Salam,
Hari ini aku cuti kecemasan kerana menguruskan cermin kereta aku yang dipecahkan oleh mungkin pencuri, perampok , penyamun or apa saja anasir yang tidak berhati perut....sanggup memecahkan dan merosakkan kereta orang hanya kerana smartag /kad touch n go yang bernilai kurang dari RM 200.
Petang semalam lebih kurang jam 2.35 ptg aku letak kereta di Jalan Abdullah , Bangsar atas urusan dengan pihak Kesatuan Sekerja TM. Tempat letak kereta memang susah di situ, aku letak agak jauh dari pejabat kesatuan tetapi berhampiran dengan kawasan perumahan dan memang ada beberapa kereta di situ jugak meletak kenderaan di garisan kuning yang tidak dibenarkan oleh DBKL.( Dalam hati kalau kena saman DBKL aku redho...)
Selesai urusan kesatuan lebih kurang 4.15 ptg , aku terus menuju ke kenderaan, dari jauh dah nampak surat saman dari DBKL, dah pasti denda RM 100 dan kalau bayar cepat RM 50 sahaja. Semakin hampir ke kenderaan aku lihat cermin kereta di sebelah pemandu seakan tidak dinaikkan, rupa2nya cermin kereta aku telah dipecahkan , terkejut....seingat aku aku tidak menyimpan laptop dalam kenderaan....aku cepat tengok apa barang yang hilang, sah pencuri hanya mengambil smartag dan kad touch n go aku, yang lain langsung tidak diusik....
Tu dia yang tinggal bekas smartag jer
Frust bila tgk tempat duduk kereta penuh dengan kaca dan cermin pecah seribu. Staff aku Sharrul sempat nasihatkan aku dan redhokan semuanya.
Cermin keta berderai
Baru lepas vacum
Dulu kalau perkara sebegini berlaku dah pasti, pencuri ini kena maki dengan aku berbakul, termasuk bab_, celak_, lahana_, puk___k dan macam2 lagi ....yang pasti kena tuduh, penagih dadah, pencuri , mat pet, anak kel__g, Cina bab_, Indon si_l.....habis semua nama mak bapak mereka aku sebut. Entah mana kepala hotak penyamun ni, sempat doa mintak Allah balas, mati berlanggar, masuk neraka dan mampuslah mereka yang jahat ni. Semakin aku maki semakin besar syaitan di sekeliling aku....mereka bersorak....Itu dulu...
Sekarang aku masih dapat kawal marah aku dan tertanya2....Ya Allah why me ? Syaitan berdekatan diri sentiasa provoke aku ....lebih sedar dan cepat sedar dan lebih mudah terfikir Allah nak duga aku.....semoga aku lebih tabah....
Aku cuba tenangkan diri sementara Sharrul tolong bersihkan kaca dari seat kereta aku dan sempat call kedai kereta dan mintak cari cermin baru, hilang terus mood nak sambung kerja dan terus pulang ke rumah..terkenang..kali ini Allah nak duga aku......sebelah pagi aku dapat cek dari NIOSH elaun mengajar bulan lepas, adalah sikit duit belanja.......dan petang ni cermin kereta aku dipecahkan. Aku redho dengan dugaan....tetapi bisikan syaitan tetap mahukan aku keluarkan kata2 maki hamun dan cuba nak pertikaikan apa yang berlaku.....Lepas solat asar sejuk sikit, terus vacum kereta dan buang semua pecahan cermin tu... bersyukur kerana barangan lain tidak hilang dan kereta tidak dirosakkan..
Dalam hati aku percaya pencuri tu tidak akan terlepas dari hukuman Allah, hukuman polis jika tertangkap, yang pasti mereka akan mendapat balasan.....biarlah, kerana setiap perbuatan kita akan sentiasa dinilai dan akan mendapat balasan dari Allah samada baik atau buruk. Amin
p/s Dah dekat 4 tahun smarttag tu kat situ dan ini kali pertama aku alaminya.....insiden ini banyak rahmat dan aku kena lebih berhati kerana lokasi rumah dan tempat kerja mempuyai perangai manusia yang berbeza, mungkin ada segelintir manusia jahat di KL lebih kejam dan tidak berhati perut berbanding di Bangi.......