Thursday, December 2, 2010

SIAPA BERTIKAM DENGAN HANG TUAH ? JEBAT atau KASTURI ?

Salam,

Ikut buku Sejarah Melayu  penulisan semula  WG Shellebear tahun 1977,  Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat.....akhirnya Tuah`menang dan Jebat mati tertikam.......Bagi semua orang yang suka watak Tuah mereka sanjung Tuah .....bagi yang kaki lawan dan suka menentang suka Jebat.....aku dari dulu memang suka Jebat entah kenapa....mungkin dah ada dalam darah ini agaknya.  Itu jugaklah Buku Teks rasmi aku tahun 1981 hingga 1982 semasa  aku di tingkatan enam dan guna untuk STPM.

Tahun 1983 semasa belajar di UM,  aku selalu jugak masuk perpustakaan  UM di bahagian Red Spot....nama pun dah red,  kat sini  dulu boleh masuk 4 jam sahaja dan tak boleh pinjam atau fotokopi mana2 buku yang ada di situ.  Aku berpeluang membaca Buku Sejarah Melayu asal penulisan Tun Sri Lanang,  bahasa Melayu lama dan amik masa nak baca dan faham. Nak tau siapa bertikam dengan Tuah ?,  Bukan Hang Jebat ,  tetapi adalah Hang Kasturi...terkejut beruk aku....So sehingga sekarang pada aku itulah sejarah asal kisah pertikaman itu......sehingga kini aku jadi taksub dengan buku itu dan aku percaya memang Hang Kasturi yang bertikam dengan Tuah dan bukannya Hang Jebat.  

Buku tersebut telah diterjemah dan disusun semula oleh WG Shellabear dan dengan sengaja menjadikan Tuah sebagai hero dan Jebat sebagai penderhaka,  pihak Inggeris memang ada agenda tersendiri mereka ketika menjajah Melaka dan Golden Chersonese....  Bagi yang meragui citer ni tolong rujuk wikipedia,  Tuah, Jebat dan Kasturi...macam2 teori dan fakta sejarah ada dalam tu,  aku pun tak pasti yang mana betul sekarang.

Awal tahun ini, kita jugak dikejutkan dengan pakar sejarah mengenai sejarah Melaka banyak yang perlu perubahan terutama tarikh2 yang dinyatakan dan beberapa perkara penting....lepas tu senyap ajer.....entah nape....mgkn salah satu sebab nanti beribu pelajar kena ubah gred Sejarah dalam sijil PMR,  SPM or STPM  kerana tersalah fakta.

Yang pasti ramai yang tidak bersetuju dengan aku dan meragui fakta yang aku kemukakan sebab pada mereka Jebat bertikam dengan Tuah,  pada aku Kasturi.

Kasturi mengikut fakta sejarah  adalah anak jati Melaka dan berasal dari Melaka,  berbanding dengan 4 Hang yang lain yang dikatakan berasal dari China.  Mgkn WG Shellabear sengaja mengatakan Jebat yang bertikam dengan Tuah, sebab tidak mahu Kasturi lebih popular...mereka tidak suka anak tempatan lebih polular dan diangkat tinggi.

Kalau kita tengok cerita Hang Tuah  versi P. Ramlee,  di babak akhir Tuah ada berkata lebih kurang begini..." Akukah yang benar atau Jebat yang benar"

p/s Sekali lagi apa yang aku tulis ini sekadar pandangan aku dan tidak boleh guna untuk menjawap peperiksaan. Hope mana2 pakar sejarah tidak mendakwa aku pulak....aku sekadar meluahkan apa yang ada dalam buku Sejarah Melayu asal tulisan Tun Sri Lanang

Nape tiba2 aku berminat keluarkan citer pertikaman Tuah, Jebat dan Kasturi....tunggu next entri pasal tikaman...

8 comments:

manzlie said...

salam dari Makkah



betui kahhhhh....


waslam

rezeki said...

salam

kekadang kewujudan hang2 ni dipertikaikan sama sejarah atau lagenda krn tiada bahan maujud yg ditemui utk mengesahkannya

hang kebun mmg sah wujuh hehe

Aki44 said...

Salam En Rosli,

Bes nyer ada jugak insan yg tak tertipu oleh penyelewengan fakta oleh penjajah. Sy dari dulu tak caya citer Hantu Ah nih. Walaupun org melaka, bagi sy ini citer karut jer yg disajikan kpd kita supaya berbangga dgn pahlawan melayu entah ader ker tak.

rosli said...

Salam CL,

Betul fakta sejarah ni, tp dlm buku asal Sejarah Melayu, Red Spot UM ada buku tu

rosli said...

Salam CR<

Memang betul kerana sejarah ni dh terlalu lama, penulis buku pun dh tak ada, byk pulak penulis orang putih yg suka putar belit....entahlah

rosli said...

salam aki44,

Saya pun setuju, dulu kita bc sejarah utk jawap peperiksaan, skrg kita kaji utk cari kesahihan

CM said...

salam en lie


cikgu sejarah ni sangat tertarik dengan penulisan ni,,,ada rezeki kita jumpa kita sembang pasal isu ni yerr...Insyallahh

cm pun khatam buku sejarah melayu dan Hikayat Hang Tuah tu..

rosli said...

Salam CM,

Memang bukan mudah nak bercerita pasal sejarah, td pun bila saya bercakap dengan anak2 mereka terkejut dan terus diam....mereka lebih suka percaya apa yang ada dalam buku teks.