(28 JUN 2014)
Alhamdulillah setiap bulan aku , wife dan anak2 akan jadikan aktiviti bulanan balik ke kampung wife di Air Hitam, Muar
Dah jadi perangai aku mesti jenguk pokok rambutan tidak kira musim buah atau tidak.....alhamdulillah tahun ni bulan April 2014....4 pokok rambutan berbuah....yang lebat 3 pokok sahaja....aku jangka bulan puasa dapatlah merasa jika tidak dimakan kera...ada kes di kampung bila buah rambutan masak,rombongan kera menghabiskan beberapa pohon rambutan masak ranum dalam masa beberapa jam sahaja........biarlah dah rezeki mereka....Tapi untungnya tahun ini kera2 di kampung mabuk rambutan kot......sebab banyak pokok masak hampir sama.
Aku sempat rakam progress buah rambutan dari putik hingga masak ranum dari bulan April, Mei dan Jun dan akhirnya musim memetiknya pada 28 Jun lalu. (yang sempat dipetik 2 pokok sahaja kerana sudah masak ranum).
Ibu Mertua memang menyuruh aku dan wife balik kampung kerana buah rambutan 2 pokok ni dah masak sangat, ramai yang dah merasa dan jiran2 jugak sempat merasa dan aku balik untuk ambil bakinya dan buat pemangkasan sebab aku tak mau pokok ini naik terlalu tinggi.
POKOK SATU JENIS 'BUDAK SEKOLAH' :

APRIL ....LEBAT DAN MASIH BERPUTIK
APRIL - PUTIK.....CLOSED UP
MEI- BUAH DAH MULA MATANG
MEI.......ADA YANG MULA MASAK
28 JUN - LEPAS PETIK BUAH BUAT TERUS PEMANGKASAN MAKSIMUM
28 JUN - BOTAK AKU KERJAKAN POKOK NI
POKOK KEDUA JENIS 'GULA BATU'
APRIL - LEBAT JUGAK PUTIK RAMBUTAN NI
DAUN DAN RAMBUT BUAH RAMBUTAN NI LAIN DARI
JENIS BUDAK SEKOLAH DI ATAS
MEI.....DAH MULA MENGUNING
MEI CLOSED UP BUAH MULA MENGUNING...
JUN ....DAH MASAK SIAP UNTUK PETIK DAH
YANG TINGGAL YANG TINGGI2 JE YANG RENDAH SUDAH DI PETIK OLEH ADIK BERADIK YANG BALIK KE KAMPUNG LEBIH AWAL....HEHEHE
SAMA JUGAK BILA DAK PETIK SEMUA BUAH AKU MESTI MEMANGKAS DAHAN SECARA MAKSIMA UNTUK ELAKKAN POKOK NAIK TINGGI
SETELAH DIKOPEK MEMANG COMEL TETAPI MANIS
ANAK2 PULAK SUKA YANG SUDAH DI RICIH DARI BIJINYA
JUN ....DAH MASAK SIAP UNTUK PETIK DAH
YANG TINGGAL YANG TINGGI2 JE YANG RENDAH SUDAH DI PETIK OLEH ADIK BERADIK YANG BALIK KE KAMPUNG LEBIH AWAL....HEHEHE
SAMA JUGAK BILA DAK PETIK SEMUA BUAH AKU MESTI MEMANGKAS DAHAN SECARA MAKSIMA UNTUK ELAKKAN POKOK NAIK TINGGI
Kerja aku kali ini memotong dahan, wife aku mengasingkan dari dahan dan ibu mertua aku mengasing dan mengikat buah2 tersebut. Dalam masa satu jam setengah dua pokok selesai aku petik dan siap pangkas sekali. Alhamdulillah banyak jugak yang kami perolehi untuk di bawa balik ke Bangi.
SELEPAS AKU POTONG DAHAN2 YANG BUAHNYA DAH MASAK RANUM
DAPATLAH 3 WHEELBARROW
DAPAT LEBIH 10 IKAT...SETELAH DIKOPEK MEMANG COMEL TETAPI MANIS
ANAK2 PULAK SUKA YANG SUDAH DI RICIH DARI BIJINYA
POKOK KETIGA 'JENIS BUDAK SEKOLAH JUGAK'
Pokok yang ketiga berbuah sangat lebat......tetapi belum masak sepenuhnya....aku pun dapat amik gambarnya dari April hingga 28 Jun lalu.....kalau ada rezeki bulan puasa ni dapatlah merasa kalau tidak rezki orang lain.
APRIL - BERPUTIK LEBAT
APRIL - BUAH KALI INI SANGAT LEBAT
BULAN MEI ....
28 JUN....DAH MULA MASAK
Begitulah bila pokok2 berbuah dan masak berperingkat.....untungnya tidak masak serentak.....dapatlah ramai merasa, aku dan wife sempat pesan pada ibu mertua jika masak dalam waktu terdekat sedekahlah pada jiran2 lagi dan adik beradik yang duduk dekat....sehingga artikel ni ditulis pokok ketiga telah masak ranum dan rezeki kepada adik beradik lain dan jiran2 ibu mertua di sekeliling rumah.Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment