Friday, July 23, 2010

AIR SEMBAHYANG

Salam,

Aku sekadar berkongsi  ilmu dan email yang aku perolehi dari kawan2.
Kelebihan air sembahyang moga menjadi pedoman,

  1.  Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan no 1: Kita hari2 bercakap benda yang tak berfaedah.
  2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, " Ya Allah ,putihkannlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah kau hitamkan mukaku ini".  Penjelasan no 2 : Ahli Syurga mukanya putih berseri2.
  3. Ketika membasuh tangan, berniatlah kamu dengan , " Ya Allah,berilah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini".  Penjelasan no 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
  4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, " Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisap di tangan kiriku ini". Penjelasan no 4 : Ahli neraka hisab2nya di tangan kiri.
  5. Ketika membasuk kepala, berniatlah kamu dengan , " Ya Allah lindungilah daku dari terik matahari di Padang Masyar dengan ArasyMu". Penjelasan no 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
  6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".  Penjelasan no 6 : Hari- hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain2
  7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, " Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".  Penjelasan no 7 :  Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
  8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan , "Ya Allah daku pergi ke masjid2, surau2 dan bukan tempat maksiat.  Penjelasan no 8 : Qada dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan  hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa ?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam

Bersyukur dan bertaubat selalu. Wassalam.

12 comments:

Teratak Ibu said...

terima kasih kerana sudi mengongsi ilmu

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Alhamdulillah
menyebarkan ilmu
semoga kawan En Rosli memperolehi pahala jua

Wassalam

taj said...

Salam Rosli,


sukran perkongsian ilmu ini...

muga kita dikalangan org2 yg Allah beri rahmat dan dikasihani...insyaAllah

rosli said...

Salam Noor,

Semoga ada yang mendapat menafaat ini. Amin. TK

rosli said...

Salam Rozali,

Moga semua mendapat menafaat dan pahala.Amin.

rosli said...

Salam Taj,

TK atas sokongan dan moga kita sama2 mendapat ilmu dan pahala tersebut.

boxhousestudio said...

salam rosli

maaf lama tak kemari...

rosli said...

Salam BHS,

Saya faham kita semua sibuk dengan hal masing, tetapi PDKM merapatkan kita semua , saya pun dah lama tak ke rumah BHS, sedap nampak cupcake yang nak ke UPSI tu.

Unknown said...

salam akhi Rosli...

terima kasih ingat mengingati ...

kalau dah lama2 tak diingat2kan nanti amik wuduk pun main hantam lalu air jer ler

rosli said...

Salam Ummi,

Betul tu, kena saling ingat mengingati perkara dan ilmu yang baik supaya tidak lupa.

KAMATO said...

moga kita sama2 mengamal ilmu yg berguna ini

rosli said...

Salam Kamato,

sama2 kita menghayati dan amalkan ilmu ini. TK