Friday, June 20, 2014

MADINAH KAMI DATANG ( ANAK2 PERTAMA KALI BERSOLAT DI MASJID NABAWI)- BAB 3

Assalaamualaikum wbt,
(28 Januari 2014- Selasa- 9.00 mlm- 12.00 mlm)
Aku , wife , 2 anak lelaki dan kakak aku berkumpul di lobi hotel  (kecuali Adiera yang demam) dan aku bawak mereka bergerak menuju ke Masjid Nabawi yang terletak lebih kurang 200 meter dari  hotel penginapan. Sempat bergambar di depan pintu masuk utama Jemaah wanita sebelum kami berpecah untuk bersolat di bahagian masing2.
DALAM HP AKU INI SAJA FOTO YANG ADA, GAMBAR SEDIKIT KABUR , 
AKU YANG SALAH...TANGAN MENGIGIL

Aku dan anak2 lelaki  bersolat jama' Isya dan Maghrib.....selepas solat dan berdoa aku memberikan sedikit penerangan kepada Danial dan Ammar ....aku begitu teruja memimpin mereka berdua menuju ke Raudah.....memang begitu hampir bersebelahan dengan karpet hijau dan aku sempat memberitahu mereka berdua kenapa perlu ambil peluang bersolat di Raudah. Aku bagitau mereka jika tidak sesak kita dapat peluang bersolat di Raudah,  jika padat dan bersesak kita tunggu esok sahaja sebab badan pun dah penat.


GAMBAR PERTAMA AKU DI MASJID NABAWI UMRAH 2014

Memang ketika itu Raudah tersangat padat dengan Jemaah, anak2 aku terkejut dengan suasana dan nampak mereka tidak selesa untuk berebut2 pada ketika ini,  aku sempat mengambil gambar dan ziarah Makam Rasulullah saw. sebelum beredar balik ke hotel. Insyallah peluang bersolat di Raudah akan ada lagi dalam masa empat hari berada di Madinah. 


SEMPAT SOLAT BERHAMPIRAN DENGAN RAUDAH
SEMPAT ZIARAH MAKAM RASULULLAH SAW, 
MAKAM SAIDINA UMAR Al KHATTAB DAN SAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ

Aku bawak anak2 terus menuju jalan keluar melalui pintu keluar berhampiran Makan Rasulullah saw, sebelum itu,  kami sempat lagi solat sunat dan menikmati keindahan dan kecantikan binaan Masjid Nabawi.

DI BAHAGIAN INI MEMANG SEDIKIT LENGANG KETIKA INI
AMMAR SEMPAT BEBERAPA KALI  SOLAT SUNAT DI SINI MALAM INI
Aku menunjukkan mereka beberapa pintu utama dan jalan keluar utama sebelum balik ke hotel dan berehat kerana esok ada ziarah dalam termasuk di Raudah dan Ziarah Makam Rasulullah. Insyallah. 
DI PINTU KELUAR BERHAMPIRAN MAKAM RASULULLAH SAW
AKU DAN DANIAL POSING SEBELUM BALIK KE HOTEL
AKU DAN AMMAR POSING SEBELUM BALIK KE HOTEL


Dah agak lewat ketika itu, hampir jam 12.00 mlm...aku dan anak2 menuju hotel...memang keletihan sesangat dan tertido terus....Insyallah entri esok..Ziarah Dalaman, Makam Rasulullah dan bersolat di Raudah.

4 comments:

wa said...

Alhamdulillah....dah sampai ke Rumah Allah ya..doakan kedatangan kami dengan anak-anak pula ya..teringin nak bawa anak yang Autism tu ke sana..tapi , ntahlah...tak tau mampu ke tak nak jaga dia kat sana...:(

wa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
wa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
rosli said...

As Salam WA,

Saya tidak ada pengalaman anak Autism....tetapi saya percaya WA boleh mendapatkan nasihat dari mana2 Ustaz atau Mutawwif....saya juga percaya Allah akan membantu WA dan keluarga untuk hadir sebagai Tetamu Allah....Allah Maha Mengetahui niat suci WA dan keluarga. Saya doakan WA dan keluarga cepat sampai di Makkah nanti. Aamiin