Assalaamualaikum wbt,
(1 Februari - Sabtu)
Kepenatan nak bas dari Madinah dan buat umrah pertama....memang biasanya hari kedua jemaah diberi rehat....awal pagi tu...kami sampai ke bilik hotel selepas umrah pertama lebih kurang jam 3 pagi....tunggu hingga solat subuh.....dan lepas tu aku dan anak2 lelaki tertido....sempat sarapan sedikit lewat pagi itu....
PUAS HATI HATI DAPAT POSING BERSAMA WIFE DI SINI
ISTERI DAN ADIERA DAN AMMAR..DANIAL DEMAM MASA INI..
Lebik kurang jam 10 pagi aku ajak wife dan anak2 ke Masjidil Haram untuk buat tawaf sunat dan menunjukkan mereka jalan dan tempat solat yang paling hampir dengan Kaabah....jemaah ketika itu masih padat dan sedang membuat tawaf...
SETIAP WAKTU IKUT JALAN INI
JEMAAH SENTIASA PADAT KE PINTU KING AZIZ
Jarak dari hotel kami ke Pintu masuk King Aziz lebih kurang 300 meter sahaja dan jarak ini sangat memudahkan aku dan keluarga....cumanya pembinaaan di sekitar hotel dan jalan sedikit menggentarkan hati aku kerana habuk dan debu memang terlalu banyak (dalam hati sentiasa terdetik agar tidak kena batuk di Makkah)....hanya berdoa di dalam hati agar kesihatan baik sepanjang buat umrah...
PEMBINAAN MEMANG TENGAH RANCAK DI SINI
Selesai tawaf aku dan wife terpaksa mencari tempat solat lelaki dan perempuan dan berjanji berjumpa di hotel untuk makan tengahari nanti. Memulakan solat Zohor di Masjidil Haram.....aku agak terkejut jugak dengan jemaah yang begitu ramai dan bukan mudah untuk mencari tempat solat di aras bawah.....aku dan anak2 dapat peluang bersolat di aras satu dan dapat melihat bumbung Kaabah.....
AMBIL PELUANG MELIHAT KAABAH SEBELUM SOLAT
Alhamdulillah....lepas solat nak balik ke hotel satu lagi tugas mencabar....jemaah masih penuh di sekitar Dataran Masjidil Haram...
DARI ARAS SATU UNTUK BERGERAK PULANG KE HOTEL
Alhamdulillah aku dah berjaya menunjukkan jalan pergi dan balik kepada anak2 lelaki dan tempat solat di Masjidil Haram samada di depan Kaabah....aras satu dan bumbung Masjidil Haram.....dan aku lebih suka mereka sendiri mencari tempat solat mereka sendiri dan keselesaan mereka sendiri dan yang pasti aku sentiasa mengingatkan mereka agar mencari tempat solat yang boleh melihat Kaabah ketika mereka bersolat....Insyallah.
No comments:
Post a Comment