Friday, June 8, 2012

SENYUMAN TERAKHIR

Selamat Sejahtera ke Atas Kamu,

Hari ini saya kehilangan seorang lagi rakan sepejabat arwah Hanan Mohd Ali Hanafiah, ikut laporan doktor akibat darah tinggi dan serangan sakit jantung pada sebelah malam dan meninggal pagi tadi selepas Subuh di Hospital Port Dickson,  telah selamat dikebumikan lebih kurang jam 6.30 petang tadi (8 Jun 2012) hari Jumaat. Al Fatihah.

Kali terakhir saya terserempak dengan arwah dua hari lepas semasa saya menuruni tangga,  dia pandang saya dan saya pandang dia dan dia hanya senyum,  saya pun senyum......itulah Senyuman Terakhir arwah.....biasa dia akan bertegur sapa dan bergurau dengan saya.....

Beberapa tahun lepas saya juga kehilangan seorang rakan pejabat (arwah Shawal) , sehingga kini saya masih ingat lagi 'Senyuman Terakhir ' arwah...berjumpa dengannya selepas latihan bolasepak di padang TMTC ketika itu....ketika bersalam dan hendak pulang saya sempat bersalam dengan arwah....dia hanya senyum dan tidak berkata apa2 ketika itu....keesokkan harinya arwah dimasukkan ke ICU HKL dan beberapa hari lepas itu  meninggal , arwah jugak dikatakan terkena serangan jantung secara mengejut.....Al Fatihah.

"Ya Allah Kau Ampunilah kedua2 rakan ku ini". Ameen

Kedua2 mereka telah selamat berada di alam kubur.....bagi kita yang masih hidup hanya boleh berdoa dan dipermudahkan semuanya termasuk cara kita mati dan dikebumikan nanti. Ameen.........

6 comments:

ROZILA said...

Salam Tn Hj,

Semuga roh mereka dicucuri rahmat,

Al-fatihah...

rosli said...

Rozila,

TK atas doa dan Al Fatihah.Ameen

mama ju, said...

Salam Tuah hJ.

aL fATIHAH BUAT KEDUANYA.

ummu said...

Salam Tuan Haji
mati itu satu yang pasti
kan tuan haji
al fatihah buat semua saudara mara dan teman dan smeua muslimin muslimat yang mana mereka itu beriman kpd Allah.al fatihah

rosli said...

Mamaju,

TK atas doa buat kawan2 saya.

rosli said...

Ummu,

Betul tu, kita semua pasti ke SANA satu hari nanti. Tk atas doa Ummu