Saturday, December 11, 2010

MENIKMATI KEBESARAN ALLAH DARI DALAM KAPAL TERBANG

Salam,

Dalam perjalanan aku dari KLIA ke Kuching baru2 ini aku berpeluang merakam gambar awan.  Tahun 1985 aku sempat belajar pasal kaji iklim selama satu tahun dan salah satu assignment aku adalah pasal awan,  ketika itu hanya aku buat kajian pasal awan di Pelabuhan Klang selama beberapa bulan, dan kajian itu hanya dari darat.  Pensyarah aku Prof Dato Dr Azizan Abu Samah, sempat tnjuk gambar hasil kajiannya semasa di Australia dulu.

Sejak bekerja dari tahun 1986 hingga sekarang kerap jugak aku naik flight untuk ke mana2 destinasi dan yang paling best dapat tengok awan dari dalam kapalterbang dari awal pesawat nak berlepas, ketika 32 ribu kaki di udara dan ketika nak mendarat, pola awan memang berbagai jenis.  Aku semakin teruja dengan dengan jenis awan dan sekali gus dapat menikmati kebesaran Allah. Syukran.


32,000 kaki dari paras laut, menuju Kuching, Sarawak

Masih di paras 32 ribu kaki, awan jenis SIRUS

Pesawat dah mula menurun untuk mendarat
Awan dah mula bercampur antara SIRUS DAN KUMULUS

 Ni dia awan Kumulus Nimbus yang biasanya
buat hujan dan ribut petir, 
awan semakin tebal berhampiran Bumi

Melepasi tahap pembentukan awan, lapang dan terang
Salah satu sungai yang panjang dan merentasi 
Bandaraya Kuching dan hampir dengan Airport

Salah satu penempatan dan pekan kecil yang hampir 
dengan airport Kuching

Dah selamat mendarat....Kuching here i  come again..

Ada masa dan ketika akan datang,  akan cerita lagi pasal awan dan proses pembentukan awan dan hujan.

12 comments:

mamawana said...

Aslkum

Mama suka menikmati keindahan awan dr dlm pesawat. Pelbagai pikiran dtg bermain tatkala melihat keindahan awan namun itu kita tak tercapai ke barisan tingkat langit putih yg pertama. Namun zikir2 para org solleh dan zikir malaikat di langit putih spt terngiang2 bermain di cuping telinga. Takjub. Subhanallah.

mama ju, said...

Aslkm Sdr Rosli

Mama pum suka tgk awan...kdgkala nampak mcm2 dan cantik sangat...

Hehe sedapnya kek kat bawah tu..mama pun kumpul resepi...semlm buat cheese kek..ya Allah sedapnya..Kalau kat MPH Alamanda tu memang leka dibuatnya..hehe biasanya memang tulah 'pot' mama!Jgn2 org yg menyelak2 buku resepi sebelah mama tu isteri sdr!

manzlie said...

salam dari Makkah


good infor...


waslam

KAMATO said...

cuba la pula ambik flight yg boleh lihat awan waktu senja, memang mengasyikan, tapi pastikan tempat duduk kita boleh lihat arah matahari terbenam

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam saudara rosli,

kak nab pun suka ambik gambar2 awan semasa dalam penerbangan :) ~ sangat kagum dengan ciptaan ilahi...

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam Li,
Masih ingat lagi sirus dan kumulus.. hebat tu..
Saya tnggu cerita seterusnya.

rosli said...

Salam mamawana,

Betul tu, kekadang saya pun leka tgk awan dan bermacam2 ada dlm fikiran...satu yg saya selalu terbayang camana malaikat turun naik antara bumi dan langit untuk membawa 'laporan' untuk manusia...apa kenderaan mereka dan berapa banyak fail yang mereka kena kendong...Subhanallah

rosli said...

Salam mamaju,

Tk, mgkn jugka itu isteri saya, dia skrg kerap mencari buku resepi...itu belum lagi tgk astro channel 703

rosli said...

Salam CL,

Sekadar berkongsi ilmu, tp ada yang tk lengkap lagi...kena buat reference

rosli said...

Salam Kamato,

Insyallah saya akan cuba flight tu....kena tunggu next year...Insyallah.

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Betul tu, kekadang leka melihat ciptaan Allah, saya suka bab pembentukan awan tu

rosli said...

Salam Dr Hj Ridzwan,

Insyallah, saya akan paparkan beberapa cerita lagi.