Thursday, June 26, 2014

MADINAH KAMI DATANG ( AKTIVITI DALAMAN MASJID NABAWI)- BAB 5

Assalaamualaikum wbt,
(Rabu - 29 Januari  2014 - Waktu Zohor ke Asar)
Bermulalah  aktiviti harian di sini , selepas Ziarah Dalaman pagi tadi  setiap waktu memang ditunggu untuk bersolat ...lepas Zohor dan Asar pasti balik ke hotel untuk makan tengahari dan berehat...Waktu Maghrib dan Isya' memang sentiasa berada di dalam Masjid....solat sunat dan baca Quran atau baca Yasin...aku memang lemah baca Quran ni....jadinya aku baca mana yang mudah samada surah atau Yasin....yang penting baca....

PINTU MASUK UTAMA SENTIASA RAMAI JEMAAH
Dengan hp yang boleh di bawa masuk ke dalam Masjid mudah untuk merakam gambar2 yang menarik minat aku...dari binaan, ukiran, tempat letak Quran, tempat letak kasut dan aktiviti jemaah di dalam Masjid Nabawi
INI BAHAGIAN YANG TIADA HAWA DINGIN
RAMAI YANG MASIH LEPAK2  DAN BACA QURAN LEPAS SOLAT
BEKALAN AIR ZAM ZAM YANG DIBAWA KHAS DARI MAKKAH
MUDAH NAK BUAT PAHALA ...RAMAI YANG WAKAFKAN KERUSI
SANTAI LEPAS SOLAT....NAK LEPAK BOLEH...NAK TIDO BOLEH DAN 
BACA QURAN ..BERBORAK PUN BOLEH...TEPUK DADA TANYA IMAN...
BEKALAN AIR ZAM ZAM PILIH SAJA NAK YANG SEJUK ATAU YANG TIDAK SEJUK
MINUM PUAS-PUAS AIR ZAM ZAM....
LEPAS SOLAT...TIDAK PERNAH SUNYI DENGAN JEMAAH
SELEPAS MAGHRIB TERJUMPA DENGAN KUMPULAN YANG SEDANG BERBUKA
Aku memang tidak puas mengambil gambar di dalam Masjid Nabawi apatah lagi aku hanya guna kamera dari hp....aku tidak mahu ambil risiko dimarahi oleh penjaga atau kamera aku di rampas.....Memang banyak lagi pemandangan, senibina dan ragam manusia yang aku tidak dapat snap. Insyallah di lain masa....

Pintu masuk utama Masjid Nabawi....sentiasa penuh dengan jemaah

2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah.
Saya pun bawa hp masuk. tapi saya ada nampak pegawai bawa 2 hp entah sapa punya. saya byk ambil vedio mcm kat raudah.
Bilalah nak ke sana lagi.

rosli said...

Mamaju,

Untungnya Mamaju dapat amik video sekali...rezeki tu. Alhamdulillah