Monday, December 6, 2010

REZKI MENANG DRIVER DI BANGI GOLF RESORT

Salam,
Pertengahan Oktober  lepas aku dihubungi sahabat aku Hj Jamaludin Madrop (Jamal) dan telah memasukkan nama aku untuk pertandingan golf sosial anjuran MATA, pada 27 Oktober  .  Kali pertama aku masuk pertandingan walaupun ianya pertandingan kecik,  takut, rasa rendah diri dan macam2 lagi...... Aku  anggap diri ni masih baru dalam permainan golf...


Dengan kaki yang masih sakit aku teruskan jugak mengharungi pertandingan ini, tibalah ke satu lubang  PAR 4,  ada signage Nearest To Line (NTL),  aku buat pukulan tee off yang  biasa jer dan sederhana....jarak bola golf aku lebih kurang 1.2  meter dari garisan NTL ,  budak yang ukur tu kata ada peluang memang, aku tak mengharap pun, kerana ramai lagi yang hebat dan handicap rendah.  Terkejut jugak masa pengumuman di majlis penyampaian hadiah bila nama aku diumumkan....dah rezki aku   agaknya dapat hadiah Driver Maruman.  



 Terus cuba Driver ni di Driving range Danau UKM
Terima kasih kepada Sdra Haji Jamal yang banyak menyokong aku dan memberikan dorongan dalam sukan golf ni dari tahun 2005, iron 60 Maxfli pemberian Jamal masih aku guna sehingga sekarang. Dia jugaklah yang mendorong aku gi Umrah tahun 2008 dan menggalakkan aku gi haji semasa muda ni. TQVM sahabat.

8 comments:

SiNoMoSa said...

Salam En Rosli,

Owh itu ke namanya Driver..sy ingat apa ler tadi ekeke..nampak sgt buta golf huhu

manzlie said...

salam dari makkah


boleh lah 'melanja' cl ...open table nohhh...



waslam

Rozali said...

Salam Maal Hijrah En Rosli

moga terus maju dlm sukan golf

Wassalam

KAMATO said...

Tahniah bro

rosli said...

Salam Syima,

Tu lah dia salah satu golf set yang pntg....mesti ada driver dan yg pntg mesti tau guna...

rosli said...

Salam CL,

Nanti bila balik Msia kita boleh open table

rosli said...

Salam Maal Hijrah Hj Rozali,

Insyallah, TK

rosli said...

Salam Kamato,

TK