Wednesday, June 4, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG (BUTIK KARPET)- BAB 39

Assalaamualaikum wbt,
(27 JANUARI 2014- ISNIN)
Bila dah makan tengahari dan perut kenyang bersemangat semula nak buat aktiviti seterusnya....dalam perjalanan ke Grand Bazaar kami singgah ke sebuah butik karpet yang terkenal di Istanbul, AGORA....mewah butik ini siap ada jual barangan kemas dan tempat demonstrasi karpet. Karpet di sini adalah buatan tangan dan sangat bermutu tinggi dan harganya memang berbaloi. 

JALAN YANG SAMA  MENUJU KE AGORA DAN GRAND BAZAAR


BELAKANG TU STOK KARPET BERMUTU TINGGI
BELAKANG WIFE  TU BARANGAN KEMAS
CONTOH BAHAN PEMBUATAN KARPET
SEBAHAGIAN DARI ANGGOTA ROMBONGAN KAMI
KAKAK AKU, AMMAR, DANIAL DAN USTAZ MUAZ (MUTAWWIF KAMI)
WIFE AKU, ADIERA DAN ANGGOTA ROMBONGAN LAIN

Demo dan penerangan berkaitan dengan pembuatan karpet di buat secara professional dan cara mereka melambung, memusing dan 'mencampak' karpet begitu menarik...tapi aku tidak sempat snap foto mereka begitu leka dengan penerangan dan persembahan mereka...

PENERANGAN YANG SANGAT BAIK DAN TERPERINCI DALAM BAHASA INGGERIS

Harga karpet jangan terkejut...paling murah RM 500.00 dan hingga  berpuluh ribu....kualiti tidak perlu dipertikaikan memang sangat baik.....

PALING MURAH YANG WARNA MAROON RM 500 ATAS KANAN TU...
YANG LAIN HARGA LEBIH MAHAL....BERBALOI DENGAN KUALITINYA
BANYAK STOK MEREKA

4 comments:

kausar said...

ala rindunya istanbullll. antara tempat tercantik saya pernah lawati

rosli said...

Kausar,

Betul tu....memang cantik tetapi banyak lagi yang belum kami terokai....hati saya dah tertinggal di Turki.....

Anonymous said...

boleh pergi tanpa travel agency, sebab metro (macam lrt) sangat cekap, setiap 2 minit.turun di ground floor airport dah ada metro yang menunggu.sewa hotel di daerah sultanahmet sebab kawasan ini yg paling strategik. lepas tu...history... (book airline saudi sebab boleh dapat lebih kg kalau nak shopping dan book awal harga lebih murah, hotel book di booking.com)

rosli said...

Anonymous,

TQVM atas maklumat yang diberikan. Insyallah.

Cumanya untuk trip saya kali ini adalah program Ziarah Turki dan Istanbul dengan masa yang begitu terhad.