Salam,
Sekadar berkongsi pengalaman dan rasa hati. Petang tadi lebih kurang jam 4.55 ptg cermin kereta dan motor power window siap diganti baru, lepas tu terus ke Plaza Tol Sg Besi dan beli smartag dan kad touch n go yang baru, lebih kurang rm 750.00 dibelanjakan untuk semua perkara di atas ( Kos tinted belum lagi dan akan dibuat hujung minggu ni ). Semalam kena amik cuti kecemasan , hari ini pulang awal sikit untuk ke pusat servis kereta Begitulah lebih kurang kos dan masa yang mesti belanjakan jika cermin kereta dipecahkan oleh manusia yang tidak berhati perut dan tidak boleh berfikir dengan waras. Sepertimana aku dah bagitau semalam aku terima dan redho dengan ujian dari Allah s.w.t.
Cermin dah ok, smartag dah pasang semula dan motor power window dah ok. Lepas ni smartag tu aku akan simpan dalam dashboard atau tempat yang lebih selamat.
Semalam dan hari selepas smartag aku dicuri aku dapat rasa sedikit kesusahan bila memandu apabila kena amik tiket tol dan bayar tunai, kena sediakan duit syiling dan duit kecik.....kena bukak tingkat kereta masa nak amik tiket tol, pinjam kereta wife aku.....Sebelum ini tak perlu bukak tingkap kereta dan masuk lorong smartag di mana saja ada plaza tol semua nampak senang, mudah dan laju.
Pagi tadi aku naik komuter dari stesen UKM ke KL Sentral dan lepas tu Putra LRT ke Stesen Kerinci dan berjalan kaki lebih kurang 1 km, berpeluh ketiak....hehehe. Muhasabah diri dan aku bersyukur dapat melalui sedikit kesusahan selama 2 hari, banyak yang aku pelajari dan fikirkan semasa berjalan kaki..........
5 comments:
Salam Rosli
Alhamdulillah. Semuanya dah selamat dan yang paling selamat duit kita juga kan.
Tak apa, ada balasannya nanti atas kesabaran dan keredaan kita itu. Ada hikmahnya di semua sebalik kejadian itu (Pandai az cakap, kalau kena batang hidung sendiri tahulah betapa seksa dan azabnya menanggung derita).
Lepas ini kita sama-sama beringat dan jangan lupa memeriksa sepenuhnya sebelum meninggalkan kereta kita.
Assallamualaikum Rosli,
Laluilah dengan redho dan tenang.
Segala kepayahan yang dilalui itu sebenarnya banyak kebaikan.
Bila smartag baru, bila nak mai Padang Besar?
Salam AZ,
Tk atas peringatan tu, baru pagi tadi masa park kereta saya simpan smartag tu dlm dashboard, satu permulaan yang baik, biasanya saya terlupa nak cabutkan smartag dan simpan, akn cuba lebih berhati2
salam mama nadz,
Saya memang suka gi padang besar, sejak dari kecik tahun 1975 dah ke sana dulu, kali terkahir ke sana tahun 2007 bersama pasukan bolasepak TMFC .
Best, byk barang boleh shopping di sana. Nantilah saya rancang dengan famili ke sana lagi
Jangan simpan calam dashboard. Cermin kereta saya kena pecah juga. 'Rezeki' pencuri tu dapat smartag yang disimpan dalam dashboard.
Post a Comment