Thursday, July 17, 2014

SELAMAT TINGGAL MADINAH- INSYALLAH JUMPA LAGI

Assalaamualaikum wbt,
(31 Januari 2014- Jumaat)
Selepas Subuh kami diminta berkemas dan turunkan beg2 di lobi hotel untuk permudahkan perjalanan bas ke Makkah sebelah petang nanti dan kami dijangka bertolak ke Makkah selepas solat Jumaat.

Alhamdulillah dapat solat Jumaat di Masjid Nabawi (umrah 2008 tidak berkesempatan), memang ramai dan padat dengan jemaah kerana penduduk sekitar Madinah bersolat di sini.  Sebaik lepas solat kami disarankan membuat lambaian selamat tinggal ke Makam Nabi Muhammad saw dari tempat solat dan tidak digalakkan ke kawasan Makam takut2 sesak dan menyebabkan  kita terlewat untuk bertolak ke Makkah.
SEMUA BAS DI DEPAN PINTU MASUK HOTEL
Memang susah nak digambarkan perasaan ketika itu kerana....dalam hati sentiasa berkata....bilalah lagi ada masa, ruang dan rezeki  untuk menziarah Makam Nabi lagi serta bersolat di Masjid Nabawi....Sayu rasa hati....

Lebih kurang jam 3.30 petang bas bergerak ke Bir Ali untuk bersolat dan berniat umrah di sana. 
MELAYAN PERASAAN DAN PEMANDANGAN BUKIT DAN GUNUNG GANANG

Next entri perjalanan umrah pertama.

No comments: