Tuesday, June 17, 2014

MADINAH KAMI DATANG (LAPANGAN TERBANG MADINAH)- BAB 1

Assalaamualaikum wbt,
(28 Januari 2014- Selasa)
Penerbangan dari Istanbul ke Madinah lebih kurang 2jam 30 minit dan selamat mendarat di LT Putera Muhammad Abdul Aziz , Madinah lebih kurang jam 5.45 petang dah dekat senja. Cuaca di sini sedikit sejuk iaitu lebih kurang 19 darjah celcius....syukurlah tidak terlalu sejuk berbanding Istanbul....(Alhamdulillah penerbangan masuk terus ke Madinah Al Munawwarah dan tidak melalui Jeddah)

SUDAH MEMASUKI RUANG UDARA MADINAH....
ALHAMDULILLAH SELAMAT MENDARAT @TOUCHDOWN
DAH SENJA MASA BAS NAK GERAK KE HOTEL 
BEG- BEG SEMUA DAH SIAP MASUK BAS
DALAM BAS DAH MENUJU KE HOTEL MUBARAK SILVER , MADINAH
Banyak perbezaan di lapangan terbang dan kerenah pemandu di Madinah....semua beg2 kami kena masukkan sendiri ke dalam perut bas....semua buat ajer tanpa ada komen atau rungutan  sebab telah diberi pesanan oleh Mutawwif agar berhati2 bila berbicara di Bumi Madinah dan Makkah nanti.

Aku kali ini entah kenapa 'berkata' dalam hati......aku tengokkan je perangai pemandu bas ini.....mereka nampak macam berlagak dan macam dia pulak boss......aku masih ingat pesanan kawan2, pesanan mutawwif, pesanan ustaz2.....banyak bersabar di Madinah dan Makkah.......entahlah.......pada aku bila ada yang tidak betul kita kena tegur dan luahkan.....dan dalam masa yang sama aku sentiasa berdoa dan di dalam hati sentiasa  memohon ampun dan bertanya dengan Allah....."jika benar aku yang salah aku redho dengan dugaan Mu Ya Allah."


Next entri.....anak2 pertama kali berada di Madinah dan bersolat di Masjid Nabawi.....aku pun teruja sama.

No comments: