Saturday, March 26, 2011

MENJEJAKI ZAMAN PERSEKOLAHAN DI PETALING JAYA, PART 2

Salam,

Tahun 1970,  permulaan zaman Dasar Pelajaran Kebangsaan aku masuk darjah satu , masa tu semua dalam Bahasa Melayu kecuali BI. Aku masih ingat hujung tahun 1969, arwah emak aku ada tanya, nak masuk sekolah Melayu atau sekolah orang 'putih', aku dengan selamba jawab" sekolah orang putih". Inilah sekolah aku sehingga 1975. SRK Bukit Bintang (2),  Jln Sg Jernih, Petaling Jaya.


 Ini dia pintu masuk utama sekolah aku,  
tak berubah sejak dulu lagi

Dari tepi jalan

Aku bangga jadi bekas anak murid sekolah ini, 
banyak kenangan manis dan pahit.

Masjid Sultan Abd Aziz, Kawasan Melayu
aku solat Jumaat di sini dari tahun 1970 hingga 1975

Jalan Templer,  menuju ke Masjid  
(CP hari2 lalu sini)
Hampir semua rakan sekolah akan secara otomatik ke SM ( L) Bukit Bintang, di Jalan Utara,  bersebelahan dengan Filem Negara dan SRK Sri Petaling. (CM pernah praktikal di sekolah ini)  Aku di sekolah ini dari tingkatan satu hingga awal tingkatan empat, (1976 hingga  Februari 1979) selepas itu aku terus ke Sekolah Menengah Teknik, Jalan Cheras ( TIKL) sama sekolah dengan Kamato (junior aku satu tahun )


Banyak kenangan di sekolah ini

Dari sisi sekolah dari tepi jalan, 
hujung atas sekali kelas aku tahun 1977

Masjid bulat Seksyen 14, tempat solat 
Jumaat dari tahun 1976 hingga 1979

Dekat dengan Jaya 3 dan 
Jaya Supermarket ( yang roboh dulu, 
tempat lepak dulu).

Biasalah masa kecik aku ada satu kegemaran memancing ikan, byk lombong sekitar PJ dan Puchong aku dan cuba.  Ada satu tempat,  Tasik Taman Jaya yang aku memancing setiap minggu, punyalah nakal aku  dan kawan2 memancing bukan atas tebing , tapi dalam tasik tu ke paras dada  siap kena kejar dengan pengawal MPPJ masa tu.....kalau aku ingat sekarang punyalah takut....

Ni dia Tasik Taman Jaya tu,  bersebelahan 
dengan Amcorp Mall, Jalan Timur, P. Jaya.

Kalau diingat zaman kanak2 hingga ke zaman sekolak menengah rendah memang tersenyum sendiri.  Bila masuk tingkatan 4 dan 5 lain pulak ceritanya,  Sekolah Men. Teknik , Cheras ( TIKL) ....penat berulang sebab tak duduk hostel. ( gambar aku tak pergi snap)

Masuk  tingkatan 6 pulak lagi best,  aku berpindah ke Klang,  Sekolah Tengku Ampuan Rahimah (STAR)dari tahun 1981 -1982 tinggal bersama abang sulung aku . (gambar aku tak snap) . Dari tahun 1983 dah masuk UM hingga 1986 ( gambar UM tahun 2010)

PERNAH BERGAMBAR DI SINI TAHUN 1986 
NOSTALGIA MASA KONVO

2 comments:

ysa said...

Salam,
Seronok juga baca posting ttg zaman persekolahan sdr.

Saya grad UM tahun 1984 Fakulti Ekonomi.
Mungkin kita pernah berlaga bahu kot!!.

wassalam

rosli said...

YSA,

Wah kita satu U, you my senior 2 tahun....cuma berlainan fakulti.

Alam persekolahan saya di PJ paling best....gi sekolah jlan kaki ajer...smpi form three....lepas tu naik bas....lepas tu naik motor...