Thursday, August 28, 2014

MAKKAH KAMI DATANG (MENEMBAK DSLR SEKITAR MASJIDIL HARAM DAN PINTU KING AZIZ) - BAB 10

Assalaamualaikum wbt,
(3 Februari 2014 (Asar ke Isya')
Selesai solat Zohor dan makan tengahari aku.....masa lepak kat bilik.....hati meronta2 suruh ke Masjidil Haram untuk 'menembak' guna DSLR Nikon.....siap berjubah dan beg kamera terus sahaja ke Dataran Masjidil Haram.....dari pintu hotel ke Dataran Masjidil Haram pun banyak yang boleh di rakam...


HOTEL PENGINAPAN KAMI YANG DISEDIAKAN  OLEH PIHAK  ANDALUSIA
JAM BESAR .....ANGLE DARI DEPAN HOTEL
TOLEH KE KANAN HOTEL INILAH PEMANDANGANNYA
TOLEH KE KIRI HOTEL INILAH PEMANDANGANNYA
PANDANG TERUS KE DEPAN HOTEL INILAH JALAN MENUJU KE MASJIDIL HARAM
SETIAP WAKTU SOLAT MESTI LALU DI SINI  AS SAFWAH TOWERS  HOTEL,  DAR AL EIMAN  ROYAL HOTEL DAN HOTEL AS SAFWAH ROYAL ORCHID  HOTEL 
MENGHAMPIRI PINTU KING AZIZ, JEMAAH SENTIASA RAMAI DAN PADAT
KUMPULAN MERPATI YANG JADI SALAH SATU TARIKAN DI SINI
Waktu Asar hampir  dah ketika itu.....sempat snap beberapa foto....sementara azan aku memasuki bahagian dalam lobi hotel As Safwah Royal Orchid Hotel....untuk melihat angle dari hotel ini menghala ke pintu masuk King Aziz....aku memilih untuk bersolat di depan hotel berhampiran Dataran Masjidil Haram.....seronok jugak solat depan hotel....jemaah memang sentiasa penuh di mana2.


BAHAGIAN DEPAN JAM BESAR DAN AS SAFWAH TOWERS
PINTU MASUK KING AZIZ
SUHU SEDERHANA PANAS KETIKA ITU
BIN DAWOOD, HOTEL HILTON DAN DAR EL TAWHID HOTEL
MEMORI UMRAH 2008,   JALAN TERUS NI MENUJU KE HOTEL ABEER GARDEN  JUGAK YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK ANDALUSIA
MESIN PEMBERSIH DATARAN MASJIDIL HARAM (CAPTOR)
PAIP AIR  ZAM-ZAM UNTUK JEMAAH
DARI SEBELAH KIRI PINTU KING AZIZ PUN PADAT DENGAN JEMAAH

Sedang sibuk aku menembak...tangan aku di cuit dua jemaah Arab ni....suruh snap foto mereka berdua...hehehe....

SERONOK TENGOK MEREKA BERDUA
SETIAP WAKTU DATARAN INI PENUH DENGAN JEMAAH

No comments: