Sunday, July 20, 2014

MAKKAH KAMI DATANG (PERJALANAN UMRAH PERTAMA, BIR ALI ) - BAB 1

Assalaamualaikum wbt,
(31 Januari 2014 - Jumaat)
Dari hotel aku dan anak2 telah dimaklumkan oleh mutawwif agar terus memakai ihram kerana di Masjid Bir Ali nanti takut bersesak2 kerana di situ memang akan ramai jemaah memasang niat dan bersolat dan seterusnya bertolak ke Makkah untuk buat umrah.....memang betul pun kerana umrah musim sejuk ni jugak jadi pilihan jemaah dari serata dunia.

DUA ANAK BUJANG AKU , GAMBAR PERTAMA DI MASJID BIR ALI
AKU DAN DANIAL
AKU DAN AMMAR
BARU LEPAS SOLAT SUNAT
BAHAGIAN KIRI MASJID MENUJU KE BAS ADA KEDAI2 RUNCIT
POSING LAGI SEBELUM NAIK BAS
Hampir 4 jam perjalanan bas singgah di RNR antara Madinah ke Makkah sepertimana biasa untuk rehat dan bersolat, ketika itu baru sahaja masuk waktu Isya. Selesai makan malam kami bersolat dan meneruskan perjalanan ke Makkah. Bila dah lapar makanan memang menjadi sangat enak....berselera sangat.

SINGGAH SOLAT DAN MAKAN MALAM DI SINI
EJAAN MEREKA ....BOLEH JADI AHLI SIHIR KALAU MAKAN NI....HEHEHE

Selepas makan dan solat perjalanan diteruskan ke Makkah.....hati aku berdebar2.....bercampur baur...teruja pun ada.....terasa takut pun ada kerana kali ini aku datang bersama semua anggota keluarga aku dan kakak aku ....berat dan besar tanggungjawab aku kali ini.....dalam hati sentiasa berbisik " Ya Allah KAU permudahkanlah urusan aku dan keluarga sebagai tetamu MU Ya Allah". Aamiin.

No comments: