Wednesday, June 18, 2014

MADINAH KAMI DATANG - (ANAK2 DAN KAKAK KALI PERTAMA KE MADINAH)- BAB 2

Assalaamualaikum wbt,
(28 Januari 2014- Selasa, 9.00 mlm)
Bas tiba di Hotel Mubarak Silver, Madinah Al Munawwarah, lebih kurang 30 minit kemudian....Mutawwif kami Ustaz Muaz berpesan agar berehat dan bersolat di hotel jika penat dan mahu berehat kerana ziarah dalam Masjid Nabawi akan bermula pada keesokan harinya. Setelah berbincang dengan anak2 , kakak dan wife aku membawa mereka bersolat di Masjid Nabawi malam ini jugak sebab aku sendiri teruja dan rindu bersolat di dalam Masjid Nabawi. Kami solat Jama' Mahgrib dan Isya' di sini buat pertama kalinya untuk anak2 dan kakak aku...Sedikit refresh dan latarbelakang umrah aku dan wife...

Wife aku pertama kali ke Madinah pada tahun 2004 dan aku pulak tahun 2008 masa kami buat umrah, masa itu wife aku pergi bersama ibunya  dan kakaknya.....aku tidak dapat bersama atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan dan akhirnya aku  buat umrah pertama aku tahun 2008.....dan aku pergi sendirian.....

2014 merupakan tahun yang penuh sejarah untuk aku dan keluarga aku...kami sama2 ziarah Turki dan sekali gus buat umrah. Hampir 6 tahun aku merancang untuk buat umrah bersama keluarga aku.....syukur Alhamdulillah Allah telah memakbulkan doa aku sekeluarga. 
GAMBAR PERTAMA DI HOTEL  SEBELUM BERGERAK KE MASJID NABAWI...
TERUJA DAN CERIA....DALAM HATI AKU  PUN TERSANGATGEMBIRA
Macam-macam aku pesan pada anak2 aku dan kakak aku apabila berada di Madinah dan untuk sentiasa bersolat di Masjid Nabawi, ambil peluang untuk bersolat di Raudah dan ziarah dan macam2 lagi aktiviti samada yang dirancang atau sendiri termasuk shopping cenderamata dan kurma. 

Aku jugak pesan kepada mereka berhati2 jika membawa kamera atau hp berkamera kerana biasanya jemaah wanita akan diperiksa lebih ketat dan jemaah lelaki lebih mudah....Namun begitu, aku hanya mengambil gambar di dalam Masjid Nabawi menggunakan hp kamera, jadinya jika gambar kurang memuaskan harap dimaafkan.  Ziarah luar dan sekitar Masjid Nabawi sahaja aku mengambil gambar menggunakan DSLR Nikon aku.

LATARBELAKANG MASJID NABAWI ,...ANAK PEREMPUAN AKU ADIERA TIADA DALAM 
GAMBAR SEBAB DEMAM DAN REHAT SAHAJA DI HOTEL...
GAMBAR HP AKU KURANG JELAS...SALAH AKU
Aku perasan di wajah kakak aku dan anak2 aku mereka begitu teruja pertama kali menjejakkan kaki ke Madinah dan memasuki Masjid Nabawi...mungkin mereka terpegun atau rasa macam tidak percaya berada di Bandar Kesayangan Nabi Muhammad SAW, Madinah Al Munawwarah dan bersolat di sini....begitulah perasaan hampir semua jemaah haji atau umrah yang pertama kali sampai di sini...

2 comments:

mama ju said...

salam.
Tk.
Pernah dlu kami dr istanbul turun di padang lapangan terbang di turki juga lalu berlepas le jeddah. lucu sbb tukar kapal mcm tu cara.
Umrah ke2ua turun di madinah, best, masa hanya beberapa minit utk check imigresen dan cari beg.kami dtg dn tabung haji dgn 6 bas. layanan memang hebat. Alhamdullah. Moga kita semua dpt ke sana lagi, amin.

rosli said...

Mamaju,

Betul tu...rezki masing2 ada kala mudah dan adakala susah dan dugaan macam2....Insyallah kumpulan kami semua berjalan lancar.