Thursday, August 14, 2014

MAKKAH KAMI DATANG ( ZIARAH LUAR MAKKAH) BAB 6

Assalaamualaikum wbt,
(2 FEB 2014- AHAD)
Hari ketiga di Makkah, selepas solat Subuh dan bersarapan di hotel kami berkumpul di luar hotel untuk Ziarah luar dan aktiviti hari tersebut adalah (lalu berhampiran dengan Jabal Nur (bergambar seketika) Ziarah Arafah, Mina dan berhenti di Jabal Rahmah dan seterusnya singgah di Ja'ranah untuk menukar pakaian kepada ihram untuk umrah kedua. (Untuk mendaki Jabal Nur dan ke Gua Hiraq kena bayaran lain dan tambahan kepada yang berminat sahaja)

SEKELUARGA BERLATARBELAKANGKAN JABAL NUR
AMMAR, DANIAL DAN KAKAK AKU  RAMLAH

Bas meluncur terus ke Jabal Rahmah....berhenti di sini lebih kurang 1 jam....untuk mendaki Jabal Rahmah, berdoa dan bergambar di sini. Aku dan anak2 ajer yang naik ke puncak, wife dan kakak aku tunggu di bawah.

TEMPAT SEJARAH DAN BERKAT BERDOA DI SINI
PUNCAK JABAL RAHMAH
MOGA JODOH KAMI BERPANJANGAN HINGGA KE JANNAH
ALHAMDULILLAH SEMPAT BERDOA SAMBIL MENIKMATI PEMANDANGAN ARAFAH
ADIERA DAN AMMAR
PEMANDANGAN HALA KE MASJID DAN PARKING BAS

Selesai di Jabal Rahmah....bas meluncur ke sekitar Mina, Arafah dan Jamrah, lalu semula ke Jabal Nur sebelum ke Ja'ranah.

PUNCAK JABAL NUR
YANG PUTIH2 TU ADALAH JEMAAH YANG SEDANG MENDAKI UNTUK
 KE PUNCAK DAN ZIARAH GUA HIRAQ 
KEMAH2 JEMAAH HAJI  DAN JALAN MENUJU JAMRAH
KOMPLEKS JAMRAH...
Ketika berada di sini aku sentiasa teringatkan ramai kawan2 blog dan FB memanggil aku Haji sedangkan aku ni masih lagi 'berhaji kecil' ...moga doa2 mereka makbul. Insyallah.  Dalam hati aku sentiasa berdoa untuk mengerjakan haji pada atau sebelum 2018. Insyallah....

Bas meluncur terus ke Masjid di Ja'ranah untuk kami menukar pakaian ihram dan berniat umrah untuk kali kedua. Insyallah.....

No comments: