Wednesday, July 21, 2010

AKU TERIMA DAN REDHO DENGAN DUGAAN INI

Salam,

Hari ini aku cuti kecemasan  kerana menguruskan cermin kereta aku yang dipecahkan oleh mungkin  pencuri,  perampok , penyamun or apa saja anasir yang tidak berhati perut....sanggup memecahkan dan merosakkan kereta orang hanya kerana smartag /kad touch n go yang bernilai kurang dari RM 200.
Petang semalam lebih kurang jam 2.35 ptg aku letak kereta di Jalan Abdullah , Bangsar atas urusan dengan pihak Kesatuan Sekerja TM.  Tempat letak kereta memang susah di situ,  aku letak agak jauh dari pejabat kesatuan tetapi berhampiran dengan kawasan perumahan dan memang ada beberapa kereta di situ jugak meletak kenderaan di garisan kuning yang tidak dibenarkan oleh DBKL.( Dalam hati kalau kena saman DBKL aku redho...)

Selesai urusan kesatuan lebih kurang 4.15 ptg  , aku terus menuju ke kenderaan, dari jauh dah nampak surat saman dari DBKL,  dah pasti denda RM 100 dan kalau bayar cepat RM 50 sahaja. Semakin hampir ke kenderaan aku lihat cermin  kereta di sebelah pemandu seakan tidak dinaikkan,  rupa2nya cermin kereta aku telah dipecahkan , terkejut....seingat aku aku tidak menyimpan laptop dalam kenderaan....aku cepat tengok apa barang yang hilang, sah pencuri hanya mengambil smartag dan kad touch n go aku, yang lain langsung tidak diusik....

 Tu dia yang tinggal bekas smartag jer

Frust bila tgk tempat duduk kereta penuh dengan kaca dan cermin pecah seribu.  Staff aku Sharrul sempat nasihatkan aku dan redhokan semuanya.

Cermin keta berderai

Baru lepas vacum

Dulu kalau perkara sebegini berlaku dah pasti, pencuri ini kena maki dengan aku berbakul,  termasuk bab_, celak_, lahana_, puk___k dan macam2 lagi ....yang pasti kena tuduh,  penagih dadah, pencuri , mat pet, anak kel__g, Cina bab_, Indon si_l.....habis semua nama mak bapak mereka aku sebut.  Entah mana kepala hotak penyamun ni,  sempat doa mintak Allah balas,  mati berlanggar, masuk neraka dan mampuslah mereka yang jahat ni.  Semakin aku maki semakin besar syaitan di sekeliling aku....mereka bersorak....Itu dulu...

Sekarang aku masih dapat kawal marah aku  dan tertanya2....Ya Allah why me ? Syaitan berdekatan diri sentiasa provoke aku ....lebih sedar dan cepat sedar dan lebih mudah terfikir Allah nak duga aku.....semoga aku lebih tabah....

Aku cuba tenangkan diri sementara Sharrul tolong bersihkan kaca dari seat kereta aku dan sempat call kedai kereta dan mintak cari cermin baru, hilang terus mood nak sambung kerja dan terus pulang ke rumah..terkenang..kali ini Allah nak duga aku......sebelah pagi aku dapat cek dari NIOSH  elaun mengajar bulan lepas,  adalah sikit duit belanja.......dan  petang ni cermin kereta aku dipecahkan.  Aku redho dengan dugaan....tetapi bisikan syaitan tetap mahukan aku keluarkan kata2 maki hamun dan cuba nak pertikaikan apa yang berlaku.....Lepas solat asar sejuk sikit,  terus vacum kereta dan buang semua pecahan cermin tu... bersyukur kerana barangan lain tidak hilang dan kereta tidak dirosakkan..

Dalam hati aku percaya pencuri tu tidak akan terlepas dari hukuman Allah, hukuman polis jika tertangkap,  yang pasti mereka akan mendapat balasan.....biarlah,  kerana setiap perbuatan kita akan sentiasa dinilai dan akan mendapat balasan dari Allah samada baik atau buruk. Amin

p/s Dah dekat 4 tahun smarttag tu kat situ dan ini kali pertama aku alaminya.....insiden ini banyak rahmat dan aku kena lebih berhati kerana lokasi rumah dan tempat kerja mempuyai perangai manusia yang berbeza, mungkin ada segelintir manusia jahat di KL lebih kejam dan tidak berhati perut berbanding di Bangi.......

35 comments:

Unknown said...

salam akhi Rosli...

SABAQ DAN REDHO LBH BAIK ...

perkara dh nk jadi .. mgkin ada kebaikan yg berganda Allah nk ganti pd hambaNya..atau ni ujian hati sebelum akhi nk tunaikan rukun yg lg mencabar...
sekadar pesanan dr sorang sahabat..

Kak Sidah said...

salam En. Rosli,

setiap kejadian itu adalah ujian dari Allah, kalau kita sabar Allah akan gandakan setiap kehilangan dgn yg lebih baik insyaallah..ada hikmah yang kita tak tau..mungkin utk mengelakan dari kejadian yg lebih burok..takpe kita nak marah sikit utk melepas geram..kita insan biasa kan..

boxhousestudio said...

salam En Rosli

sabar ya

Naz Mohamed said...

Salam Rosli,

Alhamdullillah, syukur di atas musibah krn itu ujian keimanan kita. Jika lulus, kita akan menjadi lebih hampir denganNya.

Hanya orang yg pernah ditimpa musibah tahu bagaimana nikmatnya kesabaran.

kak su said...

Salam Rosli

Banyak2 bawa bersabar ya...

Dugaan dariNya...

Wslm

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Subhanallah
setiap yg kita tidak suka tidak semistinya tidak eluk

Insyaallah
mukin bonos yg lebih besar akan Allah kurniakan

Wassalam

sinomosa said...

Salam En Rosli,

Astagfirullah..
Bersabar atas dugaan..
Smart TAG sy mmg tak lekat dicermin utk mengelakkan kejadian sebegini laa..uhuk3
Tumpang simpati..

MohdArshad said...

Salam Bro Rosli...dugaan dari Allah....Allah gandakan rezeki kita Insyaallah.

shami2 said...

Salam cik rosli...

Sabar....banyak2....walaupun kadang2 saya pun ada masa ilang sabar..huhuhu...jom berbisik pada Allah..akan resah hati kita...yer..
bisiklah inalillahhiwaniinailahiirojiunn
insyallah lega hati kita,...sejuk dada aar syaitan sebelah tu memang ler ...gitu perangai dia....jgan kasi can pada dia aar

rezeki said...

salam rosli

semua ketentuan Allah,
sabar dan redha serta banyakkan berdoa

semoga kita semua terus terpelihara dgn izin Alla jua

semalam, rumah jiran sebelah saya di tepi hutan kena pecah masuk ikut tingkap kecil di bilik air
rasanya dalam pukul 12 tgh psl kawasan tu semua org takde pegi keje

mrk potong besi kat tingkap belakang tu

habis dalam tunai 5K juga kerana dia tak sempat bank in kan duit meniaga tu, camera mahal dan byk lagi

petang semlm 2 kali polis dtg ambil statment dan ambik cap jari penyamun tarbus tu

sebagai iktibar, apa yang mampu dilakukan oleh kita setelah berusaha dan berdoa ialah bertawakkal kpd Allah

insyallah

Ayah Zain said...

Salam Rosli,

Bila kita redho kita pasrah dengan kada dan kadar Allah. Alhamdulillah sdr rosli dapatmengawalnya. smeoga si pemecah kereta itu mendapat balasan daripada perbuatannya itu.Kalau az yang kena tak tahulah nak citer macam mana.

AZ pernah tertinggal GPS dan tergantung di cermin kereta di tempat parking kereta daripada 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Alhamdulillah tidak ada apa-apa berlaku. Lain kali kena ingat bab-bab ni, bila kita terlupa maka ........

taj said...

Salam Rosli,


redha, sabar, syukur.... ada hikmahnya...Allah nak beri yg lain yg lebih bermakna...insyaAllah...

CM said...

salam..


bila cik rosli sebut bangi,,,cm pernah tengok 2 bijik kereta dipecahkan cermin di hadapan bank CIMB di UNIKEB,,Bangi tu,,,sama jer kt mana2 cik rosli,,,moga cik rosli dpt bersabar,,menahan marah tu pun satu kejayaan besar...biar tuhan buat perhitungan pada si penyamun tuuu..

rosli said...

Salam Ummi,

Terima kasih atas nasihat tu, saya dah ok...ramai rakan2 pdkm yang bagi nasihat dan panduan.

Kereta pun dah hantar service centre dan akan siap esok.

rosli said...

Salam Kak Sidah,

Tk atas nasihat, peringatan dan panduan. Saya dah ok

rosli said...

Salam BHS<

Terima kasih

rosli said...

Salam Ina,

TK atas kata2 semangat tu, saya akan cuba lebih sabar selepas ini

rosli said...

Salam Kak su,

TK atas nasihat tu

rosli said...

Salam BHS,

TK atas nasihat dan ingatan tu.

rosli said...

Salam Rozali,

TK, saya berharap begitu jugak dan buat masa ni saya dah ok.

rosli said...

Salam Syima,

Tk atas simpati tu, dulu saya tak pernah kisah pasal pecah kereta ni, ingatkan kita tak akan kena, kini saya akan lebih berhati2

rosli said...

Salam Hj Arshad,

TK atas nasihat tu, Insyallah akan dapat rezki lebih lai di masa akan datang.

rosli said...

Salam Shami2,

Betul tu, itulah yang staff saya pesan dan baca doa terima musibah tu. Biar lega rasa hati. Saya ok dah.

rosli said...

Salam CR,

TK atas perkongsian maklumat dan cerita, saya akn lebih tawakkal selepas ini dan sentiasa berdoa

rosli said...

Salam AZ,

Saya pun pena menahan kemarahan dan semala satu ujian pada saya utk melihat kejadian tu dengan mata hati.

AZ kena lebih berhati2 lepas ini

rosli said...

Salam Taj,

Tk atas nasihat dan ingatan tu.

rosli said...

Salam CM<

TK atas ingatan tu, lepas ni kena lebih berhati2 wpun di Bangi. Mereka penyangak ni agaknya berlegar2 di mana2 dn mencari orang yang leka dan lalai utk dijadikan mangsa.

nadz said...

Assallamualaikum Rosli,
Dugaan Allah itu datang dengan cara yang pelbagai.
Ujian yang kita kena tempuhi jua..
Sabarla...

aznaz said...

salam saudara ku rosli


alahmdulilah...yang penting musibah yang di terima tidak lah melibatkan keselamatan saudara..syukur yang penting saudara selamat..


anggap lah ini salah satu ujian yang allah berikan pada saudara...dan yang pasti saudara rosli tabah melaluinyer...insyallah


wsalm

rosli said...

salam mama nadz,

Tk , betul tu, dugaan dari pelbagai jenis dan sudut. Saya pun akan cuba terima dengan hati yang tenang

rosli said...

salam CL,

Tk kerana call saya tadi, betul apa CL bgtau, saya kena redho dan terima ini sebagai satu ujian, saya mmg bersyukur kerana yg dicuri hanya smartag, berbanding jika mereka curi kereta saya...nauzubillah...

apapun saya kena tengok semua ini dengan mata hati....

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam en rosli,

alhamdulillah...akak bersyukur sangat dgn cara rosli kawal kemarahan itu...Allah bersama dengan orang yang sabar!

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Tk, saya pun heran entah kenapa boleh kawal kemarahan secara berlebihan, tp saya bersyukur sangat. Hope boleh berterusan.

Azhar Omar said...

Allah uji sebab Dia sayang pada hambaNya ini ;)

rosli said...

Salam Bro azhar,

TK bro, saya terima ujian ini. TK atas sokongan pada saya.