(3 Februari 2014- Asar ke Isya)
Selesai solat Asar aku terus bergerak ke Pintu King Aziz dan menyusur ke sebelah kiri menghala ke Hotel Hilton....masih mencari2 lagi angle dan gelagat jemaah untuk merakam dengan DSLR. Puas hati aku .....berpuluh jugak dapat aku snap.....dalam hati masih belum puas ....memang ada keinginan merakam DSLR di dalam Masjidil Haram....
Aku nekad menuju ke pintu King Aziz dan terus sahaja berjumpa dengan pengawal dan menunjukkan kamera aku untuk di bawa masuk....pengawal tersebut mengiyakan dan membenarkan....aku terkejut dan merasakan mungkin rezeki aku dan mungkin jugak pihak pengurusan Masjidil Haram telah membenarkan kamera besar di bawa masuk selain kamera Handphone...Alhamdulillah. Rupa2nya kamera dah dibenarkan agaknya....aku terjumpa dengan ramai orang yang bawak DSLR....Aku malas nak fikir sangat ....yang penting aku dapat kebenaran dari pengawal tersebut. Aku terus menuju ke arah bumbung Masjidil Haram. Apa lagi.....gambar pertama..escalator menuju ke bumbung..
KING FAHD ESCALATOR ....BANYAK BERJASA KEPADA JEMAAH
ESCALATOR NI MEMUDAHKAN SEMUA JEMAAH
Aku bersyukur sangat bila berada di atas bumbung Masjidil Haram....aku mempunyai masa lebih kurang satu jam untuk merakam saat2 indah di sini.
PEMBINAAN PEMBESARAN MASJIDIL HARAM SEDANG RANCAK...
LEPAS ASAR JEMAAH DAH TURUN
INDAH 3 BUAH KUBAH INI
DAMAINYA HATI ...
SEMUA MATA BERTUMPU DI SINI....AKU SEBAK AKU RINDU ....
Sedang aku menembak DSLR....terjumpa sorang budak muda....Melayu rasanya.....aku tegur dia...dia bagitau asal Kajang...rezeki aku mintak tolong dia snap foto aku beberapa kali....seronoknya...
PERTAMA KALI BERGAMBAR DENGAN DSLR ..AKU DAN KAABAH
PEMANDANGAN SEBELAH KIRI AKU
PEMANDANGAN SEBELAH KANAN AKU
CLOSED UP MATAF TINGKAT ATAS...
Jauh di sudut hati walaupun telah banyak gambar aku snap....masih belum rasa puas lagi,,,, walaupun telah semua angle aku cover namun masih merasakan belum puas hati lagi....entah kenapa...waktu maghrib hampir tiba , aku beransur ke aras satu untuk solat Maghrib....entri lepas ini ada lagi gambar di sekitar bumbung Masjidil Haram aku akan post...