Thursday, July 24, 2014

MAKKAH KAMI DATANG - UMRAH PERTAMA (BAB 2)

Assalaamualaikum wbt,
(31 Januari 2014)

Aku dan kumpulan jemaah...tiba di hotel  di Kota Makkah Al Mukarramah lebih kurang jam 10.30 mlm....memang penat dan letih ...arahan yang kami terima masukkan beg dalam bilik, lepas tu rehat sebentar, jaga semua pantang larang kerana rukun umrah seterusnya semuanya di Masjidil Haram. 

Lebih kurang jam 11.15 malam kami bergerak ke Pintu masuk utama  King Aziz. Taklimat lagi betul-betul di lorong utama menuju ke Kaabah....Allah....hati aku semakin berdebar2....aku tengok wajah wife aku, anak2 aku dan kakak aku mereka nampak keletihan tetapi teruja. Aku memang tidak bersedia untuk mengambil gambar sebelum tawaf  kerana macam2 di fikiran aku ketika itu.......aku bimbang.....entahlah....

Aku tidak nafikan umrah kali ini memang begitu mencabar diri aku kerana aku nak guide anak2, wife dan kakak aku.....aku bukan seorang yang penyabar....jadinya aku adakala terlepas jugak perasaan marah pada anak2 aku....semua kerana aku takut mereka terpisah masa buat tawaf .....sedangkan aku sebenarnya tidak perlu risau dan takut kerana datang sebagai tetamu Allah dan berada di Rumah Allah....Hanya sempat snap 2 gambar menggunakan hp dan kedua2nya kabur...


MEMASUKI DATARAN MASJIDIL HARAM DAN MASUK IKUT PINTU KING AZIZ
MOHON MAAF, GAMBAR SEDIKIT KABUR

Umrah 2014 ini memang begitu mencabar kerana jemaah begitu ramai, kebetulan musim masih lagi sejuk.....bayangkan jam 11.30 malam tawaf pun padat dengan jemaah dan berbagai ragam manusia (akan aku kongsi di entri2 akan datang).

Tawaf kali ini sangat mencabar kerana jemaah semakin padat di tempat permulaan kerana di situ jugaklah jemaah bersesak2.....cuaca sejuk malam tidak begitu terasa.....kadangkala tumpuan dan doa aku ketika tawaf hilang apabila dihimpit dan ditolak oleh jemaah negara lain yang begitu besar.....kebetulan mataf berada di keliling Kaabah maka ruang Dataran Kaabah untuk tawaf semakin sempit.....sabar ajelah..akhirnya selesai jugak 7 kali tawaf....

KAMI BARU SELESAI TAWAF DAN TUNGGU JEMAAH LAIN
AKU RASA LEGA SELESAI TAWAF  YANG MENCABAR TADI
WAJAH KAKAK AKU...SELEPAS SELESAI  TAWAF PERTAMA DIA...SAYU
Dugaan pertama, anak perempuan aku terpisah dari kami,  wife aku terus menangis dan buat solat hajat.....rupa2nya anak perempuan aku bersama-sama dengan kumpulan jemaah dan keluarga lain dan kami terpisah semasa tawaf tadi. Alhamdulillah.
DAH JUMPA DAH....WIFE , ANAK DARA KAU DAN KAKAK AKU 
GAMBAR PERTAMA AKU DAN WIFE DI DATARAN KAABAH

Lepas tawaf terus menuju ke Bukit Safa untuk memulakan Saie...

MENUJU KE BUKIT SAFA
Memulakan Saie  yang pertama kali ini terasa berat kaki dan terasa begitu jauh dan penat....mungkin sebab dah lewat malam dan keletihan....bermula saie kami lebih kurang jam 1.30 pg/mlm.....(penat menaiki bas hampir 6 jam tadi pun belum habis).....namun dengan semangat untuk buat umrah dan lebih2 lagi anak2 aku dan kakak aku pertama kali,  aku ikut kemampuan mereka dan kami berjalan2 perlahan...akhirnya selesai jugak saie 7 pusingan dan bertahallul.....selesai umrah pertama kami lebih kurang jam 2.45 pagi...1 Februari 2014. 

Alhamdulillah...aku berasa lega sangat....kami semua bersalaman dan berpelukan....aku sebak....hajat aku buat umrah bersama keluarga dan kakak aku tercapai akhirnya.  Sebelum pulang ke hotel aku sempat mintak anggota keluarga aku tunggu sebentar , aku pergi bercukur untuk membotakkan kepala aku kerana aku dah berniat sejak dari umrah pertama aku tahun 2008 dulu.

No comments: