Sunday, February 28, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK BUAH ISTERI DI YONG PENG , JOHOR

Salam,

Semalam aku, wife dan anak-nak aku bertandang ke Kg Sabak Nior, Yong Peng bagi menghadiri majlis perkahwinan anak buah wife aku Nazri(Abby). Beberapa keping gambar sempat dirakam anak bongsu aku dan aku menggunakan hp E 90 aku. Terkejut jugak aku ada seorang penyanyi yang terkenal suatu masa dulu (dan masih terkenal lgi) hadir sama,  rupa2ya si Abby ni kerja dengan Liza Hanim ni....kerja2 berkaitan event management....gempak jugak si Abby ni...

 
( baru nak sampai tol Yong Peng utara)

 
(ni kat simpang nak masuk rumah pengantin lelaki)

(Ni abang ipar aku,  Cikgu Hj Nasir Md Yunos (baru pencen tahun lepas)  yang jugak bapak pengantin)
 
(Ni pulak emak pengantin -berkaca mata tu,  Cikgu Hjh Salasiah Salleh)

 
(Bagai pinang dibelah dua,  Nazri (Abby) dan Nurul(Nu'on)
  
(salah satu menu utama,  ayam golek)
.(Acar buah,  salah satu menu wajib)
 
(Salah satu menu air yang istimewa. Ada 11 jenis air, Abc Rock,durian belanda,cincau, keladi,laici,jagung,mata kuching, asam boi, lemon blue dan teh bunga..yang paling laku asam boi..)

 
(kenal tak dengan penyanyi bersuara lunak dan merdu ni ?)

 
(Liza Hanim bersama suami dan anak2 dan pasangan pengantin)

 
(beg untuk semua tetamu, di taja oleh pemilik WWW.KADKAHWIN.COM yang juga abang sulung pengantin lelaki (Tasya), cantik beg ni..)

 
(anak bongsu aku Ammar-baju hitam., tolong basuh pinggan dan cawan bersama  anak sedara dia -baju merah.  Dulu masa kecik2 aku pun begitu jugak , jadi penanggah di rumah orang kahwin ..ada legacy aku.
aku bila balik kg di Muar akan berpangkat datuk....dah ada lebih 10 cucu dah...)

0

Saturday, February 27, 2010

MASJID SULTAN , SINGAPURA

Salam,
Bulan April tahun 2009,  aku dengan famili berpeluang ikut satu rombongan salah sebuah sekolah dari Yong Peng ,  lawatan sehari sahaja. Antara tempat yang dilawati adalah Pulau Sentosa, salah satu pusat beli belah (terlupa namanya) dan paling best dapat bersolat di Masjid Sultan. Apa yang aku nak share adalah kebersihan tandas,  tempat wudhuk dan beberapa kemudahan lain yang terdapat di masjid ini :

(Masjid yang begitu bersih dan hiasan yang kemas dan ringkas)

Yang paling best adalah tandasnya yang begitu bersih, tempat wudhuk yang kemas dan kepala paip yang boleh menjimatkan air sepertimana yang terdapat di Makkah dan Madinah.  Ada water cooler yang dijaga rapi.
 ( terjaga rapi dan bersih)

 
(berkilat tandasnya)


(Kemas dan bersih sangat)

(sinki dah macam hotel 5 bintang)


(kepala paip yang kemas dan jimat air)
(kemas, teratur dan menggunakan paip besi dan palang besi- kebanyakan masjid di Malaysia guna  paip plastik kerana banyak sangat kes kecurian)
(memudahkan golongan tua atau yang sakit kaki berwudhuk)

Aku tidak berniat untuk membuat perbandingan,  cuma berharap mana2 masjid yang  ada di Malaysia yang bercadang untuk mempelajari pengurusan kebersihan masjid, maka Masjid Sultan boleh dijadikan panduan atau tanda aras.  Bagi menjimatkan bil-bil air masjid ,  kita boleh guna kepala paip seperti di atas. 

Yang penting kita sama-sama menjaga kebersihan semua masjid di negara kita.


Thursday, February 25, 2010

RESEPI ASAM PEDAS MUAR

 Salam,

Pada yang berminat pada asam pedas, lebih-lebih lagi asam pedas Muar,  saya sertakan resepinya di bawah ini:
 
 




 ( antara menu asam pedas yang dihidangkan pada CL dan Nazir Januari lalu)


ASAM PEDAS MUAR

4 keping ikan Jenahak or Merah
10 tangkai cili kering direndam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari dihiris2
Kunyit sebesar ibu jari dihiris2
Sedikit belacan
2/3 batang bunga kantan dihiris kasar
6 helai daun limau purut
1 sudu besar asam jawa ADABI
(kalau tiada daun limau purut tukar kpd daun kesum)


1. Cili kering yg telah siap dicuci, 5 ulas bwg merah, 2 ulas bwg putih, halia, kunyit dan sedikit belacan hendaklah dikisar sekali.

2. Panaskan minyak di dalam kuali atau periuk, masukkan bahan2 yang dikisar. Kacau2 hingga naik bau, jangan tumis terlalu kering. Setelah naik bau, masukkan bunga kantan dan daun limau purut yang telah dikoyak2. Kacau2 dan masukkan air. Jangan masuk air terlalu banyak. (Asam pedas yang pekat lebih sedap daripada asam pedas yang terlalu cair. Tapi ikut suka korang ler nak cair ke pekat…) Biarkan betul2 mendidih, kemudian masukkan ikan . Kecilkan sedikit api dan tutup sehingga mendidih semula. Bubuh sedikit garam , serbuk perasa dan asam jawa yg telah diperah (guna asam jawa ADABI lagi senang, x payah perah2) ke dalam masakan. Rasakan masam dan masin masakan dan tutup api.

3. Asam Pedas anda sedia untuk dihidangkan.


* Tips baik:
Selepas masuk ikan, perlu ditutup hingga mendidih supaya ikan tersebut akan jadi lembut dan enak. JANGAN masukkan air asam Jawa sebelum masukkan ikan, ikan akan menjadi keras dan kejungg. Gerenti x sedap asam pedas korang…

SELAMAT MENCUBA…

p/s Ini resepi yang isteri saya buat, saya tolong paparkan saja, jangan tanya yang lain-lain,  sebabnya saya tak pandai masak kecuali masak air dan maggi sahaja ....



Tuesday, February 23, 2010

BANDUNG - BAHAGIAN AKHIR

Salam,

Entri kali ini nak tunjuk gambar-gambar yang tertinggal sahaja. Sekadar berkongsi pengalaman sahaja dan bagi yang belum pernah ke sana sudah boleh merancang nanti.
(Anak bujang aku M. Danial kat depan pintu masuk factory outlet Grande)

(MASA LEPAK KAT KAFE DI FACTORY OUTLET RUMAH MODE)

(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 


(TELEKUNG DAN TUDUNG KAT  'PASAR BARU ' MEMANG MURAH DAN MENARIK)
 
(IKAN KOI KAT SINI JINAK2 SANGAT,  BOLEH BAGI MAKAN DALAM MULUT IKAN TU !)


( BYE BYE BANDUNG,  ADA MASA DAN KETIKA KITA JUMPA LAGI...)

(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 

Trip yang sangat bermakna aku dengan keluarga aku,  kalau ada masa dan rezeki ,  Insyallah akan datang lagi ke Bandung.....

Sunday, February 21, 2010

JAKARTA & BANDUNG BAHAGIAN KE 3

 Salam,

Seperti yang dijanjikan ini entri ketiga trip ke Jakarta dan Bandung. Di Jakarta kami lepak lebih kurang 4 jam sahaja kerana last minute tukar pelan dan tidak tidur di Jakarta. Gambar pun tak banyak :

( LUNCH NASI PADANG KAT FOOD COURT LANTAI 7,  MANGGA DUA)
(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015)


BANDUNG :

On the way ke Gunung Tangkuban Perahu lalu gerai arnab,tangkuban   biasa mereka jual sate arnab dan macam-macam lagi  lalu jugak dekat lokasi filem My Heart, kawah gunung Tangkuban Perahu. Banyak factory outlet yang  kami singgah,  salah satu yang menarik adalah Cascade kat roof top dia ada kafe,  boleh bagi ikan koi makan,  jinak2 sangat, jari kita pun ikan tu suka.....Kalau yang berminat nak beli telekung atau pakaian solat elok shopping kat Pasar Baru....gerenti tak cukp  masa ....
(GERAI ARNAB TEPI JALAN MENUJU GUNUNG TP,  MEREKA PUN ADA JUAL DAGING ARNAB DAN SATE ARNAB)

( SALAH SATU LOKASI FILEM MY HEART)

 
( KAWAH GUNUNG TANGKUBAN PERAHU YANG DAH TAK AKTIF LAGI, KALI TERAKHIR MELETUS TAHUN 1969)

 
( NI LAH PENJAJA YANG 'MENGEJAR' SEMUA PELANCONG, JADI TAK SELESA NAK MENIKMATI PEMANDANGAN KAWAH GUNUNG TU ) 
  

(BROTHER NI TUNJUK SKILL MAIN ANGKLUNG)



Bagi yang gila jeans dan T shirt  mesti kena ke Toko 3,  pun gerenti tak cukup masa......

 ( UNTUK YANG 'GILA' JEANS DAN T SHIRT DATANG SINI)

Actually ada banyak lagi gambar yang nak di upload,  tapi pasal PC aku ni jenis slow dan makan masa lama....so ini sajalah yang  aku termampu. Laptop anak-anak aku guna.....kalau  ada masa dan ketika akan post entri dengan gambar2 lain. ( Gambar lepak kat rooftop cafe ,  bagi makan ikan  koi yang jinak tu,  membeli belah di pasar baru dan gambar di airport Bandug next entri)...Tunggu....

Saturday, February 20, 2010

BANDUNG - BAHAGIAN KE 2

 Salam,

Sekadar berkongsi beberapa keping gambar lagi masa di Bandung.  Mungkin lepas ini ramai lagi member PDKM yang berminat nak ke Bandung atau mungkin bila CL balik Msia Julai nanti kita ajak dia ke Bandung beramai-ramai........mesti gempak punya !.
 
( DENGAN ANAK BONGSU AKU MUHD.AMMAR ZIKRI DI MC D, LCCT SEMENTARA TUNGGU FLIGHT KE JAKARTA,  TENGOK YANG BAJU MERAH AJE TAU,  BUKAN YANG BAJU BIRU TUA TU !)

Actually masa gi Bandung aritu aku dan famili bukan terus ke Bandung.....tetapi melalui Jakarta....saja nak anak2 tengok 'macet' di Jakarta....sempat singgah pusat beli belah Mangga Dua lebih kurang 3 jam sahaja.  Lepas tu lalu  kat WTC Mangga Dua...kata  pak supir aku tu...tempat jual beli kereta....Panas dan Macet.....( Dua anak bujang aku terkejut bila terserempak dengan beberapa kanak2 yang tidak berkasut atau berselipar dan nampak  comot....aku dah bagitau mereka aku pernah tengok  suasana begini tahun 1992....masa tu SOGO Jakarta baru di rasmikan)



  

 
  

Beberapa lokasi di Bandung pulak.....

 
JANGAN MARAH .......,  AKU PUN NAK POSING 
BELERANG INI BOLEH BUAT UBAT SAKIT KULIT DAN GATAL2 KULIT,  BANYAK KHASIAT KATA MEREKA, (TP AKU TAK BELI PUN !) 


Beberapa lokasi tempat makan dan menu di Bandung ...

 
IKAN GURAMI GORENG CICAH SAMBAL KICAP PEDAS,  KALAU KAT MSIA IKAN NI KITA PANGGIL IKAN KALOI- (TERINGAT MASA  KAT SURABAYA TAHUN 2004,  BILA AKU SAKAT KAWAN2 PASAL NAMA IKAN NI,  AKIBATNYA SEMUA GELI NAK  MAKAN IKAN KALOI....AKU DAPAT SHARE LEBIH....HE3X)
 
TEMPE DAN TAHU MENU WAJIB RESTORAN SUNDA NI.
 
JUS ES SIRSAK ( JUS AIS DURIAN BELANDA)- PEBERET AKU KALAU GI MANA-MANA DESTINASI INDONESIA 

 
TENGOK NASI PUN DAH SELERA SANGAT,  LAPAR AGAKNYA

 
 DODOL NENAS ,  TERKILAN TAK JADI BELI TAPI DAH RASA SEDAP,  LEMBUT DAN TAK MAHAL HANYA RP 50,000 LEBIH KURANG RM 19.20

N3 akan datang , lokasi membeli belah dan factory outlet di Bandung...tunggu jangan tak tunggu...

Friday, February 19, 2010

MASAK LEMAK CILI API PEKAT

 Salam,

Musim cuti sekolah CNY ni wife pun tak sibuk,  so dia ada banyak masa nak masak .  Aku ni dahlah BB naik sejak Rabu lalu, dia pulak masak lemak cili api kegemaran aku....pekat.... Terliur .....lepas makan nanti kena telan ubat pulak. Ni dia masak lemak cili api campur bunga kantan dan daun limau purut:

 

  

Dua jenis sayur pun disediakan,  bayam goreng dan labu air goreng bercili:

 

Bila aku tanya wife nape masak lemak cili api pekat-pekat,  sedangkan BP aku naik,  dia kata "anak- anak suka"....aku tak kira nak makan jugak.....
Tapi aku mintak wife tolong buatkan barli panas dan masukkan daun pandan dan jangan manis sangat....Ni dia barli baru nak masak,  air pun belum panas lagi....peberet aku dan anak2 aku... Terima kasih yang tidak terhingga pada wife aku ni.


 


CUACA PANAS DAN LIMAU (PONKAM ZUGAR)

 Salam,

Akhir-akhir ini ramai yang mengeluh pasal cuaca panas di negara kita.  Perlis dan Kedah mencatat cuaca yang terlalu panas.  Semalam CL tunjuk gambar mendung di Makkah.  Kat negara sejuk pulak salji melampau.

Aku pulak setiap Raya Cina mesti beli limau ,  tak kena rasanya kalau tak beli limau ,  macam aku pulak yang nak sambut CNY....Tahun ini beli PONKAM ( Zugar)...dah berpuluh biji aku bedal....anak2 aku kurang suka mereka tak minat dengan buah limau ni. Ada orang kata cuaca panas jangan makan limau nanti badan panas dan batuk......aku degil agaknya.....

Dah dua minggu aku rasa suhu badan aku panas, batuk pun belum baik....dua hari lepas BP aku naik....doktor bagi MC 3 hari.....ni tengah lepak kat rumah ajer doktor suruh rest....

tengok buah limau ni  aku teruja ajer.....tak boleh kawal....bedal jugak  dua biji pagi tadi !

Sunday, February 14, 2010

KENANGAN BERSAMA KELUARGA DI BANDUNG

Salam,

Percutian ke Bandung ini dah dirancang sejak enam bulan lalu. Buat masa ini hanya percutian ke Bandung yang saya mampu.  Bersyukur kepada Allah kerana percutian ini menjadi kenyataan dan saya dapat bersama dengan isteri dan anak-anak.  Kalau dulu saya sering bersama pasukan bolasepak atau sendiri,  tetapi sekarang bercuti bersama keluarga. Perancangan seterusnya umrah bersama keluarga . Doa dan harapan tidak pernah dilupakan.

Bergambar bersama keluarga di Puncak Tangkuban Perahu , Bandung, Jawa Barat,  11 Feb. 2010
(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 


Kami berlima sekeluarga dan sahabat baik (Aziz dan isterinya Gina) depan Hotel Naval,  Bandung.

(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 

Aku dengan dua anak bujang aku, Danial dan Ammar di Masjid Raya Bandung ( 12 Feb. 2010)
Kalau ada rezeki kami akan datang lagi ke Bandung, cuacanya nyaman dan seronok membeli belah  di sana. InsyaAllah.

Tuesday, February 9, 2010

PELAWAAN MENJADI PENERIMA DAN PEMBELI PERTAMA BUKU BILA PINTU HATI TERBUKA

 Salam,

Malam tadi saya mendapat SMS dari Dr Hj Ridzwan Bakar untuk menjadi penerima pertama Buku Bila Pintu Hati Terbuka (BPHT),  tanpa berlengah saya setuju dan berjanji pagi ini dan ditunda pada sebelah petang kerana Dr Hj Ridzwan ada komitmen kerja yang lebih penting. Saya berkunjung pada sebelah petang dan majlis ringkas ini sangat bermakna pada diri saya dan juga penulis ini. Beliau juga adalah penulis Buku Haji Muda ( 2008). Kepada golongan muda jangan lupa dapatkan Buku Haji Muda ini !.

Saya mengenali penulis ini sejak dari tahun 1994 ketika beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan sehingga beliau mendapat PHD pada tahun 2009.  Kami berpeluang bekerja di tempat yang sama dari tahun 2004 hingga 2006 dan sehingga kini di sama bangunan cuma berlainan tingkat.

Satu perkara yang saya tidak akan lupa sejak tahun 2004 beliau mengajak saya mengerjakan umrah,  saya saja mengelak dan mencari bermacam-macam alasan sehingga habis alasan dah.....Saya terhutang budi dengan Dr Hj. Ridzwan kerana tidak berputus asa dengan saya. Tahun 2008,saya diam-diam mengerjakan umrah , satu peristiwa yang saya tidak boleh lupa beliau menghantar sms kepada saya ( sebaik saja beliau mendapat tahu saya mengerjakan umrah dari seorang lagi rakan saya) dan ketika itu saya baru memasuki Masjid Nabawi untuk solat Zohor dan bertanya kenapa tidak memaklumkan kepadanya niat saya kerjakan umrah,  saya secara jujur memaklumkan bahawa saya malu dengannya dan buat umrah sorok-sorok dari kawan-kawan......(ada sebab saya berbuat begitu).  Dr Hj Ridzwan ikhlas nak bagi petua dan panduan serta doa-doa dan tempat-tempat berdoa yang mustajab....rasa terkilan jugak saya masa tu.....biasalah kalau dapat tahu doa dan tempat yang terbaik mesti kita hendak cari....

Sehingga kini kami masih selalu berjumpa terutama ketika sarapan pagi dan sempat bertanya khabar dan berkongsi cerita.  Terima kasih kepada Dr Hj Ridzwan yang tidak jemu-jemu memberikan nasihat yang sangat berguna kepada saya.