Tuesday, June 24, 2014

MAKAN2 DI BAGAN LALANG , SEPANG BERSAMA FAMILI

Assalaamualaikum wbt,

Tahun 2014...belum pun ada pergi ke mana2 atau ke Bagan Lalang. Sebenarnya aku dah jadikan jadual tahunan dengan wife dan anak2 untuk membawa mereka makan di tempat yang mereka pilih semasa hari jadi mereka....ini salah satu cara untuk merapatkan hubungan aku dengan famili aku. Kebetulan Danial sekarang di MMU, Cyberjaya, jadinya kena pilih hujung minggu yang dia balik bercuti.

Jadinya minggu lepas 14 Jun 2014...aku dan famili telah ke Bagan Lalang...Makan2 ni kami gabungkan 4 acara sekali....Birthday Adiera, 17 Mei,  Anniversary perkahwinan kami 28 Mei, Birthday Danial 15 Jun dan Hari Bapa dan kami pergi satu hari lebih awal kerana aku ada jadual golf pada 15 Jun nanti.

DAH BEBERAPA KALI MAKAN DI SINI
VIEW MEMANG CANTIK DAN UDARA NYAMAN
FAMILI AKU....SEMENTARA MENUNGGU MAKANAN SAMPAI
AKU DAN WIFE POSING DULU SEBELUM MULA MAKAN
Makanan laut memang jadi kegemaran anak2 dan wife...aku pun suka cumanya sejak kena gout ini aku amat berhati2 dengan lauk seperti sotong dan udang. Anak2 aku benarkan mereka order....aku hanya makan ikan dan sayur...Ini menu mereka...
 JENAHAK TIGA RASA...NI AJER YANG AKU PUAS MAKAN
 KETAM GORENG BLACK PEPPER
PARI BAKAR SAMBAL 
 SOTONG GORENG TEPUNG
BUTTER PRAWN 
KAILAN GORENG IKAN MASIN
Memang seronok dapat bersama anak2 dan makan2 bersama mereka..aku selalu pesan pada anak2 ...jika mereka ada keluarga sendiri di masa hadapan.....cari masa bersama mereka. Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan pada aku dan keluarga...Alhamdulillah moga dimurahkan rezeki di masa2 yang akan datang dan dipanjangkan umur untuk bersama keluarga lagi di tempat ini atau yang seumpamanya. Aamiin.
AKU TERASA TENANG DENGAN PEMANDANGAN SEBEGINI

No comments: