Tuesday, December 7, 2010

HAWAIIAN COCONUT CAKE BY MY WIFE

Salam,

Sempena cuti maal hijrah arini,  wife aku  cuba2 buat kek Hawaiian Coconut untuk kami sekeluarga.  Alhamdulillah kek menjadi dan rasanya  pun pada aku sedap ,  walaupun aku tak suka makan kek tapi boleh habis sepotong kek yang dihidangkan untuk aku.  Wife aku bukanlah pandai atau pakar membuat kek. Tapi suka mencuba membaking mana2 kek yang kelihatan menarik dan mudah dibuat.  Dan seperti isteri2 yang lain wife aku juga suka membeli buku2 resepi baik masakan harian, muffin atau resepi kek.  Dan aku tengok rajin juga dia mencuba membaking mengikut buku resepi tu.

Kek Hawaian Coconut ni pun dia buat ikut buku resepi yang baru dibelinya minggu lepas di MPH.  Wife aku boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya di dalam MPH, di ruangan buku2 resepi, membelek, membaca, memilih dan membeli mana yang difikirkan sedap dan mudah untuk dicuba.   Aku dan anak2 tumpang gembira juga sebab wife aku dah rajin membaking.  Kami anak beranak dah jadi tukang komen yang tak bertauliah dan yang pentingnya tukang makan! hehehe....

Buku resepi dibeli di MPH, Alamanda, Putrajaya

Baki cream cheese
Ni satu potong kek untuk aku...nyam2 sedap

Ni satu potong untuk anak jiran aku


15 comments:

manzlie said...

salam dari Makkah


wooo...nampak sedappp tuh....


salam amal hijrah 1432 dari cl dsini


wasalm

luahfikiran said...

SALAM,
SURUH ISTERI BUKA KEDAI KEK. ANTARA PELANGGANNYA NANTI IALAH LF

Rozali said...

Salam Maal Hijrah En Rosli

untuk kami tak da ke...
he he

kira2 dah menjadi ler tuu

Wassalam

nadz said...

Assallamualaikum Rosli,

Amboi lihat gambar dah rasa sedapnya..
Kenapa agaknya dinamakan 'Hawaiian coconut cake'..apa perbezaannya dari kek-kek lain..rasa atau hiasan-hiasannya..kalau ada resepinya nak juga mama nadz cuba membaking..cuti sekolah ni ada masa terluang...w/salam

sonata anak kancil said...

salam maal hijrah....tengok tajuk buku 500 kek ...setahun ada 365 hari...wah macam ni setiap hari sebiji kek dibuat oleh wife sdr ! ehhh tak habis lagi tu....sambung tahun depan pulak ! boleh kedai kek macam ni.....

saya pun suka baking2 ni!nak2 cuti sekolah ni...anak2 ade keje makan tido aje le!

rosli said...

Salam Maal Hijrah CL,

Insyallah, boleh tahan sedap

rosli said...

Salam Dato,

Insyallah , kami akan usahakan

rosli said...

Salam Hj Rozali,

Kalau Hj datang ke rumah Insyallah ada..

rosli said...

Salam Mama Nadz,

Insyallah, nama kek tu sptmana dlm buku tu.

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Betul tu, tk cukup satu tahun nak buat kek,,,,hari2 makan kek....anak2 saya pun gitu....mereka suka makan kek coklat pulak

PINATBATE said...

Salam ziarah kunjungan balas sambil tengok kek yang sedap..sepotong macam tak cukup tuu..

rosli said...

Salam Pinatbate,

Tk kerana ziarah rumah saya

boxhousestudio said...

salam Rozali

saya pun suka baking...terapi minda ...hobi yang paling best!!!

kim salam your wife...boleh geng...

wasallam

rosli said...

Salam BHS<

Saya dh sampaikan salam pada wife, dia masih baru dalam buat kek ni, memang seronok kalau dapat berkawan dengan orang yang dh lama buat kek.

backhand said...

salam,

nak tumpang tanya... hawaiian coconut yg salut kat kek tu beli kat mana? nak try buat, tak tau nak cari kat mana kelapa mcm gitu... tqvm..