Assalaamualaikum wbt,
(3 Februari 2014- Isnin)
Setelah sarapan dan menukar pakaian ihram kami berkumpul di lobi hotel dan bertolak ke Tanaim....untuk mengerjakan umrah ketiga.
Sepertimana biasa setelah mengerjakan solat sunat dan berniat kami terus memasuki bas, diberi penerangan sekali lagi oleh mutawwif dan bertalbiah menuju ke Masjidil Haram .....kali ini bas kami berhenti di satu kawasan terowong dan ada tangga menuju ke As Safwah Tower berhampiran pintu masuk King Aziz.

POSING DULU SEBELUM BUAT TAWAF
KAKAK AKU, WIFE DAN ADIERA DEPAN PINTU KING AZIZ
KENANGAN BERSAMA WIFE DI PINTU KING AZIZ
Memulakan tawaf ketika ini memang satu cabaran besar kerana jemaah begitu padat, kali ini Ammar pulak terpisah....aku dan wife sepertimana biasa bimbang dan sempat solat hajat...jumpa Ammar di tempat Saie....dia bersama keluarga lain....lega rasa hati aku dan wife. Begitulah dugaan aku dengan anak2....tiga kali umrah tiga kali anak2 aku terpisah ketika buat tawaf , aku redho walaupun ada ketikanya aku dan wife risaukan keselamatan mereka pada waktu itu.
Saie antara Bukit Safa dan Marwah ketika ini lebih mudah dan gembira ...ye lah.....dah terjumpa Ammar masa tu....aku tengok wife boleh senyum ...lega rasa hati. Alhamdulillah dapat buat umrah 3 kali, pada aku dan keluarga dah cukup baik dan aku bagi tau mereka agar perbanyakkan tawaf sunat kalau2 terasa penat untuk buat umrah seterusnya....
BUKIT MARWAH MEMANG MENJADI TEMPAT PERTEMUAN ANTARA JEMAAH SETELAH BERTAHALLUL
Bergerak pulang ke hotel untuk lunch dan bersiap sedia untuk waktu Zohor....begitulah rutin seharian di Makkah..... masing2 berebut berjemaah dan bersolat, membaca Quran dan berwirid semata2 untuk mendapatkan pahala dan keredhoan Allah swt. Insyallah.
No comments:
Post a Comment