dengan gomen dan swasta....tapi permohonan untuk buat Diploma Perguruan di tolak kerana single major,  tidak ada rezki nak jadi guru ...hanya layak jadi guru tuisyen sahaja...kebetulan memang niat dan cita2 aku nak jadi pentadbir. Syukur pada Allah.

Daripada 10 subjek (paper),  7 adalah subjek geografi.....macam2 geografi.....selebihnya Bahasa Inggeris dan 2 subjek Sosiologi.  Pensyarah di sini memang berbeza....jumpa mereka masa kelas syarahan dan kekadang jumpa mereka masa kelas tutorial....Ada yang tegas, ada yang tak peduli , ada yang garang, ada yang suka menyindir dan ada yang suka ingatkan kami yang Islam tentang fardhu Ain dan macam2 lagi.  Yang pasti semua mereka berjasa , tetapi yang begitu menyentuh hati ada beberapa orang sahaja :

  1. En Hamirdin Ithnin ( sekarang Prof Dr Hj Hamirdin Ithnin), sebelum kelas dia pasti ingatkan yang lelaki dan perempuan Islam tentang solat Subuh, dan dia selalu kata "saya dah ingatkan anda semua dan tanggungjawap saya selaku orang Islam dah lepas".   Aku suka kelas dia sebab subjek dia menarik hati aku.....memang Prof adalah salah seorang pakar geografi yang terbaik di Malaysia.  Dia dah pencen dan sekarang mengajar di UPSI dan aku selalu jugak jengok kat blog (Hamirdin) dia sekarang ni. Rasanya dia menetap di Bangi jugak dekat dengan rumah aku....one day mesti nak jumpa dia.
  2. En Azizan Abu Samah (sekarang Prof Dato Dr Azizan Abu Samah), Ketua Ekspedisi Antartika ketika zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM. Aku mula minat pasal awan sejak bersama dia selama 2 tahun.....Tahun 1985 beliau adalah Ketua Pensyarah yang membawa kami untuk membuat kajian di Dungun, Pulau Kapas dan banyak lagi tempat. (Kajian ini wajib bagi semua pelajar untuk dapat Ijazah Kepujian).  Dia sangat ingat dengan pelajar2nya....Kali terakhir aku sengaja ke UM tahun 2002 dan terserempak dengan dia di Jabatan Geografi......dia masih ingat dengan wajah aku, walaupun nama aku dia dah lupa.....Aku masih ingat katanya waktu itu " nowadays susah nak cari pelajar macam you...sekarang pelajar pendiam....takut nak bercakap,  tak macam zaman you dulu.....yang suka nak  bercakap dan berbahas....dalam kelas tutorial mesti nak bercakap dan bertanya",  terharu aku masa tu.....Ingatkan kami ni zaman belajar dulu nakal dan tidak dapat keputusan baik.....Syukurlah masih mendapat compliment dari bekas pensyarah.
  3. Dr Chi Seck Choo,  serius bila mengajar dan beriya2 menerangkan sesuatu bila kami tidak faham.....entah kenapa aku ingat pada dia aku tak berapa pasti.....yang pasti aku jadikan dia salah seorang rujukan dalam resume aku selepas mendapat kebenaran dari dia  masa di tahun akhir pengajian aku....Pertama kali aku masuk bilik dia adalah masa di tahun akhir.....baru nampak dia tersenyum walaupun dia sibuk dengan komputer dia waktu itu.....aku masih ingat ,  dia bertanya aku kenapa memilih dia sebagai rujukan....aku hanya bagitau dia aku amik paper dia sejak tahun satu hingga tahun akhir....baru dia bersetuju dengan aku......paper tahun akhir dia bagi aku markah agak baik.  TQVM Dr.
Kesemua pensyarah Geografi memang hebat, subjek mereka memang susah gila, kata budak2 sekarang...Apapun aku bersyukur 'selamat' dan berjaya 'grad' dalam Jabatan Geografi
Jasa mereka semua aku kenang hingga kini....Geografi tetap dalam diri hingga kini. 

6 comments:

norh said...

waktu belajar saya pendiam.. waktu keja ni, saya terbanyak mulut la pulak..he he

Mohd Saad Hamid said...

Assalamu'alaikum wbt rosli

Dr Hamirdin memang tinggal di BBB, rumah bungalow area surau as-Sobah dekat Aulad Centre. Memang dekat dengan rumah tuan tu. Eh eh mana satu tahu rumah en rosli.

rezeki said...

salam


saya dulu masa sekolah minat geografi dan sejarah

masa spm dan stpm semua lulus dgn agak baik subject tersebut

tak pernah merasai dunia di menara gading , tapi tetap bersyukur krn Allah dah tetapkan rezeki saya bukan di situ, tapi di tempat lain

alhamdulillah

rosli said...

Norh,

Dua ok.....yang penting bercakap bila boss suruh bercakap dan bagi pendapat

rosli said...

Hj Saad,

Betultu.... memang dekat dengan rumah saya, saya diseksyen 4 dan Prof di seksyen 3,....sebelah ajer hehehe

rosli said...

Hj CR,

Betultu bila kita berbicara tentang rezki, kekadang tak perlu masuk U untuk jadi peniaga seperti Hj CR. Yang penting usaha. Alhamdulillah. Rezk kita semua Allah dah tentukan